CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rahsia Kecerdasan Otak!

1-7-2015 03:01 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 7127| Komen: 3|Original author: ultramantujuh

Description: Makanan yang berkualiti dapat membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak kita selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.
  
Oleh : LOO TUNG SEANG
Artikel Diterbitkan : 1 Julai 2015

Walaupun otak hanya satu organ yang kecil jika dibandingkan dengan tubuh badan manusia tetapi otak adalah paling banyak menggunakan tenaga iaitu 20% daripada keseluruhan tenaga yang dihasilkan oleh badan.


Otak adalah organ utama buat manusia bagi mengawal selia semuanya agar berfungsi secara automatik. Ini sudah cukup menggambarkan betapa banyaknya kerja yang dilakukan oleh otak dan betapa banyak tenaga yang diperlukan.

sumber foto : http://3.bp.blogspot.com/

Berikut beberapa jenis makanan yang dapat membantu meningkatkan tumpuan, menguatkan daya ingatan dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak kita selain menyumbang kepada kesihatan tubuh badan yang menyeluruh.



sumber foto : http://kesihatan.biz/

Bijirin Penuh ( Wholemeal )

Peranan bijirin penuh amat penting kerana ianya dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama.


Hasilnya, kita dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka masa yang panjang. Vitamin B di dalamnya juga dapat memelihara sistem saraf yang menjadi tunjang utama bagi mekanisme kerja otak.

Adalah disarankan mengambil bijirin untuk sarapan pagi kerana masa yang panjang untuk menunggu waktu rehat tengahari boleh melesukan otak yang dipaksa bekerja tanpa makan. Tabiat bersarapan pagi juga sangat baik untuk otak malah dapat mengelakkan kelupaan dan nyanyuk.



sumber foto : http://guernseydonkey.com/

Omega 3, Omega 6, DHA, EPA
Omega 3 hadir di dalam minyak ikan dalam bentuk EPA dan DHA. Ikan seperti tuna, salmon dan sardin mengandungi kandungan minyak ikan yang tinggi turut mengandungi Omega 6.

Selain itu, vitamin B3, B6 dan B12 di dalam minyak ikan juga meningkatkan ketajaman fikiran. Masyarakat Jepun yang gemar menikmati menu ikan mentah dari sushi dilihat mempunyai pencapaian akademik yang tinggi.

Jadi tidak hairanlah kenapa saintis mula tertarik untuk mengkaji budu malah masyarakat Jepun juga telah mula meminati budu. Apa pendapat pembaca dari Pantai Timur semua? Selain dari ikan, khasiat ini juga boleh didapati dari minyak soya, biji labu dan minyak kacang walnut.




sumber foto : http://sentralpos.com/

Telur
Telur mengandungi asid amino yang baik untuk otak selain menjadi sumber protein yang baik. Kuning telur kaya dengan acetylcholine yang membantu menguruskan daya ingatan anda sehingga anda mampu mengingati di mana anda menyimpan kunci kereta anda.

Zat ini juga meningkatkan daya belajar dan menghilangkan kekaburan fikiran selain menjaga kesihatan neuron otak. Cuma makan telur tu biar berpada-pada ya. Jika berlebihan boleh menyebabkan bau badan samada melalui peluh mahupun angin (senyum).   



sumber foto : http://tazkirah.net/

Kekacang
Kekacang mengandungi tenaga karbohidrat kompleks yang menjadi glukosa berfungsi sebagai sumber tenaga untuk otak. Kekacang juga kaya dengan protein, sumber serat, mineral dan vitamin.

Sebagai contoh kombinasi vitamin E dan tiamin berperanan melindungi membran sel saraf dan otak. Potassium (kalium) pula memastikan fungsi tubuh dan otak berada di paras optimum. Kandungan antioksida di dalam kekacang dapat melawan radikal bebas yang menyerang sel otak.

Antara kekacang yang menjadi pilihan utama sebagai makanan tambahan otak adalah badam. Badam sangat dipercayai oleh bangsa Yahudi sendiri untuk menjadikan anak mereka cerdas dan pintar.



sumber foto : ://cahayawahyu.files.wordpress.com
Sayur-sayuran
Sayur-sayuran bukan sahaja baik untuk kesihatan, mencantikkan kulit, mengawal berat badan malah sangat membantu melindungi otak. 

Ahli kesihatan David Perlmutter (MD) menulis di dalam "The Better Brain Book" menyatakan bahawa bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap serangan radikal bebas adalah otak.

Sayuran hijau pekat dan berwarna terang ternyata dapat membantu membendung serangan ini.


sumber foto : http://huseinagrobisnis.com/

Bayam mengandungi vitamin B9 yang meningkatkan memori untuk kecerdasan otak. Vitamin C dan E nya pula meningkatkan sistem kognitif. Warna hijau pekat pada brokoli menunjukkan kandungan vitamin K yang tinggi berperanan meningkatkan fungsi kognitif dan kuasa otak.




sumber foto : http://www.slutenaizumio.com/

Biji labu mempunyai khasiat zink yang bertindak menambah memori dan kemahiran berfikir. Warna terang pada buah labu dan lobak merah pula menunjukkan sayuran ini kaya dengan nutrisi dan antioksida untuk membantu sel otak menjadi sihat dan kuat.




sumber foto : http://nhauthaicuu.vn/

Selain itu, lobak merah mengandungi komponen luteolin yang tinggi untuk mengelakkan proses penuaan pada otak. Komponen ini juga membantu masalah kehilangan memori dan keradangan pada otak seperti kajian yang dikeluarkan di dalam Journal Nutrition pada tahun 2010.




sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/


Manusia terdiri daripada empat bahagian fitrah iaitu fizikal, mental, emosi dan rohani. Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badannya dapat berfungsi dengan baik.

Makanan yang berkhasiat pula akan turut membantu perkembangan mental dan mengawal keadaan emosi seseorang. 

Teknik pemakanan yang baik turut menguatkan rohani apabila makanan tadi membantu kita menjalankan ibadah dengan sempurna dan menjadi muslim yang cemerlang. - CARI Infonet
8

Bagus
4

Marah
6

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 1-7-2015 10:35 PM
jd kesimpulannya semua makanan adalah baik utk otak. btl x?
Quote mattzzx 2-7-2015 01:21 PM
kena makan semua jenis makanan kot.....
Quote melinda_kerr 4-7-2015 06:50 PM
Take neurobion

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065677 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top