CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Chong Wei Juara Grand Prix Emas Terbuka AS!

22-6-2015 02:57 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 3682| Komen: 0

Description: Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 39 minit untuk menewaskan lawannya pada perlawanan akhir Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, sekali gus meraih gelaran kejuaraan pertama beliau dalam kej ...


sumber foto : http://i1.wp.com/


Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 39 minit untuk menewaskan lawannya pada perlawanan akhir Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, sekali gus meraih gelaran kejuaraan pertama beliau dalam kejohanan terbuka.

Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 33 tahun itu, membuktikan beliau tidak kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi selama lapan bulan dengan menewaskan pemain Denmark Hans-Kristian Vittinghus, 22-20 dan 21-12.

Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat yang berlangsung di Kolej Komuniti Suffolk County, Brentwood, Amerika Syarikat ini merupakan penampilan pertama Chong Wei dalam kejohanan terbuka dan cabaran antarabangsa ketiga selepas digantung lapan bulan atas kesalahan doping.

Chong Wei berusaha untuk memperbaiki kedudukan beliau dalam ranking dunia sejak kembali daripada penggantungan lapan bulan lepas. Beliau yang sebelum ini berada pada ranking nombor satu dunia telah jatuh kepada ranking ke-79.


Keputusan yang memberangsangkan pada kejohanan terbuka Amerika Syarikat ini bakal menjadi pemanas yang baik menjelang Kejohanan Dunia di Jakarta, Ogos ini. - CARI INFONET
7

Bagus
8

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.103140 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top