CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melecur Di Tangan Dan Perut, Rumah Terbakar Lepas Sembur Deodoran

15-10-2021 01:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2218| Komen: 12

Description: Seorang remaja lelaki melecur pada bahagian tangan dan perutnya selepas semburan deodoran yang dipakainya menyebabkan letupan serta kebakaran di rumah keluarganya.
Seorang remaja lelaki melecur pada bahagian tangan dan perutnya selepas semburan deodoran yang dipakainya menyebabkan letupan serta kebakaran di rumah keluarganya.


Ketika kejadian, Atrin Behazadi, 13, sedang memakai deodoran di dalam biliknya dan semburan itu terkena lilin yang dipasang, sekali gus menyebabkan letupan.

Puluhan keluarga yang tinggal di blok perumahan itu melarikan diri selepas letupan berlaku kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Foto: Agensi

Sebanyak 10 jentera bomba dengan 70 anggota dikerah ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dikawal kira-kira sejam kemudian.


Ibu Atrin, Sarah memberitahu, tingkap dan pintu rumahnya hancur sepenuhnya akibat letupan tersebut.

“Anak perempuan saya sempat menghubungi 999 dan ketika kejadian, saya tidak berada di rumah kerana keluar membeli barangan dapur.

“Atrin kini dalam keadaan stabil walaupun mengalami luka melecur yang agak teruk,” katanya.

Semua penduduk dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas bomba memastikan keadaan selamat.

Sementara itu, bomba memaklumkan rumah Atrin hampir 80 peratus terbakar dan banyak barangan musnah. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 15-10-2021 02:24 PM
Berita hapo ni?? Tempat berlaku kat mana?? Nama mangsa macam kat mesia??
Quote nononcrux 15-10-2021 03:17 PM
maaf lari topic, kenapa credit aku hilang 40 ya? sedih
Quote dodolgemok 15-10-2021 03:48 PM
Kenapa dlm artikel takdak tulis tempat kejadian? Siapa reporter ni? Fail bab penulisan ke xbelajar format tulis berita mcmana? Selayaknya bankrupt utuseks ni sbb hire wartawan fail penulisan. Puiii!
Quote imanjannah 15-10-2021 03:48 PM
nononcrux replied at 15-10-2021 03:17 PM
maaf lari topic, kenapa credit aku hilang 40 ya? sedih

sama.. jadi jatuh level, dah pm mod, dia kata, sistem under maintannce lagi, akn ok semula semuanya nntu
Quote Samerosie 15-10-2021 04:00 PM
Atrin Behazadi, 13, caused an explosion when deodorant sprayed onto a candle
He was in his bedroom on the top floor of a 20-storey block in Battersea, London
London Fire Brigade said the Behazadis' home was 'destroyed' by the blaze
Paramedics rushed Atrin to hospital with burns on his stomach and arms
Ten fire engines and 70 firefighters got the fire under control in around an hour

https://www.dailymail.co.uk/news/article-10088861/Teenage-boy-sparked-explosion-destroyed-home-using-DEODORANT-close-candle.html

Cerita sama tapi machiam lain bila translated ke melayu.  Kenapa kau pakai lilin dek, rumah kau blackout ke?  Kuat betul aerosol deoderent kau dek.
Quote trexxxxxi 15-10-2021 04:17 PM
Samerosie replied at 15-10-2021 05:00 PM
Atrin Behazadi, 13, caused an explosion when deodorant sprayed onto a candle
He was in his bedroom o ...

Oh dia guna sprayer
Benda tu kan mudah flame
Budak lagi.. tak reti kot
Quote Samerosie 15-10-2021 04:24 PM
trexxxxxi replied at 15-10-2021 04:17 PM
Oh dia guna sprayer
Benda tu kan mudah flame
Budak lagi.. tak reti kot

Ni semua salah mak dia Sarah tak ajar aim ketiak betul2
Quote green~tea 15-10-2021 06:16 PM
Samerosie replied at 15-10-2021 04:00 PM
Atrin Behazadi, 13, caused an explosion when deodorant sprayed onto a candle
He was in his bedroom o ...

Aromatherapy candles tu kot... ngeri
Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:36 PM
Haiyooo 80% peratus hangittt!
Quote TeropongThaico 15-10-2021 10:19 PM
Alahai kesiannya...
Harap sembuh nanti elok la balik dik ya
Quote fefeeling 15-10-2021 10:24 PM
Ok la jimat duit flight 4ribu dgn adanya laporan isu semasa mengenai kejadian ini, tak perlu lah kita ke london utk melihat tempat kejadian dan membawang dgn jiran2 adik yg melecur tubuh badannya ini
Quote spankee_fili 16-10-2021 01:28 PM
Indon kah? Sebab ramai yg komplen banyak berita Indon lately so reporter opt out nama tempat teruih?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.074443 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top