CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahu Garis Panduan Atau Sengaja Kejar Rating?" - Zed Zaidi Desak Produksi Viral Mohon Maaf

22-10-2021 09:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3946| Komen: 29

Description: Kesalahan dan kecaman akibat terlepas cakap berkaitan isu rogol di sebuah program televisyen tidak sepatutnya dituding hanya kepada pelakon Fauzi Nawawi semata-mata.
Kesalahan dan kecaman akibat terlepas cakap berkaitan isu rogol di sebuah program televisyen tidak sepatutnya dituding hanya kepada pelakon Fauzi Nawawi semata-mata.


Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, pihak penerbit dan produksi program perlu memikul tanggungjawab berkenaan.


Foto: IG

“Tindakan dia memang salah namun kecaman dan hentaman tersebut tidak sepatutnya dipikul oleh pelakon dan hos tersebut.

“Saya akan mendesak pihak produksi tersebut untuk tampil mohon maaf sebab ini program mereka, sepatutnya mereka peka dan sensitif dengan kandungan tersebut.


“Kalau rancangan siaran langsung pun kita boleh tapi apatah lagi yang rakaman ni? Jangan fikirkan kepentingan diri sendiri demi mengejar rating," ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zed berkata, dia akan membawa perkara itu ke peringkat lebih tinggi agar pemantauan terhadap garis paduan dibuat dengan lebih tegas.

“Kita akan desak mereka buat permohonan maaf dan jika perkara ini tidak berlaku kita akan bawa ke peringkat lebih tinggi supaya garis panduan, penguatkuasaan dan pemantauan dapat dibuat lebih tegas.

“Kalau tak buat sampai bila-bila mereka rasa mereka hebat, walaupun mengaibkan orang, isu rogol boleh lepas macam itu. Kau menggalakkan orang buat perkara macam tu,” ujarnya.

Sementara itu, Zed juga mengingatkan semua artis lebih berhati-hati dan berfikir tentang etika komunikasi sebelum bercakap di khalayak atau media.

“Ini menjadi satu pengajaran kepada artis-artis agar lebih berhati-hati bercakap kepada media, peminat, masyarakat atau media sosial. Mereka perlu fikir tentang etika komunikasi supaya tak mengaibkan orang lain dan mencetuskan perbalahan,” ujarnya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 22-10-2021 10:03 AM
betul cakap chuollss tapi iolllss rse chuollss cam ckap dengan cermin sbab chuollss yang gemmss pun ade gamba beberd terbang kat bilik air flat tu..
Quote cik_penguin 22-10-2021 10:10 AM
mamajawie replied at 22-10-2021 10:03 AM
betul cakap chuollss tapi iolllss rse chuollss cam ckap dengan cermin sbab chuollss yang gemmss pun  ...

Utk kes ni betul je apa dia cakap. Tak payah singkap2 benda lain. ????
Quote chandrahusin 22-10-2021 10:16 AM
bad publicity is still a publicity perhaps
dari media smpai ke artis
asal boleh kejar view rating tinggi
moral boleh letak tepi
Quote BicaraHatiku 22-10-2021 10:26 AM
Bagi meols... si Poji yg salah byk....Syuk mengapi- api kan jua.
Ceriter2 macam tu sembang kat mamak je bruh.
Quote Hypothetically 22-10-2021 10:36 AM
BicaraHatiku replied at 22-10-2021 10:26 AM
Bagi meols... si Poji yg salah byk....Syuk mengapi- api kan jua.
Ceriter2 macam tu sembang kat mamak ...

I dont think the topic is necessary at all. Sensitive issue.Kalau tak pandai tackle org yg menjawab, lagi lah sensitive.
Anyway, dorang ni masih berkomunikasi dgn produksi kan masa
menjalankan pengambaran.
Production kenapa tak intercept.
Suruh tukar topic ke.
I sokong jugak apa yg zed zaidi cakap
Production harus ambik tgjawab juga.





Quote BoongaKertas 22-10-2021 10:38 AM
iols seram ayat ni,

"itu korang tengok diorang time ada kamera. cuba imagine bila takde kamera, ligat dia laju mana?"

ni iols terbaca ayat kat twitter.

sungguhlah betul, hormat wanita tu kualiti yg sgt rare pd lelaki zmn skrg
Quote newyork 22-10-2021 11:04 AM
Scary mengenangkan benda rogol ni jadi benda lawak. Tringat budak Ain tu. saiko la
Quote KamikuP 22-10-2021 11:15 AM
You said it bamb gems zz..
Quote squeeze 22-10-2021 11:23 AM
harap semua station tv gam je syuk gemok tu, lucah je memanjang,
Quote Prickford 22-10-2021 11:49 AM
First of all, Shuk yg patut di banned. How come dia boleh tanya soalan antara scene mana yg Fauzi buat which is rompak or rogol, yg menjadi favourite gitchu. Dah kenapa kau nak berbual psl isu rogol eventho benda tu lakonan. Second Fauzi patut pandai tackle balik soalan tu, Khir Rahman sebagai moderator pon patut pancung soalan tu. Even worse, production & produser tak buat kerja. Publish semata2. Celah mana dia sunting pon aku tak tau. I would love to see the produser apologize in public!
Quote Prickford 22-10-2021 11:51 AM
mamajawie replied at 22-10-2021 10:03 AM
betul cakap chuollss tapi iolllss rse chuollss cam ckap dengan cermin sbab chuollss yang gemmss pun  ...

Beberd dia torbang tu isu lain. Ini isu lain. Beberd dia terbang tu malu kat diri dia sendiri je. Ini isu umum, public awarenes. Rape is not a joke!

Quote tintin22 22-10-2021 11:52 AM
ak amek contoh kerja kedai makanan segera pon,jauh mutu nya org kerja dulu2 dgn generasi sekarang.

tak sangka benda masuk TV mcm ni pon teruk mutu sekarang
Quote Hypothetically 22-10-2021 12:00 PM
Prickford replied at 22-10-2021 11:49 AM
First of all, Shuk yg patut di banned. How come dia boleh tanya soalan antara scene mana yg Fauzi bu ...

Kan u. Dah lah tanya soalan sensitive, semua boleh duk buat lawak, ketawa sokmo. Dah tahu soalan sensitive, semua kat situ patut mainkan peranan. Serious sikit, kalau rasa2 yg tukang jawab tu nak terpeliok, tolong mencelah atau tukar topic lain. Production pun biarkan je, cakap mengarut. Mana si poji tak syok sendiri.
Quote Fly_over 22-10-2021 12:06 PM
asterokkk cuci tgn.. mujur dah humban esterok dalam stor
Quote Pak.dolla 22-10-2021 12:26 PM
Kalau zaman tokmat dulu..retis yg buat hal, rambut panjang, kes dadah, gabat bugil, byk songeh, kontroversi..semua kena gam x boleh keluat tv dan radio..
Zaman now ramai berlumba² buat kontroversi sbb nak keluar tv..
Quote mojarean_X 22-10-2021 01:06 PM
Cancel je rancangan ni bg Diva AA talkshow sendiri. Baru meriah
Quote royaldanish 22-10-2021 01:07 PM
Zaman now semua yg bodoh abadi kluar kat astro
Quote bankerpencen 22-10-2021 05:09 PM
Pak.dolla replied at 22-10-2021 12:26 PM
Kalau zaman tokmat dulu..retis yg buat hal, rambut panjang, kes dadah, gabat bugil, byk songeh, kont ...

Rindu zaman ni. Barulah ada akal dan adab sikit pelakon, pelawak, penyanyi semua ni. Dah la kebanyakannya bodoh, tak beradab dan kekadang tu rupa pun hauk. Lawak pun tidak. Gam je yang bermasalah, termasuklah yang terpalit kes dadah sekali. Tak layak dijadikan "public figure"!
Quote BicaraHatiku 22-10-2021 05:51 PM
Hypothetically replied at 22-10-2021 10:36 AM
I dont think the topic is necessary at all. Sensitive issue.Kalau tak pandai tackle org yg menjawab ...

Asteruk sis....asalkan boleh rating canak.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.376179 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top