CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengikut Kurang 300 Ribu, Mustaqim Bahadon Tak Dapat Jadi Hero

18-10-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2618| Komen: 15

Description: Syarat yang diletakkan stesen televisyen untuk pengambilan pelakon sejuta pengikut di laman sosial masih menjadi topik bualan banyak pihak termasuk pelakon Mustaqim Bahadon.
Syarat yang diletakkan stesen televisyen untuk pengambilan pelakon sejuta pengikut di laman sosial masih menjadi topik bualan banyak pihak termasuk pelakon Mustaqim Bahadon.


Menurut Mustaqim, pihak stesen televisyen mungkin mempunyai sebab tersendiri mengambil pelakon mempunyai ramai pengikut terutamanya dalam aspek mempromosikan drama berkenaan di laman sosial mereka.

Namun begitu, dia mempersoalkan sama ada strategi tersebut benar-benar berkesan meraih rating tinggi dalam sesebuah drama yang disiarkan.

Foto: IG

"Saya setuju dengan kehendak stesen TV yang meletakkan syarat pelakon memiliki sejuta pengikut di laman sosial menghiasi drama atau projek.


"Saya pun akur dengan kehendak tersebut. Bagi saya, mungkin jutaan pengikut di media sosial akan membantu mempromosikan sesuatu karya itu.

"Tapi sejauh mana keberkesanan terhadap sesebuah cerita? Adakah penonton nak tengok pelakon jutaan pengikut atau jalan cerita?" kata Mustaqim kepada mStar.



Sebelum ini, pemilik Zeel Productions iaitu Haji Zeel mendedahkan terdapat stesen TV meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki sejuta pengikut di Instagram sebagai watak utama.

Ekoran itu, pelakon Namron tampil dengan cara sarkastiknya menyahut cabaran sebuah stesen televisyen dan segelintir penerbit dengan berkongsi foto tanpa baju di Instagram.

Namron secara sinis memberitahu dirinya memerlukan sekurang-kurangnya sejuta pengikut di platform berkenaan bagi melayakkan dirinya menerima tawaran berlakon.



Dalam pada itu, Mustaqim mengakui dia tidak pernah berasa kecil hati apabila tidak ditawarkan sebagai watak utama memandangkan pengikutnya hanya 294,000.

Bagi pelakon drama Pujaan Hati kanda ini, dia hanya berharap dapat melakukan semua watak yang diberikan dengan baik.

"Macam saya, pengikut hanya dalam lebih kurang 200,000 agak jauh untuk saya mencapai syarat yang ditetapkan.

"Namun saya tak pernah berasa kecil hati dengan kenyataan 'ada sejuta pengikut baru boleh jadi hero'.



"Bagi saya, watak utama sebagai hero itu bukan satu destinasi seorang anak seni yang betul-betul letakkan hati dalam bidang lakonan... macam saya.

"Sasaran saya dalam industri ini bukan sebagai hero tapi sebagai seorang yang boleh bawa apa saja watak yang diberikan," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote encikWawad 18-10-2021 10:54 AM
leak pls berdesup lah 2 juta
Quote mamajawie 18-10-2021 11:15 AM
si hajah pajil tu memang disebabkan dia da menyusahkan pelakon lain nk dpat job..x padan ponen kertu
Quote slyfynx 18-10-2021 11:21 AM
Die ni ade rupe.
Teringat tgk die jadi abang Shukri Yahya dalam surf this love.
And, senyum die mcm sorang judge dalam The Voice of Germany. Nico Santos
Quote Pak.dolla 18-10-2021 11:37 AM
X de aura sbg hero..x perlulah nk salahkan sesiapa..
Quote dudaberhias 18-10-2021 11:41 AM
Takde aura untuk jadi pelakon popular.
Tapi kalau jadi pelakon onlyfans ok kot, mesti masukk dikk
Quote rosannazmia 18-10-2021 11:48 AM
Edited by rosannazmia at 18-10-2021 11:51 AM

Aku tgk pelakon indie koo kyo hwan yg letops dgn D.P kat Netflix tu pon kalu tgk muka ala2 jambu ala2 plkon jepon,pastu kurus keding, pastu dgn sore kepit,  pastu ngn pendek compare dgn plkn korea yg lain2 tinggi2 tu, tp sbb dia karektor actor smp la dia dpt award best actor baru lah msykt korea "tengok" dia. Yg selama ni dipandang sepi sbb dia tiada rupa konvensional korean aktor. Skrg makin naik nama dia dgn netflix dgn movie box ofis ..xdenye dia putus asa usaha , skg pon usia dah 39 thn baru naik nama dia setlh bertahun di pandang gituhh ja oleh rakyat marhein korea
Quote underground 18-10-2021 03:31 PM
servis naikkan followers ada dek

ada duit, beli je ready made

kalau nak cepat naik followers free, kena la rajin buat posting dan relevan dgn isu semasa..

laki memang susah sikit, lain la gegirl.. tunjuk buah sipi2 pun berderet follower naik 1 malam
Quote nakkomenjugak 18-10-2021 05:56 PM
Patutlah iol whoisyuhhhhhhh jahhh
Memang tak kenal
Moga cepat2 merasa title hero
Quote Cikembok 19-10-2021 05:13 AM
Maybe tak cukup melayan fans kot.. Tu yg followers tak  seramai yg lain... Tinggi dah ada, rupa OK lah, tak lah hensem Sgt.. Aura kurang kot
Quote miss_strangers 19-10-2021 07:58 AM
Suka tengok muka dia...pandai berlakon. Mmg layak jadi hero.
Quote umbut 19-10-2021 10:24 AM
Jadi hero x leh. Jadi crook leh
Quote Fly_over 19-10-2021 02:32 PM
ala kalau itu yg tv nak. ko pulak nk job. beli jela follower. cukupkan sejuta sudah.
Quote KamikuP 20-10-2021 12:46 PM
Buat je video menari2 satu hari satu video aa gitu pasti naik follower yaach.
Quote gadis_tulip 21-10-2021 01:21 PM
Sis ade 47 followers je kat IG. Memang tak layak sis nak jadi pelakon kan? Apa yang selayaknya untuk sis? Goyang kaki jadi tai tai kat rumah.
Quote cmf_Strawberry 21-10-2021 01:25 PM
Hakak suka tengok dia ni. Nampak manly takdalah macam hero lain yang jambu sangat.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.048624 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top