CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macam ‘Pisang Goreng Panas’, Katil, Tilam Habis Stok

29-12-2021 05:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3982| Komen: 37

Description: Katil dan tilam umpama ‘pisang goreng panas’ apabila permintaan terhadapnya tinggi dalam kalangan mangsa banjir di sekitar bandar raya ini dan Klang sehingga ada sesetengah kedai telah kehabisan sto ...
Katil dan tilam umpama ‘pisang goreng panas’ apabila permintaan terhadapnya tinggi dalam kalangan mangsa banjir di sekitar bandar raya ini dan Klang sehingga ada sesetengah kedai telah kehabisan stok.


Situasi itu mengakibatkan para peniaga terpaksa membuat tempahan dari negeri lain dengan tempoh penghantarannya mencecah dalam dua minggu.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Padang Jawa dan Seksyen 7 di sini antara barangan lain turut habis dijual adalah tikar getah, kabinet dapur, rak pinggan mangkuk dan rak baju selain penduduk terus mencari katil dan tilam.


Fatin menunjukkan stok tilam yang mula kehabisan stok di kedai perabotnya.


Pembantu Kedai Perabot Nabilah, Fatin Nadihah Shamsol, 28, berkata pihaknya menerima hampir 300 orang pelanggan setiap hari sejak Isnin minggu lalu.

“Mereka terdiri daripada mangsa banjir terjejas teruk dan mahu membeli katil serta tilam yang dianggap keperluan utama ketika ini.

“Setakat ini, semua barangan itu sudah habis dijual dan syarikat kami perlu menunggu stok tempahan baharu daripada kilang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, set katil dan tilam itu dijual pihaknya dengan harga RM250 ke atas termasuk diskaun khas hanya untuk mangsa banjir termasuk dari Klang.


Sumber: K!ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkaypoh 29-12-2021 05:57 PM
Bertabahlah..
Quote Artemesiaa 29-12-2021 06:19 PM
Nak macam mana benda tengah high demand ramai yang total loss akibat banjir pasti ramai terpaksa mula semula keperluan rumah yang rosak dan tak boleh digunakan lagi
Quote gekkou 29-12-2021 06:37 PM
syukur lah rezeki masuk
uncle yang datang jual tilam naik lori pusing2 area perumahan aku ni
bolehle beli dgn dia
rajin dia cari rezeki
Quote Buritan 29-12-2021 06:44 PM
Artemesiaa: Nak macam mana benda tengah hi ...


Bettet beli toto aje laa.. barang kat rumah kena siminima yg mgkin..
Quote dewimalam78 29-12-2021 08:40 PM
Yg rosak tu boleh repair. Tak cantik takpelah.
Ada duit lebih boleh beli yg elok.
Yg ai tengok semua benda nak dibuang. Walhal cuci byk kali dh boleh pakai balik. Cuma ambil masa.
Quote makadek 29-12-2021 08:47 PM
Mmg pn tilam rosak 100%
Sofa dn perabot
Quote Normabaru 30-12-2021 12:24 AM
Sofa tu mmg xblh nk cuci pki blk ek..

Tgk rmi betul buang sofa masing2..Jenis kayu style sofa mcm penyimpan mohor besar slalu duduk tu

Deep cleaning Pon mmg xblh hilangkan bau Lumpur tu ke

Kaka Tanya sbb tgk rmi betul buang perabot..perabot kayu yang xkembang sepenuhnya pon hbs dibuang
Quote pyropura 30-12-2021 01:45 AM
Tilaaaam balu, biniiiii lama ....
Quote Perawankota 30-12-2021 03:41 AM
Rumah mak bapak aku kat Kuantan pon 80% brg kena buang.. 2x sewa tong Roro buang sampah2.. Nak harap ke alam flora ntah bila nak kutip.

Quote saviour_09 30-12-2021 08:41 AM
benda dah berendam air lumpur ni, leceh nak basuh jemur bagai

lagi2 kalo taman ko taman marhen space pun tak berapa nak ada nak jemur perabot itu ini

bau pun peehhh melekat sis

been there done that 2013 bah besar kuantan

tapi selagi ada choice to repair, try la dulu

Quote putput 30-12-2021 09:00 AM
kalau bah sekali lagi hentam mcm mana? oh tidak. dijauhkan.amin
Quote ketupatnasi 30-12-2021 09:35 AM
Normabaru replied at 30-12-2021 12:24 AM
Sofa tu mmg xblh nk cuci pki blk ek..

Tgk rmi betul buang sofa masing2..Jenis kayu style sofa mcm p ...

perabot sekarang banyak jenis panel wood je kaka. kembang kena air. IKEA punya lagi la semua panel wood. cantik dan ringan tapi tak tahan cuaca.
kalau solid wood tu boleh la jemur...varnish ke pastu guna balik. yang ni mahal dan berat, teak or rattan bukan pilihan kebanyakan marhaen dan urban.

Quote Normabaru 30-12-2021 10:38 AM
ketupatnasi replied at 30-12-2021 11:35 AM
perabot sekarang banyak jenis panel wood je kaka. kembang kena air. IKEA punya lagi la semua panel ...

Oh gitu...

Kira sofa ala2 penyimpan mohor besar announce raya tu Pon xtahan la ye..patutla org kg tu buang masa kaka pergi tlg kat ground Ritu..

Thanks for the explanation dik
Quote zuraidah1 30-12-2021 10:42 AM
Banjir awal taun abis sume lani baru bli almari 2 banjir plak ujung taun..tilam aku tido letak atas tilam jatuh plak rendam dek banjir...
Quote ais_kosong 30-12-2021 10:47 AM
Selagi takde solution masalah banjir every year atau 100 tahun sekali dari pihak berwajib.
Better barang rumah ada seminima mungkin untuk elakkan kerugian.
Quote johan-adx 30-12-2021 11:02 AM
jgn la bila tgh pmintaan tinggi hrga pun naik jgk..
Quote yumentos 18-4-2022 10:39 PM
Btul. Sbb tilam ni penting untuk support tulang belakang. Lgi stu, even xde bed frame pun senang mmg kena ada tilam.. So, xdela tulang senang reput
Quote shadajie 18-4-2022 10:42 PM
Tpi harapnya yg dpt tilam ni mmg tilam yang bersih n berkualiti jugak. Klu yg kena banjir aand tilam kotor mmg kena buang sebab banyak kuman. So kita ni pun kena jaga tilam betul2
Quote Simunggu 19-4-2022 10:44 AM
recycle balik mungkin boleh guna...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.051688 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top