CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mike Sedia Bagi Keterangan Isu Majlis Kahwin Kamal, Uqasha Langgar SOP

29-12-2021 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5110| Komen: 28

Description: Pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis ...
Pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang sedia memberi kerjasama kepada pihak polis sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan Uqasha Senrose dan Kamal Adli.


Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia sedia untuk berkongsi keadaan sebenar sepanjang menghadiri majlis perkahwinan tersebut di Genting Highland.

“Kalau dipanggil untuk beri keterangan, sudah tentu saya sedia membantu. Saya akan beritahu perkara sebenar situasi dan suasana majlis pada hari tersebut,” katanya.


Kredit foto: IG Mike


Dakwanya, suasana yang dilihat menerusi video adalah berbeza dengan keadaan sebenar di lokasi dan kesemua tetamu mematuhi SOP pemakaian pelitup muka kecuali semasa makan.

“Tetamu yang hadir diwajibkan untuk melakukan ujian calitan Covid-19 di klinik dan perlu menunjukkan sijil keputusan ujian tersebut. Kami juga perlu lengkap dua dos vaksinasi.

“Jumlah tetamu tidak sampai 200 orang. Lagi pun tempat yang dibuat kecil sahaja,” katanya.

Justeru, Michael menasihati netizen supaya bijak membuat penilaian dan jangan membuat tuduhan melulu selain memperbesarkan perkara tidak benar.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal yang dipercayai melanggar SOP di Genting Highlands pada 15 Disember lalu.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis berhubung satu video berdurasi 41 saat yang tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati terdapat tetamu yang tidak memakai pelitup muka serta tiada penjarakkan sosial.



“Aktiviti itu telah melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. Kes disiasat di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) 2021,” katanya.


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 29-12-2021 04:34 PM
engkau penganjur event ni ke amoii??? jgn perasanlah polis nk panggil ko
Quote Kurex 29-12-2021 04:38 PM
Betapa besar kuasa netizen nk dibandingkan dgn kuasa retis.. zaman kejatuhan artis2 Malaysia ke ni?
Quote jijilaaa 29-12-2021 04:51 PM
berpakat ramai2 ke? lepas 2mggu baru memasing nak post? pastu dengan bangganya dok ckp xde yang +ve, xde kluster..semua sihat
Quote Buritan 29-12-2021 04:54 PM
Nak komen nuar zain dah beruban.. dulu pernah jatuh cinta dgn nuar zain.. moga nuar zain ketemu.cinta sejati...
Quote cupu 29-12-2021 04:56 PM
Aku tgk majoriti netizen xde la marah sgt..mungkin bosan dgn sop. Nk test netizen bosan atau tak kena tgu keluarga lofa buat majlis mcm ni.
Quote asfaz 29-12-2021 04:57 PM
Ye la sangat pakai mask kecuali masa makan aje. Video yg tular tgk takde jemputan pun pakai mask . Siap baling2 bunga lagi.
Quote kiah_mai_pulak 29-12-2021 05:00 PM
Buritan replied at 29-12-2021 04:54 PM
Nak komen nuar zain dah beruban.. dulu pernah jatuh cinta dgn nuar zain.. moga nuar zain ketemu.cint ...

muka mcm kena langgar tokang. awatt kagu tu?
Quote Buritan 29-12-2021 05:02 PM
kiah_mai_pulak replied at 29-12-2021 05:00 PM
muka mcm kena langgar tokang. awatt kagu tu?

Ontahhh... kena langgo pun sisa sisa kacak masih ade lg
Quote syamzana 29-12-2021 05:06 PM
byr je la saman kalau salah.apa susah, nak panjang cerita lagi, jgn ngaku salah. contoh retis terpaling dah ada xngaku salah. ujung2 dilepaskan tanpa dibebaskan. sop what???
Quote watatakut 29-12-2021 05:23 PM
Kurex: Betapa besar kuasa netizen nk dibandingkan dgn kuasa retis.. zaman kejatuhan artis2 Malaysia ke ni?


dulu netizen baca majalah je sis..nak komen pun dalam hati atau orang2 kat sebelah je.sekarang niat, tulis send...berapa saat je semua boleh baca
Quote eizarz 29-12-2021 05:24 PM
MA ni mmg bodo...kantoi kan org lain
Quote mohdcrow 29-12-2021 06:13 PM
orang yang sama ke ni? Screenshot_2021-12-29-18-10-40-344_com.android.chrome.jpg
Quote Belibis 29-12-2021 08:09 PM
syamzana: byr je la saman kalau salah.ap ...

Tu sebab hamil..mekel ang boleh hamil jugak ke?[em:22:]
Quote slyfynx 29-12-2021 08:44 PM
Eh, gmbr berpeluk tu pun dah confirm2 x ikut SOP
Quote Normabaru 29-12-2021 08:54 PM
Hahahaha seriously beriya masing2 bjoget acah Hindustan segala..

Kesian feeling ko keturunan majapahit ke cmne..
Apepun kaka mmg dh agk dh confirm Langgar sop

Now blh la ungkamal bt solat hajat byk2 kt mekah tu supaya polis2 corrupt tu xpki isu Langgar sop ni utk divert isu politaik dgn sprm yang tgh panas tu
Quote Incanto 29-12-2021 09:02 PM
apolah mike..ko kata jemput 200 org pastu kata tempat kecil

mesti sesak kan?

Quote susukambingbest 29-12-2021 09:09 PM
Bodonya lahai si gemuk mulut longkang ni. Smua pkai mask kcuali msa mkn je, jadah sgt ko lembam. Dah terang2 video hisdustan smua xpkai mask. Video pngntin kluar tu brapa kerat je tetamu yg pkai mask. Yg lain smua tak pkai. Ko ingat netizen smua lembam otak mcm kau ke. Netizen smua crdik2 tau bkn bongok m kau
Quote honeybee1802 29-12-2021 09:51 PM
Mentang tak sampai 200 jemputan boleh tanggal mask la yer?sop maan tu?
Quote Perawankota 30-12-2021 03:54 AM
Aku kan... Tak suka betul kalau orang nak post2 Apa2, pastu tulis ayat sarcastic mcmtu.. Nak post, post jer.. Tak yah tulis ayat2 mcmtu.. Buat org bertambah tak suka LG adalah..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.421575 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top