CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cerita Sampah, Vida Dan Iqbal Untung Dapat Trafik Kita Otak Makin Layu"-Izwan Azir Saleh

21-10-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4817| Komen: 41

Description: Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh berharap orang ramai yang terhibur dengan cerita ‘sampah’ usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli supaya berhenti mengambil tahu meng ...
Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh berharap orang ramai yang terhibur dengan cerita ‘sampah’ usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli supaya berhenti mengambil tahu mengenai kisah peribadi mereka.


Menerusi ciapan yang ditulis dalam Twitter miliknya, Izwan menyifatkan kisah disensasikan mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat, sebaliknya merosakkan fikiran masyarakat.


Foto: Kosmo

“Kepada yang mudah terhibur dengan cerita ‘sampah’ dua manusia itu (Vida dan Iqbal), ketahuilah mereka kahwin atau tidak, dia buat lagu dengan Caprice atau Floor 88, mereka tidak letak nasi dalam pinggan kita (membawa manfaat).


“Mereka juga tidak bayar hutang bank kita. Dia untung dapat trafik (liputan), kita dapat apa? Otak makin layu,” tulis bekas pembaca berita TV3 itu.

Izwan juga menyeru agar pihak media berhenti mengangkat ‘drama’ membabitkan Vida dan Iqbal yang seakan-akan tidak berkesudahan.



“Saya minta sangat kepada media-media tertentu supaya hentikan drama Iqbal dan Vida ini. Drama begitu zaman kita menonton Opah atau Pi Mai Pi Mai Tang Tu bolehlah. Ini dah tahun 2021. Takkan mentaliti kita tahap itu saja?

“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual dan dijaja. Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?” ujarnya.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan Iqbal terkejut selepas diterjah masuk usahawan berkenaan di kediamannya sekitar pukul 3 pagi.

Iqbal menerusi beberapa hantaran dalam InstaStory mendakwa, dia tidak menyangka Vida sanggup menerjah ke rumahnya semata-mata ingin menyerahkan sebentuk cincin kepadanya.

Terdahulu, pasangan itu merancang mendirikan rumah tangga pada Disember depan tetapi hubungan tiba-tiba dilanda badai disebabkan beberapa faktor, diawali tidak mendapat restu kedua-dua anak Vida.

Tidak setakat itu, Iqbal turut mendedahkan sudah tawar hati dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-10-2021 02:04 PM
Pasal pompuan tua & gayah botem ni dah sooooooooo yesterday la izwan & repot oiiiiii
Quote KamikuP 21-10-2021 02:23 PM
Media sosial yg hadap duit dari dua ketoii sskjp ni sbb dpt duit dan nak bagi famili makan so hadap jer la netizen oiii
Quote nolya 21-10-2021 04:06 PM
Good that there is someone who reminds. Sekian waktu netizen dihidangkan dgn cerita2 sampah murahan yg menjijikkan sedangkan mereka bukan anak2 kcil yg boleh berperangai begitu. Sengaja mengumpan umpat-keji masyarakat demi meraih perhatian. Vida sendiri tak hormati gelaran 'Datuk' yg digelarnya.
Quote wak_pijah 21-10-2021 06:11 PM
Setuju je apa izwan ni cakap, nampak nau 2 makhluk tu berdrama memperbodohkan org.

Ujung2 gimik marketing saja. Shit sangat.
Quote beatgirlX 21-10-2021 06:17 PM
At last ada yg bersuara dlm line yg sama...
Asyik2 la citer Dua ketoi tu yg menjengkelkan
Quote SpyLeman 21-10-2021 07:12 PM
Ramai jer yg zizik dgn 2 ketol tu tapi aku x phm bila lagi ramai jugak yg dok puja dan sembah diorang. Mcmana rupa akal diorang ni? Mcm sabut kelapa kah? Mcm taik kambing kah? Mcm buntut siamang kah?
Quote dudaberhias 21-10-2021 07:21 PM
Betulll sangattt... Jangan ingat tak menjadi ye marketing2 bodoh macamni... Memang menjadi... Dalam 86 orang yang tengok... Confirm ada 5 pembeli... Trafik theyols ni juta2 di sebabkan marketing sampah ni... Deorang la seronok... Acik2 forum hanya mampu ketap bibir... Apa kata dari ketap bibir tu jom ikut iols beliakkan bijik mata berjemaah dan jeling2 dekat dua eko tu untuk hantar penyakit ain... Agittewww... Jangan sia2 kan kebolehan yang tuhan anugerahkan...
Quote Carcosa 21-10-2021 09:53 PM
Sapa jelah yg amek kisah?
Lalu dkt timeline, aku scroll2 jah
Quote Belibis 21-10-2021 10:07 PM
Masalahnya..citer bodo diaorang ni masuk porum...kalau takkkk,harrey aku tak tau menahu punnnn...
Quote ReginaGeorge 21-10-2021 10:19 PM
Yang bodoh jer percaya. Yang dua ekor tu cari makan, macam biasa...
Quote mojarean_X 21-10-2021 10:25 PM
Aku cuma nak ckp tolonglah kembalikan slot pagi AG-Haiza-Muaz di Kool FM @ Buletin FM. Berbeza sgt dah my favourite radio station dulu.
Quote yusryimran 22-10-2021 07:08 AM
sememangnya sampah pun sudah2 lah DSV oi sila hadam ramai yang meluat
Quote fortiori13 22-10-2021 07:17 AM
Eloklah ada yg bersuara....
Quote me12345 22-10-2021 07:29 AM
Netizen yg malas kerja dan malas cari keje mmg kejenye 24 hadap media sosial skodeng hidup org...
Quote lasagna 22-10-2021 08:38 AM
ekceli mmg iols tak kesah pun dua org ni, lantak kan laa, sbb tak membantu apa2 pun, tapi pelik juga jika btul ada yg kesah dgn couple ni. sokong izwan.
Quote kakakko 22-10-2021 09:11 AM
mojarean_X replied at 21-10-2021 02:25 PM
Aku cuma nak ckp tolonglah kembalikan slot pagi AG-Haiza-Muaz di Kool FM @ Buletin FM. Berbeza sgt d ...

Dah tukar konsep kan.. Mula2 aku xboleh layan gak. Lama2 okay je Fokus Pagi Hawa & Ally tu.. Banyak info berbanding radio lain yang isi pun nan hado.. Kadang tu hado tapi penyampai pulak macam kureng..
Quote hashashes 22-10-2021 09:28 AM
Anyway memang betul yach apa Izwan ni cakap, mula2 kita just baca untuk hiburan je Tapi kalau dah on regular basis dok dijamu ngan cerita2 sampah camni, memang tak kan berkembang otak  kau. Kerajaan kena buat balik lah kempen Mari membaca kat anak2 Muda skrg dari dok hadap gossip socmed yang sampah
Quote chandrahusin 22-10-2021 11:23 AM
“Saya tahu ada faktor pembelian ruang berita oleh golongan berada ini supaya cerita begini dijual dan dijaja. Duit mereka lebih penting atau bentuk pemikiran anak bangsa kita pada masa depan yang lebih penting?” ujarnya.

dari dulu kan ni..
boleh bayar klu nak keluar cerita kat Media
ada duit semua boleh
bodoh2 kan org pun boleh
Quote Jayayakaka33 22-10-2021 02:40 PM
Setuju sgt2
X yah la nak hadap sgt drama beruk ni
Jijik tau

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076222 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top