CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usia Baru 15 Tahun Dah Ada Lima Ijazah!

31-12-2021 07:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3435| Komen: 41

Description: Remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi individu termuda menamatkan pengajian di Universiti Nevada, Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah kelimanya dalam masa empat tahun, lapor MailOnline.
Remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi individu termuda menamatkan pengajian di Universiti Nevada, Amerika Syarikat dan memperoleh ijazah kelimanya dalam masa empat tahun, lapor MailOnline.


Jack Rico dari California dilaporkan memperoleh empat ijazah bersekutu sebelum berusia 13 tahun.


Kredit foto: IG Ru Andrade

Dia kini berjaya menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sejarah dari Universiti Nevada dengan purata nilai gred (GPA) sebanyak 3.78.

“Sejujurnya, saya amat menyukai semua kelas yang diikuti. 


“Sebahagian daripada kelas saya adalah berkaitan sejarah dan filem, jadi saya belajar sesuatu yang berbeza dalam setiap kelas,” katanya. 


Kredit foto: IG Ru Andrade

Rico sebelum itu mengikuti pembelajaran di rumah bersama ibunya, Ru Andrade. Bagaimanapun, selepas empat tahun, wanita itu berdepan cabaran untuk mengajar sesuatu yang baharu kepada anaknya.

Susulan itu, pada usia 11 tahun, Rico menduduki peperiksaan penempatan di Kolej Fullerton yang menawarkan program lonjakan digelar K-12, dan mendapat markah tinggi sehingga membolehkannya ditempatkan dalam kursus peringkat kolej.




Dalam tempoh hanya dua tahun, Rico memperoleh empat ijazah bersekutu iaitu dalam bidang Penumpuan Sejarah, Tingkah Laku Sosial, Seni dan Ekspresi Manusia serta Sains Sosial.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 31-12-2021 08:18 AM
Genius dan mempunyai peluang..rakyat Malaysia juga ada yg mcm ini tetapi entah mengapa xde peluang utk dpt cemerlang..e.g adiputra dan berapa org lagi
Quote ninja9 31-12-2021 08:26 AM
Jika ada ijazah memegang handphone terlama mesti ramai juga budak-budak berumur 15 tahun dimalaysia yang dah grade..

... tp memang hebat budak ni.. rare.. aku suspect ni sebab parenting yg unik. .. tapi katalah even kita tau pun maukah kita kehidupan anak-anak yg spt kita fahami itu hampir tidak ada kerana nakkan pencapaian akademik begini. ..hmm.. bukankah ada kerjaya politician yg tak perlu pun kelulusan tinggi tapi boleh menimbun kekayaan berjuta atau youtuber yg buat konten hantu pentipu pun boleh ramai yang minat... haha
Quote ladybugz 31-12-2021 09:09 AM
belajar kerana minat bukan utk kumpul harta semata, that is a high level of learning.
Quote hareeeesah 31-12-2021 09:10 AM
Woooow.. terlajak genius ni. So lepas ni dia dah boleh cari kerja ka
Quote AnBulisia 31-12-2021 09:23 AM
jubah merah tu macam rowan atkinson mukanya
Quote exclusive_vvip 31-12-2021 09:24 AM
dahsyat budak ni..I pun plan nak buat 2nd degree,tapi nak buat kat overseas..kena apply cuti tanpa gaji 3 tahun..dok pikir loan rumah je nak bayar camne..hihi..
Quote Skuau 31-12-2021 09:39 AM
dia bgtau...dia suka apa yg dia buat....itulah motivasi 'terkuat' kita sebenarnya.
Quote tripleid 31-12-2021 09:45 AM
degree aliran sastera je..ingatkan sains

pepun congratz.
Quote pekanwoohoo 31-12-2021 09:50 AM
Dekat Malaysia boleh ke buat macam ni jugak? Teringat dulu masa sekolah rendah, selalu mengantuk bila belajar matematik sebab tak mencabar langsung. Start dari darjah 3 subjek tu macam stagnant je, tak mencabar langsung sebab tiap tahun cuma tambah kosong je sebagai peningkatan aras pembelajaran tu. Faham tak? Kiranya dari puluh pergi ke ratus pergi ke ribu pergi ke ratus ribu pergi ke juta.

Cikgu-cikgu selalu puji sebab selalu dapat full mark tapi dah benda senang, nak buat macamana. Sampai kadang tu terfikir apa benda kawan-kawan aku ni, benda camni pun boleh salah. Tapi tu lah, tu dulu. Dulu-dulu dah habis. Mungkin sebab kita pun duduk kampung je, so takde siapa peduli dan tahu masalah bila pembelajaran tu tak mencapai tahap kemampuan yang kita nakkan. So sekarang macam terasa potensi diri tu dibazirkan macam tu je.
Quote Shazid 31-12-2021 11:00 AM
Wow, iols nk abis kan degree pun azab...sambung master pun umur dah kat 40 thn...hahahaha
Quote stingergodiva 31-12-2021 11:10 AM
Lompat 3 gred in total........JPA & MARA handpicked

Kbai......
Quote ninja boy 31-12-2021 03:07 PM
Kat Malaysia jurusan di atas bukan senang dpt kerja
Quote cyber_mania 31-12-2021 03:36 PM
Wah hebat nya. Rajin belajar ni.
Social sciences.
Ijazah bersekutu ni apa? Associate degree ke?

Belajar, masuk kelas best. Tapi nak exam tu hmmm. Stress ooo. Buat assignments pun ok lagi
Quote AraBellaJuan87 31-12-2021 03:47 PM
pekanwoohoo replied at 31-12-2021 09:50 AM
Dekat Malaysia boleh ke buat macam ni jugak? Teringat dulu masa sekolah rendah, selalu mengantuk bil ...

Wow hebatnya. Ada tips tak mcm mana nak ajar student so that dorg boleh paham?
Event penambahan kosong je kt belakang, ada murid yang still susah nak tangkap.
Quote orenmango 31-12-2021 03:51 PM
Associate degree rasanya. Bawah sikit dari degree tapi still impressive. Kagum I dik atas kegigihan dan kepintaranmu.
Quote syamzana 31-12-2021 03:57 PM
tahniah utk anak ni
Quote doubleharmonic 31-12-2021 04:02 PM
orenmango replied at 31-12-2021 07:51 AM
Associate degree rasanya. Bawah sikit dari degree tapi still impressive. Kagum I dik atas kegigihan  ...

cemana tu chuolss? bawah dari degree maknanya taraf diploma stpm matrik asasi jah? tapi gegeh nak claim ada 4 bijik degree?
Quote doubleharmonic 31-12-2021 04:05 PM
AnBulisia replied at 31-12-2021 01:23 AM
jubah merah tu macam rowan atkinson mukanya

nampak tua sangat muka dia kat gambar tu
Quote doubleharmonic 31-12-2021 04:08 PM
wirazam replied at 31-12-2021 12:18 AM
Genius dan mempunyai peluang..rakyat Malaysia juga ada yg mcm ini tetapi entah mengapa xde peluang u ...

adiputra tu bukan makpak heshe kah yang mendiva tak nak spm sebab nak heshe belajar matematik jah? budak lain kena belajar semua benda yachh baru nanti apply ipta ipts ikut bidang masing2?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.057836 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top