CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Punggung Dipukul Ketika Jogging Seorang Diri

15-10-2021 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4270| Komen: 38

Description: Seorang wanita yang berjoging seorang diri berdepan detik menakutkan apabila dicabul lelaki bermotosikal di Taman Fasa 2J Seri Manjung, Lumut pagi tadi.
Seorang wanita yang berjoging seorang diri berdepan detik menakutkan apabila dicabul lelaki bermotosikal di Taman Fasa 2J Seri Manjung, Lumut pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, punggung mangsa berusia 30-an ditepuk sebelum melihat seorang lelaki bermotosikal dari arah belakangnya berlalu dari situ.



Gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim berkata, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada pukul 9.30 pagi.

“Mangsa berjoging di lokasi tersebut bersendirian sebelum datang sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang dan didakwa memukul punggungnya sebelum melarikan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Bhoo Khim, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati tiada televisyen litar tertutup (CCTV) dipasang di situ dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul kehormatan.



Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 15-10-2021 07:48 PM
Yihhhhh memang baru keluar dari gua keeee si miang tu???

OT
Sejak bil porum bertukar wajah??
Kenapa iol turun pangkat jadik ADVENTURER sedangkan iol da HIGHLANDER????
Nak mengadu dekat siapa ni??
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2021 07:53 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 15-10-2021 08:53 PM
nakkomenjugak replied at 15-10-2021 07:48 PM
Yihhhhh memang baru keluar dari gua keeee si miang tu???

OT


Pergi mengadu dekat admin dekat link ni

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1276628&extra=&page=1&mobile=2

Semalam sis pergi mana? Duduk bertapa dalam gua Hiro' tunggu wahyu daripada malaikat Gabriel ke?



Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:04 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-10-2021 07:53 PM
Pergi mengadu dekat admin dekat link ni

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=127662 ...

Biasalahhh orang kerja kuat kaka heheheh
Tak sentuh fon langsung
Sekalii haaa hambek koooo kredit iol dicantas, iol turun pangkat, UI serabut

Penat tau iol kumpul point
Quote tikusmontok 15-10-2021 08:08 PM
Elok pala hanat tu ditepuk ngan kasut pulak
Quote sekngucing 15-10-2021 08:09 PM
Babi punya forum...interface bertukar lg...yg 2008 dlu dah elok dah
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2021 08:11 PM
sekngucing replied at 15-10-2021 08:09 PM
Babi punya forum...interface bertukar lg...yg 2008 dlu dah elok dah

Kill! Kill! Kill!

Die! Die! Die!
Quote nolya 15-10-2021 08:46 PM
Eee, takutnya jika alami situasi mcm tu.  Wanita next time harus hati2 kalau mll tempat2 yg tak ade orang.  Tetiba  terjengul  je orang2 sinting/gila buat perangai tak senonoh, gangguan seksual.  Mangsa pasti tergamam dn tak sempat nak bertindak.  Di tempat sunyi dn tak ade orang, bila ada motor cyclist kena lebih hati2. Jam 7  pagi biasanya orang sibuk gi keja. Minah ni pula tengah jogging?  
Quote matbad 15-10-2021 09:10 PM
kakikuDibibirmu:  Edited by kakikuDibibirmu at  ...

hahahahhahaha siap bertapa
Quote mejaputih 15-10-2021 09:12 PM
nolya replied at 15-10-2021 08:46 PM
Eee, takutnya jika alami situasi mcm tu.  Wanita next time harus hati2 kalau mll tempat2 yg tak ade  ...

Saya kul 7 dah kuar gi jogging. Skrg masih wfh.so maybe minah ni pun sama.
Quote edayildiz 15-10-2021 09:12 PM
tatutnya..dh la selalu jogging ptg tp xpernah jogging sorg
Quote Fortiori02 15-10-2021 09:21 PM
nakkomenjugak: Yihhhhh memang baru keluar dar ...


Itulah, aku pun turun level gak pas cari porum bertukar wajah, tp since iols level rendah je tak macam chuols, segan pulak iols nak cakap kat porum sblm nihhh, hihi...

Utk tak OT, harap si miang tu kena tahan & masuk penjara spy ramai pulak dlm penjara tu tepuk pungggung dia....
Quote nolya 15-10-2021 09:23 PM
mejaputih replied at 15-10-2021 09:12 PM
Saya kul 7 dah kuar gi jogging. Skrg masih wfh.so maybe minah ni pun sama.

Oooo gitu ke.  Masih ade lagi eh staf ofis yg wfh? Ingatkan skr ni semua orang dah balek kerja mcm biasa. Wfh ni ada juge adv., tak nempuh jam, work more independently, tea-time n lunch boleh ambik kat dapur.  Cuma kalau ada anak/anak kecik juge agak terkacau sikit kan?
Quote ctaz 15-10-2021 09:25 PM
ate...jogging lagi sengsorang....
lain kali jogging 20 - 30 orng


ate...
ape ke ghupa ghampang teman nengok forum cari ni punya layout baru...
aje ngan bajang...
Quote TeropongThaico 15-10-2021 09:43 PM
nakkomenjugak replied at 15-10-2021 07:48 PM
Yihhhhh memang baru keluar dari gua keeee si miang tu???

OT

Ingatkan ai sorg yg kena
2 hari tak masuk terus kena turun pangkat.
Jauh sangat pulak tu larinya
Quote TeropongThaico 15-10-2021 10:03 PM
Hanat betul... Semua nak ambil kesempatan.
Harap kalau dapat tangkap bg hukuman sebat kat tangan sampai lunyai..
Quote Belibis 15-10-2021 10:05 PM
nakkomenjugak replied at 15-10-2021 07:48 PM
Yihhhhh memang baru keluar dari gua keeee si miang tu???

OT

Tak payah ngadu laa..aku pun sama..turun pangkat..
Quote jazaa100 15-10-2021 10:10 PM
sekngucing replied at 15-10-2021 08:09 PM
Babi punya forum...interface bertukar lg...yg 2008 dlu dah elok dah

Ha....ha....babi jugak yg kau panggil...


* sori mid. Tertekan button report
Quote mejaputih 15-10-2021 10:12 PM
nolya replied at 15-10-2021 09:23 PM
Oooo gitu ke.  Masih ade lagi eh staf ofis yg wfh? Ingatkan skr ni semua orang dah balek kerja mcm ...

Ya, masih ada. Pulak tu ofis saya nak renovate besar2an. Jadi mmg kena work from home. Tp sbb my nature of work byk online meeting dan online documentation and training, maka keje boleh berjalan mcm biasa, malah lg bz dari kerja di ofis. Yg bestnya xyah hadap jem la. Tp sgt challenging nk manage anak2 la. Selalu terbabas bebel kat anak lupa nk mute masa online meeting
Quote Supersirap 15-10-2021 10:53 PM
Semoga kita semua sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling, semoga sipelaku dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.261134 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top