CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

IHU, Varian Baharu Covid-19- Ada 46 Mutasi

5-1-2022 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2283| Komen: 9

Description: Paris: Ketika semua negara bergelut melawan varian baharu, Omicron, kini muncul varian baharu yang mempunyai 46 mutasi.
Paris: Ketika semua negara bergelut melawan varian baharu, Omicron, kini muncul varian baharu yang mempunyai 46 mutasi.

Saintis di Perancis mengenal pasti varian baharu berkenaan yang berpotensi membimbangkan.

Portal Independent melaporkan, dinamakan IHU, varian baharu iaitu B.1.640.2 setakat ini menjangkiti 12 orang yang tinggal di tenggara Perancis.

Kes pertama dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai sejarah perjalanan ke Cameroon, Afrika Barat, kata penyelidik dalam kertas yang diterbitkan di medRxiv.

Foto: AFP

Bagaimanapun, pakar segera mengumumkan hanya kerana varian baharu ditemukan, itu tidak bermakna IHU akan terbukti menular seperti strain lain, termasuk Omicron.


Dalam analisis, penulis menemui 46 mutasi yang tidak dikesan di negara lain, atau melabelkan varian yang sedang disiasat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Genom diperoleh dengan penjujukan generasi akan datang.

Penulis laporan mendakwa orang yang dikenal pasti dengan varian IHU sudah divaksin sepenuhnya.

Individu terbabit diuji positif untuk Covid-19 selepas pulang dari perjalanan tiga hari, di Cameroon.

Penulis kertas penyelidikan itu berkata "pengesanan seterusnya... tiga mutasi dalam gen spike (pepaku) untuk menyaring varian... tidak sepadan dengan corak varian Delta yang terbabit dalam hampir semua jangkitan SARS-CoV-2 pada masa itu," dedahnya.

Dengan alasan kemunculan varian baharu itu menekankan kepentingan "pengawasan genomik", pengarang berkata, pemerhatian mereka sekali lagi menunjukkan "tidak dapat diramalkan kemunculan varian baharu SARS-CoV-2".

Dalam rangkaian Twitter yang panjang, ahli epidemiologi dan rakan di Persekutuan Saintis Amerika, Eric Feigl-Ding berkata, varian baharu itu sedang dipantau untuk menilai sejauh mana ia boleh berjangkit atau berbahaya.

"Terdapat banyak varian baharu ditemui sepanjang masa, tetapi ia tidak semestinya menjadi lebih berbahaya.

"Apa yang menjadikan varian lebih terkenal dan berbahaya ialah keupayaannya untuk membiak kerana bilangan mutasi yang dimilikinya berhubung dengan virus asal," katanya. -CARI

Sumber:Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 5-1-2022 03:28 PM
habisla sampai 2025 kot x abis covid ni
Quote Orix 5-1-2022 03:38 PM
iols masih percaya cakap Bill gates, ujong tahun depan bru covid ni settle
Quote AKAZ85 5-1-2022 03:53 PM
Dah ihu pulak...
Quote TeropongThaico 5-1-2022 04:20 PM
Harapnya macam2 varian yg muncul hasil virus ni bermutasi semua lemah2 belaka. Gen asal yg ganas dah makin kurang
Quote sharlenetexas 5-1-2022 04:26 PM
i hate u

Quote Skuau 5-1-2022 04:30 PM
dah mcm smartphone..sentiasa jer ada 'yg terbaru/terkini'...
Quote kotakominami 6-1-2022 08:02 AM
Apesal banyak start kat belah africa.......experimen ka?
Quote stingeritters 6-1-2022 08:06 AM
Edited by stingeritters at 6-1-2022 08:08 AM

chzy tetiber terpikir..shud i have this baby? would I be fair to him/her,  having it being born into this world with the fear and uncertainties that I am still trying to come to term with?
Quote bulalof 6-1-2022 08:54 AM
so, raya kena lockdown?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.056166 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top