CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Permohonan Sukarelawan Sukan SEA 2017 Dibuka Dalam Masa Terdekat

23-6-2015 12:48 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 8522| Komen: 0

Description: Dalam masa terdekat kita akan buka permohonan untuk sukarelawan Sukan SEA 2017. Kalau minat, saya harap anda akan tampil untuk menjadi sebahagian daripada Team Malaysia.

sumber foto : https://scontent.cdninstagram.com


Permohonan untuk menjadi sukarelawan Sukan SEA 2017 akan dibuka dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata ribuan sukarelawan diperlukan apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada temasya dwitahunan itu.

"Dalam masa terdekat kita akan buka permohonan untuk sukarelawan Sukan SEA 2017. Kalau minat, saya harap anda akan tampil untuk menjadi sebahagian daripada Team Malaysia.

"Mari kita jadikan Sukan SEA 2017 yang terbaik," katanya dalam entri terbaru di laman Facebook beliau Ahad lalu.


Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Sukan SEA 2017 berkata segala persiapan untuk menjuarai keseluruhan Sukan SEA dan berjaya dari segi penganjuran telah pun bermula.

Pada November 2011, Khairy mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas jemaah menteri meluluskan pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri walaupun jika mengikut sistem penggiliran sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah pada 2019.

Temasya 2017 sepatutnya giliran Brunei, tetapi negara jiran itu meminta penangguhan daripada Persekutuan Sukan SEA. - CARI Infonet


sumber : BERNAMA

15

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.082633 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top