Bandi Amuk, 57, mengakui sudah beberapa kali diajak menyertai pertandingan nyanyian popular Gegar Vaganza.
Dia bagaimanapun menolak kerana terikat dengan beberapa komitmen lain dan tahun ini baru bersedia menyahut cabaran apabila bergelar peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bermula 21 November ini.
"Mereka tanya nak sertai atau tidak dan sering kali saya jawab tak boleh kerana banyak komitmen yang kena didahulukan.
"Dalam pada itu, saya juga belajar mengaji al-Quran dari peringkat asas dan sayang nak tangguhkan kerana rasa seronok. Alhamdulillah, pengajian sejak pertengahan 2017 dengan seorang ustaz ini sudah selesai pada Januari lalu apabila saya berjaya khatam," katanya kepada Harian Metro.
Foto: IG
Bandi atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat berkata, dia merasakan tiada alasan lagi untuk menolak pelawaan Astro sekarang.
"Saya dah bertekad ini penyertaan terakhir dalam program besar dan akan buat paling terbaik untuk kepuasan hati semua pihak. Diikutkan banyak aspek perlu diambil kira dalam pertandingan ini. Saya dah lama menyanyi dan kritikan itu sebenarnya okay daripada orang-orang lama.
"Kadang-kadang manusia ada ego sendiri. Di sini saya kena ada kekuatan untuk dengar semua pendapat untuk memperbaiki kelemahan saya," katanya.
Menurutnya, jika difikir secara logik tiada kepentingan untuk dia menyertai program ini kerana sudah mempunyai nama sendiri.
"Tapi bila tengok Mus masuk, saya terfikir apa salahnya mencuba. Mus pun kata bila masuk ada benda baru yang saya boleh dapat. Tak dinafikan mental kena kuat. Pada umur begini memang tak nak kerja yang kena 'torture'. Pada saya ia benda-benda yang memang memenatkan. Namun, saya kena anggap sebagai cabaran. Bertanding berbeza dengan beraksi dalam konsert," katanya.
Bandi berjanji akan menggunakan pengalamannya lebih 40 tahun untuk mencuri tumpuan peminat. "Mereka akan dapat tengok saya menyanyikan lagu dangdut, etnik dan apa-apa saja termasuk lagu-lagu Budak-Budak Baru Nak Up (BBNU) nanti.
"Doakan kesihatan saya okey agar saya dapat berikan persembahan yang sehabis baik," katanya. -CARI
takyah masuk pun takpe... pakai mask pun rhoperr tetap haukkk jua...
dah kertu2 ni masuk pesantren atau tabligh je ye...
takpun masuk gema gegar vaganza pun ok...
Post time 13-11-2021 09:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Betul la apa dia kata tu. dia ni AJK masjid n jiran kakak iols. Dia nampak je jiwa rockers gini. Tapi memang solat 5 waktu di masjid je. N rasanya ni bukan first time heols khatam… dah few times dah.
Post time 13-11-2021 09:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Unik nama dia igtkan bandi tu nama samaran ke apa rupanya mmg nama sendiri.
Anak dia menjadi gak kan rasa dulu penah ada nampak anak dia masuk u bagai.