CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Bantu Mangsa Banjir, Tapi Ali Puteh Takut Kena Hentam Lagi

24-12-2021 06:44 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4458| Komen: 32|Original author: LilRose

Description: Rezeki kemenangan sebagai naib juara Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) baru-baru ini akan dikongsikan bersama mangsa banjir.
Rezeki kemenangan sebagai naib juara Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) baru-baru ini akan dikongsikan bersama mangsa banjir.


Kredit foto: IG

Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarrak Al Jufri berkata demikian kepada Harian Metro bahawa sebahagian wang kemenangannya itu akan digunakan untuk memberi bantuan kepada mereka.

Dia bagaimanapun menegaskan enggan berkongsi perkara baik ini secara terbuka di laman sosial kerana tidak mahu ada mulut jahat berkata-kata.

"Alhamdulillah rezeki anak-anak apabila menang tempat kedua MLM. Saya memang akan membantu mangsa-mangsa yang terbabit.


"Berkenaan Vicha dan Mamak saya tak pastilah, namun rasanya mereka ada buat cara mereka. Saya akan buat ikut cara sendiri tapi tidaklah ke lokasi banjir tapi ada cara yang lain yang lebih sesuai," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG

Katanya, selagi boleh ditutup, dia tidak mahu menunjukkan bentuk bantuan yang diberikan.

"Bukan apa, memang boleh tunjuk dan tiada masalah tapi takut orang kecam dan maki saya lagi nanti.

"Apapun kita bantu apa yang boleh kita bantu. Insya-Allah lebih kurang begitulah hasrat saya. Memang saya tak berani nak cakap sangat nanti kena hentam lagi," jelasnya.

Tambahnya, dia mungkin akan memberi fokus pada kawasan kampung yang lebih teruk terjejas banjir seperti Hulu Langat, Dengkil, Ijok dan Parit Mahang.

Bukan tidak boleh menghulur bantuan di kawasan Shah Alam, cuma kawasan bandar itu sudah menerima banyak tumpuan.


Kredit foto: IG

Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali, Mamak dan Vicha menerima trofi naib juara MLM2021 dan wang tunai RM250,000.

Ali buat kerja mulia, takkan orang nak hentam juga, kan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 24-12-2021 06:48 PM
Kata tak nak umum tapi umum gak.  So dah kongsi ke belum?
Quote Mulotkoyak 24-12-2021 08:00 PM
Ckp xserupa bikin...
Quote dudaberhias 24-12-2021 08:03 PM
Daripada gigih nak membantu mangsa banjir apakata kau pulangkan dulu apa yang sepatutnya kepada Dayah dan anaknya. Itu lagi penting.
Quote rayna_raynes 24-12-2021 08:20 PM
Ye memang patut kau duduk diam2 ulit anak bini kau. Bank in je sumbangan kat mana2 NGO biar diorang settle semua. Menyemak je mangkuk lapar perhatian ni
Quote belilies 24-12-2021 08:44 PM
Nak pahala dari tohan ko derma jelah diam diam takyah justify. Vavik benau
Quote makadek 24-12-2021 08:44 PM
Kau bantu diam2 jgn banyk ckp dah la susunnn
Quote makneng 24-12-2021 08:58 PM
Sejenis nato... No action, talk only.
Nak tolong.. Buat..
Tak nak tolong.. Senyap
X yah berbuih mulut bagi statement
Quote LadyCarefree 24-12-2021 09:01 PM
RM10 pun sebahagian jugak kan?
Quote Adrif 24-12-2021 09:06 PM
hmmm je la..

bagus niat baik dia tu.. pergi je laa terus tak yah inform apa2

jangan ikut style menteri nak tolong orang kena bagitau media dulu siap sedia bagai

bak kata orang, nak buat baik ni: "Apa yang tangan kanan buat, tangan kiri tak tau."

haa gituu. buat baik boleh, war-warkan pun boleh, menggalakkan orang ramai ikut benda baik

tapi jangan sampai jatuh hukum riak dan takbur. lagi sekali, haa gituu
Quote nakkomenjugak 24-12-2021 10:41 PM
Buat jelaaa. Apa masalah ko? tak payah nak bagitahu kot. buat je, tak perlu nak umum2 bagai
Quote missHaidiD 24-12-2021 10:44 PM
Ramai da bntu mangsa banjir. Baik ko kasi nafkah kt ank buah ko tu. Nti kena jwb kt sana nti tu
Quote midori_katana 24-12-2021 10:48 PM
Nak tlg sebab apa? Kalau sbb Allah; lantak pi lah org nak kecam ka apa!
Quote Tokeybundle 25-12-2021 10:06 AM
Eleh...dah sejuk beku nak bising plk
Nak bg org ingat blk kat dia la tu
Sori awak x penting
Quote buapakperut 25-12-2021 10:34 AM
Kisser ngan ko ,sejak bila ko perlukan validation Dari netizen Yang ko benci. Tak nak tolong dok diam2 jangan nak jadikan netizen alasan. Emangnya ko nak kena puji2 ke Lepas dah tolong.
Quote doodlediddle 25-12-2021 10:49 AM
Shite!!! Dia boleh menang tempat ke2. Omg…lagi lah dia mendabik dada dan terus terusan rasa diri dia betul dan semakin memandang serong terhadap balu arwah abangnya terutama sekali ank buahnya. Urrrghhh…menciknya~~. Hope the truth shall prevail!!
Quote airmineral 25-12-2021 04:27 PM
best sgt ke lawak dia smp boleh menang?
iols xpnh tgk lawak2 ni..huhu
Quote missyL 25-12-2021 07:26 PM
Netizen jgk salah lol
Nk derma or nk buat baik buat je la
Nape nk libat netizen
Bkn nye netizen bg pahala
Quote missyL 25-12-2021 07:28 PM
airmineral replied at 25-12-2021 04:27 PM
best sgt ke lawak dia smp boleh menang?
iols xpnh tgk lawak2 ni..huhu

Ntah la.
Aritu tgok sekali kt utube mlm ni

Xlawak smpi i ketawa sbb xlawak
Quote hasniey 26-12-2021 01:28 AM
Belum bg bantuan dh buruk sangka.ckp org kecam & maki

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.299081 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top