CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kemurungan Teruk, Scha Elinnea Jumpa Pakar Psikiatri Setiap Minggu

22-10-2021 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6998| Komen: 63

Description: Pengakuan Scha Elinnea yang mendakwa janji temu dengan pakar psikiatri menjadi rutin mingguan seperti diluahkan melalui Instagram (IG) Story, mengejutkan peminat.
Pengakuan Scha Elinnea yang mendakwa janji temu dengan pakar psikiatri menjadi rutin mingguan seperti diluahkan melalui Instagram (IG) Story, mengejutkan peminat.


Scha atau nama sebenar, Nur Azleen Natasha Mohamed Mubeen mengaku mengalami gangguan mental kronik yang memaksanya mendapatkan bantuan pakar sakit jiwa.


Foto: IG

Tanpa berselindung, pelakon drama SiTiktok itu mengesahkan masalah dialami berpunca kemurungan teruk.

Sehubungan itu, sejak Jun lalu, Scha memastikan janji temu dengan doktor setiap minggu dipenuhi.



"Jika diikutkan, sudah lama saya berdepan situasi ini. Mungkin ditambah dengan situasi semasa pandemik COVID-19 membuatkan saya banyak berfikir bukan-bukan.

"Selama ini, keadaan dianggap terkawal. Hanya kebelakangan ini menjadi agak teruk... Hendak tidur pun sukar.

"Saya jadi takut dan cemas apabila berjumpa ramai orang. Malah lebih membimbangkan, kalau saya duduk sendirian, perasaan itu menjadi-jadi. Takut hingga boleh menangis sendirian," katanya.



Scha berkata, sebagai langkah berjaga-jaga, teman baiknya datang menemani di rumah.

"Selama ini, saya tinggal sendirian. Dengan situasi sekarang, saya perlu ditemani kawan. Saya juga kena makan ubat yang disarankan doktor setiap hari.

"Saya tidak boleh tinggalkan ubat. Doktor berpesan kena ambil ubat sebagai langkah berjaga-jaga," katanya.


Gadis kelahiran Kelantan dan membesar di Kedah itu mengaku mengambil ubat penenang jika ada komitmen kerja termasuk penggambaran drama.

"Selama ini, saya rahsiakan penyakit ini. Saya cuba nampak kuat, walaupun hakikatnya berperang kesakitan dalaman.

"Lama-kelamaan saya tidak boleh simpan dan pendam lagi. Saya harus jujur dan menyatakan masalah yang dihadapi ini. Bagaimanapun, pendedahan ini bukan untuk membebankan sesiapa," katanya.



Ketika ini, Scha memberitahu, dia tidak terikat dengan kerja seni.

"Saya ambil masa sebaik mungkin untuk berehat. Akhir bulan ini, jika tiada aral melintang, saya akan 'terbang' ke Korea bagi melakukan penggambaran sebuah program terbitan TV3," katanya.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 22-10-2021 08:53 AM
Dia ni elok je hantukkan kepala dia ngan janna debab tu.. Sendiri cetus kontrobasi, bergambar mengundang bagai lepas tu kata stress, depression.. Padahal sakit mental
Quote Kurex 22-10-2021 09:05 AM
Muka kau sebenarnya busuk kepam, berjeragat, berkerak..
Dalam ig muka kemain runcing, realiti muka kau jenis muka bunjut.
Kau ni siapa sebenarnya? Apa kelayakkan kau jadi artis? Kau takde gred, takde class, sangkak, bakat langsung takde. Bodoh hina mana ambik kau jadi artis ni? Biar iols ludah muka dia, muka kau & repot cari.

Setakat depression ni bukan gosip! Lain la pelakon yg datang dari ceruk mana2 ni buat dosa sampai tertekan tapi taknak tobat. Tu ye gosip. Benda2 bodoh macam ni tak payah nak bagitau orang. Dah la acik2 porem ni cuma kenal artis yg ada class, gred A jah.
Quote KamikuP 22-10-2021 09:12 AM
Scha sskjp mana pulak ni ?
Cara ko posing pun dah mcm bitch stok2 Dan Bilzerian
Mana tak ko sakit mental nak up dan hype kan diri padahal desa nan permai selayaknya jahhh
Quote lyshafull 22-10-2021 09:17 AM
Tgok gamba2 dia iolls teringt iols ade kawan kuat bergambar pi travel hilng mood sebb habiskan masa amik gamba retake lagi dn lagi ..
Quote dudaberhias 22-10-2021 09:23 AM
Who are yussss???
Btw tengok ig macam hidup happy je cuti sana sini posing menonggeng sana sini...

Ok la semoga sihat dan sembuh dari kemurungan... Jangan kemurungan sebab takde sugar daddy sudah dik...
Quote nuril86 22-10-2021 09:32 AM
dudaberhias replied at 22-10-2021 01:23 AM
Who are yussss???
Btw tengok ig macam hidup happy je cuti sana sini posing menonggeng sana sini...

takut sugar daddy dh berundur sbb x mampu nak support kowt..
Quote budakmanentah 22-10-2021 09:52 AM
kesian. cipta mcm2 kontroversi. tp tetap sendu. tp org who r yussss kan ko dik
Quote selipar_hijau 22-10-2021 10:38 AM
Kurex replied at 22-10-2021 09:05 AM
Muka kau sebenarnya busuk kepam, berjeragat, berkerak..
Dalam ig muka kemain runcing, realiti muka k ...

basic ke tidak muka dia ni @Kurex
Quote nellyberry 22-10-2021 10:53 AM
Sis pun kemurungan Dik, sbb tak kenal kau siapa.
Quote Nnasda53 22-10-2021 11:21 AM
Terus je la makan ubat tu.
Sapa dia ni? iols tak kenal.
Quote Nnasda53 22-10-2021 11:22 AM
Terus je la makan ubat tu.
Sapa dia ni? iols tak kenal.
Quote Prickford 22-10-2021 11:39 AM
dudaberhias replied at 22-10-2021 09:23 AM
Who are yussss???
Btw tengok ig macam hidup happy je cuti sana sini posing menonggeng sana sini...

Itulah nya kakdud. Sheolls pon asik dapat gosip psl jd pelacur kelas atasan la, ada sugar daddy la, takde gosip lain.

Kalau dah bnyk mulut cakap gitu, mau betulnye ye dok?? Bila income merosot, maunya tak meroyan. Mana nak cekau handbag, kasut mahei2. Kalau dah belakon pon sendu, harap tayang body dekat IG, mana nak masuk fulus2... Harap minah kepam ni baca la forum ni ye...


Quote Gomea 22-10-2021 11:43 AM
Kalau tunjuk macam ni aku cayalah jugak dia memang betul2 sakit. Ni yang si janna, aku pon nak tengok jugak ubat ape yang dia makan
Quote Prickford 22-10-2021 11:54 AM
Gomea replied at 22-10-2021 11:43 AM
Kalau tunjuk macam ni aku cayalah jugak dia memang betul2 sakit. Ni yang si janna, aku pon nak tengo ...

Janna debab tu self claimed je. Nak attention. Sebab dah nampak terowong sendu.

Quote AcikBuncit 22-10-2021 12:53 PM
Dia ni kalo bgmbar dh mcm pornstar pn ada.. Patutla... Sakit mental... Lapar perhatian..
Quote shiraloveyou 22-10-2021 01:00 PM
Selain jumpa doktor pakar, elok la muhasabah diri tu....ubah mana yg patut
Quote ctcheery 22-10-2021 01:11 PM
Artis kemurungan mcm ni ek gayanya...
Quote Gumball 22-10-2021 01:36 PM
Klw kemurungan, memang kena bergambar seksi, nonggek, terdedah sana sini ek..?
Itu kemurungan atau attention seeker..?
Quote mesmerize 22-10-2021 01:51 PM
kekadang nampak jugak igfeed sheols lalu lalang.. dalam setiap pic nampak pandangan mata sheols kosong .. pandangan mata seperti hidup dah tak bermakna gitu

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066627 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top