CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Janna Nick Dengar Lima Suara Dalam Kepala Setiap Hari

18-10-2021 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4319| Komen: 44

Description: Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan golongan pesakit mental berdepan situasi otak yang sangat bising.
Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan golongan pesakit mental berdepan situasi otak yang sangat bising.

Janna berkata, disebabkan itu, dia kadang-kadang bercakap dengan kuat dan ia bukan kerana dia seorang 'happy go lucky' atau 'loud'.


Foto: IG

"Hati rasa lain, otak cakap lain. Bayangkan duduk sendirian atau di tengah keramaian. Selain daripada suara-suara orang. Pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri. Bukan satu suara, lebih empat hingga lima suara sepanjang hari," tulisnya menerusi Instagram. 

Menurutnya, dia hanya tidur waktu yang paling sunyi dan paling tenang serta mengakui ubat-ubatan sangat membantu proses ini. 



Dalam masa sama, Janna berkongsi satu watak yang dekat dengannya iaitu individu yang mengalami masalah bipolar dalam drama bersiri berjudul Misteri Mona lakonannya.

"Sepanjang penggambaran drama itu saya selalu rasa lemah dan migrain. Watak seorang pesakit yang menghidap 'schizophrenia', tetapi sentiasa 'overdose' dengan ubat-ubatan disebabkan suami dia cuba nak kawal sakit dia," katanya.

Janna berkata, tahap kesihatannya semakin teruk selepas itu. Dia turut mengakui tidak tenang melihat semula lakonannya dalam drama terbabit.



"Setiap hari balik shooting (penggambaran}, saya jadi lesu. Otak saya penat. Saya tak nak jumpa orang, tak nak bersiap," tulisnya.

Terdahulu menerusi Instagram, Janna menegaskan kesihatan mental seharusnya menjadi keutamaan dalam apa saja perkara dan tidak dapat dibeli.



April lalu, Janna tampil mendedahkan di Instagram bahawa dia mengalami masalah gangguan bipolar selain mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali ketika berusia 14 dan 15 tahun.

Menerusi satu hantaran di media sosial itu, Janna berkata, dia juga bergantung dengan ubat anti kemurungan serta mendapatkan pemerhatian rawatan daripada doktor pakar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 18-10-2021 10:49 AM
Reput cari mohon lebih cakna
Apa bezanya dengan thread ini? 15/10/21

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5000083&extra=page%3D1
Quote OyaTonggek 18-10-2021 11:25 AM
seblom thread kena katup, meols nk tinggalkan sepatah dua kata kt acik garit ni...5 suara yg hang hari2 dengag tu suh hang tobat kaa suh selpiaq tonggek hari2? bamboss hang saneee jana!
Quote mizzmimi 18-10-2021 01:23 PM
Dah bole check in tanjung rambutan?
Quote sarah_ary2 18-10-2021 01:36 PM
Bipolar ke schizophrenia? Watak Mona tue? Sebab atas cakap bipolar bawah cakap schizophrenia
Quote sukacactus 18-10-2021 01:57 PM
Misteri Mona, yg berlakon jd watak kakak dia (Ruzanna) pya acting best
Janna terpekik2 xbest
Quote innocent_me 18-10-2021 02:00 PM
Ni nak cakap.
Org ada sakit mental ni kadang menurun kat anak.
Nk cari jodoh tu pilih2 skit Dinie oii.

Quote slyfynx 18-10-2021 02:10 PM
Isu ni hampir sama dengan thread Janna dahulukan sendiri sblm orang lain <--- x igt tajuk.
Janna, online is really not the place untuk mengadu bab ni.
Ko akan membuatkan orang pandang enteng bab mental health sbb ko mcm lapar perhatian.
Get help, and stay away from medsos for a while
Quote Afifi82 18-10-2021 04:11 PM
Cantik baju itam Janna tu..
Quote royaldanish 18-10-2021 04:13 PM
Muka lawa tapi statement tak padan dgn muka
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:54 PM
Nak tak dengar sora2 acik2 kepamz porum?
Boleh meroyan terus bersara ko nanti
Quote pxlbb 18-10-2021 07:04 PM
Zaman skrg mmg trending kena expose penyakit mental ye. Zaman hakak dulu malu dicop gila. Kalau betul ada symptom pegilah berubat. Zaman now ramai sangat yg self-diagnose with scizo la OCD la konon minta special treatment.
Quote Mulotkoyak 18-10-2021 07:10 PM
sarah_ary2: Bipolar ke schizophrenia? Wata ...

Diorg pun xabis stadi lg kot... Dan xdpt bezakan bipolar and schizophrenia...
Mohon reput baca bebetol. Kalo salah tny balik retis tuh... Ko bohong ke saja buat citer... Sbb geng reputz nk buat citer ni..
Quote doubleharmonic 18-10-2021 07:42 PM
otak penat? tak nak jumpa orang? tak nak bersiap? yang kau gegeh menyeksi tertonggek tayang bontot tak penat pulak?
Quote dudaberhias 18-10-2021 07:51 PM
ke ambil dadah dek yenna oiii... nauzubillah min zalikkkk...
semoga teman laki poji nawawi mix beruk salji sheols dapat membimbing sheolsss ke arah jalan yang benar....
Quote kiah_mai_pulak 18-10-2021 08:17 PM
mesti pernah amik dadih ni.. kannnnnn?
Quote teen_angelJB 18-10-2021 08:25 PM
Acik Janna..
Back to Allah..
Settle masalah...solat,wuduk,alquran, Zikir..
Ko kejar dunia..smpai bile pun x habis
Quote misc 18-10-2021 09:18 PM
Sampai 5 suara ko dgr tu suara jin ke. Seram betul.
Quote hotmak 18-10-2021 09:53 PM
betul ke ni, biasa berhalusinasi tu cmana, ada nampak satu ig ni bukan self claimed, kesian tau sentiasa berhalusinasi, ada ‘kawan’ kalau betul janna ni sakit, dapatkan lah rawatan
Quote ina_na 18-10-2021 11:43 PM
Entah2 ade drama mental lagi nk keluar .ari tu pun ckp sakit mental.  Sekali Kuar citer ape tah nama tu..yg nampak kakak dia hidup..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.136565 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top