CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Anak Vanessa Angel: Datuk Beri Amaran Jangan Jadikan Cucu ‘Content’ Media Sosial!

10-11-2021 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1476| Komen: 6

Description: Ibu mentua kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Dewi Zuhriati mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat.
Ibu mentua kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Dewi Zuhriati mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat.


Ibu Febri Andiansyah ini bagaimanapun berkata dia menolak tawaran tersebut kerana mahu membesarkan sendiri cucu lelakinya itu.

"InsyaAllah kita sanggup membesarkan Gala, kami akan mengasuhnya hingga dia dewasa.

“InsyaAllah sampai maut kami menjemput, Gala akan bersama kami," kata Dewi seperti dilapor portal Tabloid.

Foto: IG

Dalam pada, Dewi berkata semua harta peninggalan dan wang simpanan milik arwah dan suami akan digunakan untuk masa depan Gala.


"Kita sangat berterima kasih dengan orang ramai yang bersimpati dengan cucu saya.

"Seandainya ada peninggalan (harta) dari arwah ibu dan ayahnya, kita akan guna untuk tabungan masa depan Gala... semua orang sayang Gala," ujarnya.

Sementara itu, bapa Vanessa iaitu Doddy Sudrajat meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mengambil kesempatan menjadikan Gala sebagai konten media sosial.

Justeru itu, dia memohon orang ramai tidak lagi memuat naik foto atau video Gala tanpa kebenaran.

"Saya mohon jangan eksploitasi anak kami. Saya tidak ingin anak dan cucu menjadi sorotan kamera dan media. Dia masih belum tahu apa-apa," katanya.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 10-11-2021 01:15 PM
Siapakah ini? Iolls je ke tka kenal? Tapi kesiannya kalau anak-anak kecik.. semoga atuk neneknya jaga penuh kasih sayang
Quote -Suri- 10-11-2021 01:41 PM
Bagus tok dia buat camtu. Kesian budak  tu yg tak tahu apa2
Quote mamajawie 10-11-2021 03:04 PM
walaupun iollss x kenal tapi bagus la grandparents bertanggungjawab,,kesian anak masih kecil lagi
Quote ina_na 12-11-2021 01:06 AM
Bapak arwah Vanessa ni nampak mcm elok..tp bapak arwah Bibi lg elok.. tak pe la..tuk cucu kan.. semoga cucu dia org membesar dlm keadaan elok..Tik tok ni aku tgk pun pening..terjoget2.. tergelek2.. benda la yg seronok nye pun x tau
Quote Artemesiaa 15-11-2021 11:41 AM
Itu yang sebaik dilakukan oleh datuk dan neneknya budak masih kecil jangan diambil kesempatan
Quote ina_na 20-11-2021 04:29 PM
Br tertgk kat video FB..bapak Vanessa nak duit vanessa tuk adik dia..tgk org Indonesia duk mengutuk dia..btl2 x malu la bapak dia... Tp benda kait Gan duit ni..mmg ramai yg mcm ni

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-12-2021 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069764 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top