CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tukang Urut 19 Tahun Bahagia Dengan Isteri 71 Tahun

31-12-2021 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3439| Komen: 23

Description: Jakarta: Pasangan yang pernah tular di media sosial empat tahun lalu kerana perbezaan usia masih bersama, malah bahagia sebagai suami isteri sehingga kini.
Jakarta: Pasangan yang pernah tular di media sosial empat tahun lalu kerana perbezaan usia masih bersama, malah bahagia sebagai suami isteri sehingga kini.

Tribunnews melaporkan Slamet Riyadi, 19, menerusi video di satu saluran YouTube mendedahkan rumah tangganya dengan Rohaya, 71 masih kekal.

Slamet yang bekerja sebagai tukang urut juga memberitahu isterinya itu sihat dan berada dalam keadaan baik.


Foto: Agensi

"Nenek Rohaya baik, dia ada di rumah. Rumah tangga kami juga aman bahagia.

"Saya masih sayangkannya dan kami cintakan satu sama lain ," katanya yang memberikan wang upah mengurut diterima kepada Rohaya.

Selain menjadi tukang urut, Slamet turut melakukan beberapa pekerjaan lain untuk menyara keluarga, antaranya membina kandang dan memotong rumput.

Katanya, dia tidak memilih kerja kerana baginya, apa yang lebih penting pendapatan diperoleh daripada sumber halal.

Menurut Slamet, dia menyenangi sifat Rohaya yang penyayang dan suka bekerja.

Katanya, isterinya itu juga pandai melayaninya, malah sering menyanyikan lagu kegemarannya ketika tidur.

Bagi Slamet, tiada faedah yang dia dapat dengan menduakan isteri.

"Daripada kita menduakan isteri lebih baik jadi bujang saja," katanya.

Difahamkan, Slamet kini tinggal bersama Rohaya dan anak tirinya.

Sejak kisahnya tular hingga kini, banyak pujian diterima Slamet kerana kesanggupannya berumah tangga dengan wanita yang jauh lebih berusia. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 31-12-2021 09:29 AM
cinta itu buta...ajal maut rezeki and jodoh ketetapan Allah
Quote manehnya 31-12-2021 09:51 AM
hummm nenek pun di sayangi.... camana la andartu yg lawa2 tu x dak yg org kenann
Quote umbut 31-12-2021 10:27 AM
Errrmmmm... Camna nek layan kehendak batin slamet ni.. Leh lagi ke
Quote Decaffeinated 31-12-2021 10:35 AM
umbut replied at 31-12-2021 10:27 AM
Errrmmmm... Camna nek layan kehendak batin slamet ni.. Leh lagi ke

ko tolong whatsapp tanyakan boleh? pastu update kat sini. much appreciated.


Quote Normabaru 31-12-2021 12:23 PM
Hanafi ko baca ni plsss
Quote dua_chzy 31-12-2021 01:24 PM
manehnya replied at 31-12-2021 09:51 AM
hummm nenek pun di sayangi.... camana la andartu yg lawa2 tu x dak yg org kenann

Sebenarnya most the time ada je jantan yang berminat tapi tak menepati spesifikasi yang dimahukan.
Quote gideoncross 31-12-2021 02:07 PM
Ptutlah pompuan 30 mcm iol x d minati, rupa2 nya smua dh gi kat pompuan2 yg dh tua.
Quote shernazz 31-12-2021 02:21 PM
gideoncross replied at 31-12-2021 02:07 PM
Ptutlah pompuan 30 mcm iol x d minati, rupa2 nya smua dh gi kat pompuan2 yg dh tua.

Adakah jodoh uols skang ngah tadika?
Tuhan saja yang tahu...
Quote manehnya 31-12-2021 03:50 PM
umbut replied at 31-12-2021 10:27 AM
Errrmmmm... Camna nek layan kehendak batin slamet ni.. Leh lagi ke

kalau x boleh , camna nak tawen.... cuma jgnla kuat sgt kot, nti patah tulang
Quote Adrif 31-12-2021 11:29 PM
Katanya, isterinya itu juga pandai melayaninya, malah sering menyanyikan lagu kegemarannya ketika tidur.


menyembur aku gelak baca tang ni  
ok laa.. cara diorang romantik suami isteri.

harap nenek ni dapat bertahan, maklum le, umo camni tengah kuat
sekali mana cukup. rest 20 saat je, pastu next round sampai azan subuh berkumandang
Quote edayildiz 31-12-2021 11:42 PM
jauhh gakkkk beza....i crush kt laki umo 50 pun rasa mcm alah tuanya beliauuu..
mcmana kalau perempuan pertengahan umo blh together laki berumo..kena ikut rentak org tua..
Quote makadek 31-12-2021 11:58 PM
Main lg tak
Quote nenekglamer 1-1-2022 12:55 AM
Jodoh itu sungguh misteri. Moga terus berbahagia... Hehe
Quote FOTHER-MUCKER 1-1-2022 06:23 AM
Saya masih?

Saya masih sayangkannya dan kami cintakan satu sama lain ," katanya yang memberikan wang upah mengurut diterima kepada Rohaya.





Quote gideoncross 1-1-2022 09:03 PM
shernazz replied at 31-12-2021 02:21 PM
Adakah jodoh uols skang ngah tadika?
Tuhan saja yang tahu...

Mampuih no hahahaha.
Quote gideoncross 1-1-2022 09:05 PM
Adrif replied at 31-12-2021 11:29 PM
menyembur aku gelak baca tang ni  
ok laa.. cara diorang romantik suami isteri.

Bab nyanyian tu mmg klakar, dh mcm nenek dodoikan cucu hahahaha lollll.
Quote Suchi 1-1-2022 09:17 PM
Slamet kawen umur berapa oii baru 19 tahun ni? Budak sgt nih bila tang nak tidur kena dodoi tu budak ni mcm kekurangan kasih ibu plak.
Quote shernazz 1-1-2022 10:33 PM
gideoncross replied at 1-1-2022 09:03 PM
Mampuih no hahahaha.

Hahahaha
Berkurun la wei
Quote tumpanglalu74 1-1-2022 11:14 PM
664xauto-ingat-slamet-yang-nikahi-nenek-rohaya-gini-nasibnya-sekarang-2108180-005 (1).jpg

Nyenget semacam je aku tengok..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.266175 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top