CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Khatam Al-Quram Baru Bandi Amuk Setuju Masuk GV8

11-11-2021 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3337| Komen: 22

Description: Bandi Amuk, 57, mengakui sudah beberapa kali diajak menyertai pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza.
Bandi Amuk, 57, mengakui sudah beberapa kali diajak menyertai pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza.

Dia bagaimanapun menolak kerana terikat dengan beberapa komitmen lain dan tahun ini baru bersedia menyahut cabaran apabila bergelar peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bermula 21 November ini.


"Mereka tanya nak sertai atau tidak dan sering kali saya jawab tak boleh kerana banyak komitmen yang kena didahulukan.

"Dalam pada itu, saya juga belajar mengaji al-Quran dari peringkat asas dan sayang nak tangguhkan kerana rasa seronok. Alhamdulillah, pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz ini sudah selesai pada Januari lalu apabila saya berjaya khatam," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG


Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia merasakan tiada alasan lagi untuk menolak pelawaan Astro sekarang.

"Saya dah bertekad ini penyertaan terakhir dalam program besar dan akan buat paling terbaik untuk kepuasan hati semua pihak. Diikutkan banyak aspek perlu diambil kira dalam pertandingan ini. Saya dah lama menyanyi dan kritikan itu sebenarnya okay daripada orang-orang lama.

"Kadang-kadang manusia ada ego sendiri. Di sini saya kena ada kekuatan untuk dengar semua pendapat untuk memperbaiki kelemahan saya," katanya.

Menurutnya, jika difikir secara logik tiada kepentingan untuk dia menyertai program ini kerana sudah mempunyai nama sendiri.

"Tapi bila tengok Mus masuk, saya terfikir apa salahnya mencuba. Mus pun kata bila masuk ada benda baru yang saya boleh dapat. Tak dinafikan mental kena kuat. Pada umur begini memang tak nak kerja yang kena 'torture'. Pada saya ia benda-benda yang memang memenatkan. Namun, saya kena anggap sebagai cabaran. Bertanding berbeza dengan beraksi dalam konsert," katanya.

Bandi berjanji akan menggunakan pengalamannya lebih 40 tahun untuk mencuri tumpuan peminat. "Mereka akan dapat tengok saya menyanyikan lagu dangdut, etnik dan apa-apa saja termasuk lagu-lagu Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) nanti.

"Doakan kesihatan saya okey agar saya dapat berikan persembahan yang sehabis baik," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-11-2021 04:02 PM
meols harap abandi tak terpengaruh terbawak-bawak alasan 'tak sihat' 'tak fit' macam rockers otai terdahulu yepp...walhal kita tahu 'sakit' apa... good luck Abandi..! Lagu Matahari Abandi selalu jadi lagu dodoi meols... harap2 Abandi pilih lah nak pakai mask mata ke mask mulut, kalau pakai 2-2 takut lemas pula abandi nanti.. hahahahaha
Quote taji2906 11-11-2021 04:03 PM
nak dengar suara dia mcm time dgn febians dlu.. ada 2 suara. hahaha
Quote dudaberhias 11-11-2021 04:05 PM
takyah masuk pun takpe... pakai mask pun rhoperr tetap haukkk jua...
dah kertu2 ni masuk pesantren atau tabligh je ye...
takpun masuk gema gegar vaganza pun ok...
Quote KirazMevsimi 11-11-2021 04:27 PM
prince_marhaen replied at 11-11-2021 04:02 PM
meols harap abandi tak terpengaruh terbawak-bawak alasan 'tak sihat' 'tak fit' macam rockers otai te ...

hahahahahaha
Quote KirazMevsimi 11-11-2021 04:28 PM
steady bang bandi. khatam quran. bagus bagus. moga berjaya kepada semua peserta nanti
Quote makadek 11-11-2021 04:35 PM
Mula dah petik butang igamaaa
Quote Jitu 11-11-2021 11:26 PM
mmg minat lagu2 dia masa febians dulu
masa drive mmg pasang kuat2 dah jd mcm speaker bergerak pulak kereta
tp lagu2 amuk kurang minat lah
Quote mamajawie 12-11-2021 10:30 AM
aku suka lagu matahari, aku mahu pulang dgan lagu akar dan bumi..besttt
Quote hotmak 12-11-2021 11:43 AM
oh patut masa kumpulan febian guna nama nasa, mmg nama sebenar dia

Quote DianaSaksen 12-11-2021 12:03 PM
Harap uncle ni bawa lagu matahari kat gv nanti
Tapi tak tahulah kalau peserta gv yg lain dapat
Lagu ni
Kalau aweera dapat lagi best
Quote Orix 12-11-2021 01:00 PM
iols senyum sinis jah
Quote Mulotkoyak 12-11-2021 02:41 PM
Nak lagu Matahari utk opening ni bole ke???
Xnak lgu tinggi tinggi kelapa padi...
Quote Kancilkering 12-11-2021 02:48 PM
yeah yeah…member ni bujang sampai ke tua ke?
Quote gideoncross 12-11-2021 11:43 PM
makadek replied at 11-11-2021 04:35 PM
Mula dah petik butang igamaaa

Rsanya retis2 & influencers kat Msia start2 Corona ni, mcm hmpir ksmuanya mndlmi bidang ugama.
Quote Rhyno 12-11-2021 11:46 PM
DianaSaksen replied at 12-11-2021 12:03 PM
Harap uncle ni bawa lagu matahari kat gv nanti
Tapi tak tahulah kalau peserta gv yg lain dapat
Lagu ...

iols paling suka lagu Jernih. lagu ni utk konsert pengenalan nanti okay gak.

[youtube]PeBlr8G6SiY[/youtube]
Quote ketupatnasi 13-11-2021 12:11 AM
Patut tajuknya..
Dah Khatam Al-Quran Baru Bandi Amuk Setuju Masuk DAI
Quote prizadane 13-11-2021 09:52 AM
Betul la apa dia kata tu. dia ni AJK masjid n jiran kakak iols. Dia nampak je jiwa rockers gini. Tapi memang solat 5 waktu di masjid je. N rasanya ni bukan first time heols khatam… dah few times dah.
Quote prizadane 13-11-2021 09:52 AM
Kancilkering replied at 12-11-2021 02:48 PM
yeah yeah…member ni bujang sampai ke tua ke?

Dia dah kahwin siap ada menantu dah chuols…
Quote Suchi 13-11-2021 09:54 AM
Unik nama dia igtkan bandi tu nama samaran ke apa rupanya mmg nama sendiri.
Anak dia menjadi gak kan rasa dulu penah ada nampak anak dia masuk u bagai.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.063134 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top