CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hasil Menabung, Budak 6 Tahun Beli Tanah Dan Rumah

24-12-2021 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3131| Komen: 18

Description: Berbeza minta dengan kanak-kanak seusianya, Ruby McLellan memilih untuk membeli rumah pada usia hanya enam tahun.
Berbeza minta dengan kanak-kanak seusianya, Ruby McLellan memilih untuk membeli rumah pada usia hanya enam tahun.

Keputusannya ternyata mengejutkan banyak pihak kerana pada usia semuda itu dia sudah mahu memilik aset.



Ruby bersama abangnya, Gus menyimpan wang sejak kecil hasil daripada melakukan pelbagai pekerjaan termasuk membantu bapanya menjual buku.

Hasil simpanan itu membolehkan mereka membeli lot tanah yang sudah mempunyai rumah tetapi belum siap dibina.

"Nama saya Ruby dan berusia enam tahun. Kini saya dalam proses untuk membeli rumah pertama," katanya kepada agensi berita 7News.




Bapanya, Cam McLellan seorang pakar hartanah mendedahkan setiap anaknya menyimpan AS$2,000 (kira-kira RM8,400) untuk pembelian tanah dan rumah itu.

Mereka kini sedang membina sebuah rumah di atas satu lot tanah di Clyde, tenggara Melbourne, dengan kos AS$671,000 (kira-kira RM2.8 juta).

McLellan menjangkakan nilai hartanah di kawasan itu akan meningkat menjadi dua kali ganda nilai asal dalam tempoh 10 tahun.



Pasaran hartanah Australia yang meningkat mendadak menyebabkan ibu bapa khuatir anak mereka kelak tidak mampu memiliki rumah sendiri apabila dewasa.

Secara purata, harga rumah dianggarkan bernilai AS$1 juta (kira-kira RM4.4 juta).

Harga rumah di Melbourne meningkat secara purata 19.5 peratus, dalam tempoh beberapa tahun lalu.

Harga purata sebuah rumah pula dianggarkan berharga AS$953,000 (kira-kira RM4 juta).


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 24-12-2021 05:20 PM
Dah pak pakar hartanah mana tak anak2 pun ada minat yang sama
Quote Samerosie 24-12-2021 05:34 PM
Wow kalah kak ros yg menabung dari kecil.
Quote helicornia 24-12-2021 05:37 PM
Bapaknya pakar hartanah mesti la nk tunjuk dia pandai ajar beli hartanah.tp ntah ye ke tidak tu sume duit anak sendiri
Quote faraway1 24-12-2021 06:10 PM
Bagus bapak dia..

Tapi 2 k setahun plus 6 tahun, so 12 k buat beli aset so bapak top up the rest..
Quote musangbodoh 24-12-2021 06:35 PM
saya dalam proses untuk membeli rumah pertama


mn rumah anaknye? dicerita umah ayahnya??
Quote bakingsoda 24-12-2021 06:41 PM
amende..2k tu pon entah upah dr bapak pastu bapak jugak yg kena topup lagi beratus k
Quote becir 24-12-2021 07:24 PM
Ntahla I pulak kesian kat budak ni kecik2 pikir pasal hartanah semua..
Quote Aikiko 24-12-2021 09:27 PM
Bagusnya nyela didikan bapak dia....cerah masa depan anak2 n bakal menantu
Quote imanjannah 24-12-2021 09:36 PM
adakah dia terinspirasi dengan mak mentua abg misai kontot
Quote kakikuDibibirmu 24-12-2021 09:45 PM
imanjannah replied at 24-12-2021 09:36 PM
adakah dia terinspirasi dengan mak mentua abg misai kontot

Menabung:

photoshop_thumb.jpg
Quote tumpanglalu74 24-12-2021 09:47 PM
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2021 09:45 PM
Menabung:

Macam bodow je muke si Keri mase ney.  Persis Hanapi sikat tepi..
Quote Firenzza 24-12-2021 10:59 PM
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2021 09:45 PM
Menabung:

yang ni lawak....
Quote G-Pitts 25-12-2021 12:56 AM

Masih banyak lagi rupanya orang yang percaya gambar surat kabar & fitnah menabung dari kecil ni kan. Lemah...
Quote G-Pitts 25-12-2021 01:07 AM


Lihat ayat kat bawah gambar rosmah tu pun boleh nampak benda tu dah diedit. Ayat kat bawah gambar rosmah tu kata "LAMBANG PERPADUAN". Apa kaitan lambang perpaduan dengan cincin rosmah?
Quote 3480 25-12-2021 01:09 AM
Mahai bethoiiiiii.. Camna sajat nk beli rumah
Quote sharlenetexas 25-12-2021 01:10 AM
kakikuDibibirmu replied at 24-12-2021 09:45 PM
Menabung:

Jambunya kayjay.
Quote auntyonion 25-12-2021 07:35 AM
Wow..idola dia kakmah ke [em:4:]
Quote clarizsa 25-12-2021 07:41 AM
Baguslah bijak anak nya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065203 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top