CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kalau Bukan Sebab Fitnah Dia Mabuk, Mungkin Nyawa Abang Masih Dapat Diselamatkan"

5-1-2022 03:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3843| Komen: 37

Description: Kuala Lumpur: "Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya," kata Mohd Azmi Abd Samad, adik kepada Ahmad Sukri Abd Samad. ...
Kuala Lumpur: "Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya," kata Mohd Azmi Abd Samad, adik kepada Ahmad Sukri Abd Samad.


Ahmad Sukri, 49, yang juga pemandu lori disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Sungai Buloh selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan lori dipandunya dengan tiga kereta di Jalan BRP 8/2 Sungai Buloh pada Isnin lalu.

Mohd Azmi, 37, berkata, dia dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa abangnya itu kira-kira jam 12 tengah hari, Isnin sebelum bergegas ke hospital berkenaan.

Foto: Harian Metro

"Ketika berada di hospital, saya ada dimaklumkan oleh kakak, Rosilawati Abd Samad, 47, bahawa ada video abang ketika kemalangan tetapi individu yang merakam video berkenaan memberi pelbagai alasan untuk tidak menunjukkannya kepada kami.


"Bagaimanapun, ada rakan sekerja arwah memaklumkan video berkenaan tular pagi semalam dan hanya ketika itu saya melihat isi kandungan video terbabit termasuk dakwaan individu yang mendakwa abang memandu dalam keadaan mabuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dia berkata, dia amat sedih dan terkilan dengan tindakan individu terbabit yang menyebar fitnah yang menjatuhkan maruah abangnya.

Katanya, dia dimaklumkan oleh kakaknya bahawa ada beberapa individu yang berada di lokasi mahu membantu arwah pada mulanya, namun tidak jadi berbuat demikian selepas mendengar fitnah daripada individu berkenaan.

"Selepas video itu tular, saya ada membaca komen di media sosial mengenai insiden itu selepas punca kemalangan terbabit dijelaskan dan boleh dikatakan kebanyakannya (komen) mendoakan arwah abang, namun ada juga komen yang menyalahkan dia.

"Ada komen yang mengecam arwah dengan menyatakan jika sudah tahu sakit jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan kerana tindakannya boleh meragut lima nyawa yang lagi penting dari hanya nyawa dia seorang.

"Saya yakin jika abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berbuat demikian tetapi siapa yang tahu derita kesakitan dilaluinya ketika itu," katanya.

Menurutnya, dia sudah berbincang dengan ahli keluarga yang lain untuk membuat laporan polis berhubung komen kecaman berkenaan, penyebar video terbabit serta individu yang memfitnah abangnya.

"Pada mulanya kami tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan namun selepas membaca komen-komen sedemikian, saya rasa kami perlu bertindak.

"Disebabkan itu, kami mahu membuat laporan polis berhubung perkara terbabit bukan kerana niat kami untuk menghukum mereka tetapi sebaliknya mahu ia dijadikan pengajaran kepada semua orang," katanya.

Menceritakan mengenai keperibadian abangnya, Mohd Azmi berkata, arwah yang masih bujang adalah seorang individu yang baik kepada keluarga.

"Malah, abang ada membantu menyara kakak serta empat anaknya dari segi kewangan selepas kematian abang ipar pada 2017.

"Kehilangan dia amat besar impaknya bagi keluarga kami kerana kebaikannya," katanya yang memaklumkan jenazah Ahmad Sukri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu, selepas Asar, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan pihak polis menafikan kemalangan membabitkan Ahmad Sukri akibat dia memandu lori dalam keadaan mabuk sebaliknya disebabkan serangan sakit jantung.

Sebelum ini, terdapat satu video tular berdurasi satu minit 18 saat mendakwa pemandu lori berkenaan mabuk dan melanggar tiga kenderaan lain. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shamilia79 5-1-2022 03:51 PM
Jenuh la yg buat fitnah tu... Macam mana nak minta maaf kepada orang yang sudah tiada?
Quote h0lysh1t 5-1-2022 03:52 PM
Harap yang fitnah tu dapat balasan setimpal
Quote saviour_09 5-1-2022 03:58 PM
good luck la sis yg rekod tu  

yg viral pun dah mintak maaf semalam
Quote Cassieopeia 5-1-2022 04:00 PM
memenag geram je aku masa tgk video tu.. suruh dia minta maaf terbuka...
Quote manehnya 5-1-2022 04:01 PM
saman ja, biar lepas ni jaga mulut tu, tahu nk viral aja org skrg, apa pun
Quote glump 5-1-2022 04:06 PM
Report Kat skkm trace perakam yg membuat fitnah tu..
Quote KIM.K 5-1-2022 04:09 PM
Pengakhiran cash cow
Apo la family hang ni pemalas ke apa
Abang dah bela korang umo dah 50 pun orang tu tak boleh rehat lagi ke
Tua2 pun bodo

Quote uori 5-1-2022 04:14 PM
masih misteri ke identiti si perakam? matilanakkkk
Quote tomiko_haza 5-1-2022 04:15 PM
semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman dan semoga menjadi pengajaran pada kita semua jangan sesedap hati kata orang tanpa usul periksa.  
Kalau dah kene serangan jantung igt bole pikir ke nak parking tepi semua, itu dh abes baik dia cuba. Orng yang penah rasa je tau camane.  kawan haza penah kene, dia kata masa kene tu terus lemah segala anggota badan, rase panas berpeluh mcm orang berlari pecut 10 km, tk bole bernafas dgn betul, sakit sgt kat dada.  
Quote kucingitam 5-1-2022 04:21 PM
yg komen kata suruh berhenti tu mesti tak tau caner keadaan org kalau kena serangan jantung..kau nak tercirit pun kadang tak sempat nak masuk jamban, tau.
Quote iman_kasih 5-1-2022 04:26 PM
Asbab kematian dia.
Quote Mulotkoyak 5-1-2022 04:36 PM
Tu org ckp henpon ni ade pro and cons…kes record cmni ko perlu pikir de dlm. Ade baik and burok. Bile ko tgh record org tuh mcm  sumthing pegi check dlu or perhatian dlu dlm 5-10 saat and buat tindakan segera.
Quote angelofish 5-1-2022 04:42 PM
dia ada ambik dose pengalak tak? tanya je
Quote chandrahusin 5-1-2022 04:45 PM
yg baik2 membantu keluarga
mmg selalu cepat Allah ambik
Quote TeropongThaico 5-1-2022 04:45 PM
Itu la... Sebelum buat apa2 fikir dulu. Jgn ikut hati je.
Dah jd macam ni tak pasal2 berdosa dgn arwah.
Moga arwah tenang di sana
Quote pyropura 5-1-2022 04:46 PM
2 hari lepas kes sakit jantung gak,  accident kat kampung acik aku. Dreba trelar dedak ayam. Tak boleh ke buat check semua dreba commercial nih
Quote Decaffeinated 5-1-2022 05:20 PM
Obsessed sangat dgn isu pemandu mabuk sampai tengok orang kena sakit jantung pun terus tuduh mabuk. Kalau pokcik ni bukan sedang memandu takde nya nak kata mabuk kan?

Agenda media over hype drunk driving back fire.

Quote slyfynx 5-1-2022 05:22 PM
Aku x paham la yang jenis boleh mengamuk2 dulu pas accident.
Lagi2 bile mende tu bukan rete mende ko.
Biase 1st instinct mesti nk tanya dulu, are you okay?
Quote delia3003 5-1-2022 05:54 PM
Bujang rupanye pakcik ni, lagi kesian rasa. Iols tertengok video part annoying yg perakam tu tanya/cakap mabuk tu, terbayang lagi mula pakcik tu, rasa kesian sangat.

Beberapa tahun lepas ex-boss pun meninggal accident selepas terkena serangan sakit jantung jugak, mid 40s masa tu umur. Anak2 pun kecik lagi.

Innalillahiwainnailaihirajiun. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman, dicucuri rahmat Allah SWT

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.052945 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top