CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Tanpa Warganegara Wujud Di Setiap Negeri Di Malaysia

15-10-2021 01:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3226| Komen: 34

Description: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan, rakyat tanpa warganegara Malaysia sebenarnya wujud di hampir setiap negeri di negara ini.
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendedahkan, rakyat tanpa warganegara Malaysia sebenarnya wujud di hampir setiap negeri di negara ini.


Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya mendapati perkara tersebut selepas menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi meminta satu keputusan yang jelas bagi menangani isu masyarakat rakyat tanpa warganegara pada 22 September yang lalu. 

“Rentetan dari kejadian itu, sepanjang tempoh bulan September sehingga kini MHO dihujani pertanyaan dan aduan mengenai nasib golongan ini yang kami sangka hanya berlaku di Sabah, tapi ia juga berlaku di hampir setiap negeri di Semenanjung.

“Jelas pada pandangan kami bahawa ini merupakan bukti jelas isu stateless ini sudah merupakan masalah yang getir jika tidak ditangani dengan sebaiknya oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan.


Foto: Utusan Online

Tambahnya, MHO amat bersimpati dengan golongan ini yang mana rata-rata mengadu bagaimanakah nasib anak mereka di dalam negara ini kelak, malah ada yang suaminya warganegara Malaysia tetapi tidak dapat mendaftarkan perkhawinan mereka hanya disebakan status isteri tanpa warganegara. 

Pada masa sama, Hishamuddin berkata, MHO mengambil pendekatan kemanusiaan dan bukan atas dasar kepentingan politik namun tidak mengabaikan kepentingan terhadap isu keselamatan dan kedaulatan negara. 

“MHO tidak sesekali bersetuju dengan sebarang isu berkait elemen yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun kami lebih ingin menjelaskan bahawa MHO sentiasa mendukung dan memperjuangkan hak kemanusiaan terutama golongan ini mengikut garis dan batas perlembangaan negara kita.

“Mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah sebahagian daripada kita yang telah lahir dan membesar di sini dan MHO percaya bagi mereka Malaysia adalah rumah mereka yang sebenar.

“Namun, sebagai manusia, banyak isu berkaitan keperluan dan hak asasi mereka terpaksa dinafikan akibat status mereka yang pastinya juga bukan kehendak mereka untuk dilahirkan sebagai stateless di negara ini,” katanya.

Katanya, banyak implikasi terhadap kehidupan seorang rakyat tanpa warganegara iaitu kesukaran untuk mendapatkan akses sistem pendidikan, kesihatan dan lebih buruk sering terdedah kepada menjadi mangsa pemerdagangan manusia seperti tidak menerima gaji yang setimpal. 

“Tambahan pula mereka tidak boleh membuka akaun di bank bagi tujuan simpanan. Akhirnya golongan ini akan mudah terlibat dengan kegiatan tidak sihat dan menjadi barah dalam masyarakat. 

“Sifat dendam atau marah terhadap masyakat dan kerajaan yang tidak menerima dan membela nasib mereka merupakan salah satu punca mereka sering terjebak dengan masalah sosial,” katanya.

Sehubungan itu, Hishamuddin berkata pihaknya akan sentiasa membantu semua golongan itu terutama dari sudut nasihat perundangan yang mana merupakan perkhidmatan utama MHO.

“Dalam masa yang sama juga kami menyeru semua pengamal undang/undang atau firma guaman yang ingin bersama kami dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan yang melibatkan masyarakat stateless dengan menjadi Panel Peguam MHO. 

“Begitu juga MHO mengajak masyarakat sivil, persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik sama ada Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bekerjasama dengan kami dalam mencari solusi secara holistik mengenai masyarakat tanpa warganegara ini,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 15-10-2021 01:48 PM
So nak kasi kerakyatan ke? Dah datang tak ikut saluran yang betul.. hujung2 kata tertindas stateless. Yihhhh
Quote tungkai 15-10-2021 02:32 PM
“Mahu atau tidak kita terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah sebahagian daripada kita yang telah lahir dan membesar di sini dan MHO percaya bagi mereka Malaysia adalah rumah mereka yang sebenar.


Please laaa....masuk haram, beranak pinak kat sini tiba2 sebahagian dari kita...???
Quote manzilla 15-10-2021 02:40 PM
tungkai replied at 15-10-2021 02:32 PM
Please laaa....masuk haram, beranak pinak kat sini tiba2 sebahagian dari kita...???

Apa salahnya. Orang tolak vaksin yang lahir di sini, beribubapakan orang sini, ada surat beranak, boleh pula Pentaksub Vaksin mohon buang kerakyatan. Bermula dengan dihalau ke kawasan pendalaman, berakhir dengan buang kerakyatan, demikianlah angan-angan mereka.
Quote Supersirap 15-10-2021 02:45 PM
Apakah tindakan yang akan dilaksanakan oleh Pemerintah berhubung perkara ini?
Quote ifanonline 15-10-2021 02:46 PM
jgn buat kesilapan memberi kewarganegaraan kpd golongan ini...kesilapan yg di buat oleh bapa kemerdekaan kita dulu
Quote LostStar 15-10-2021 02:57 PM
alahai Malaysia...senang2 jek nak layan sama rata... LEMAH
Quote dineyta 15-10-2021 03:06 PM
DAP penjuang tegar utk warganegara di parlimen. cukuplah setakat cina dan india yang minta hak sama rata.
Quote namieamuro 15-10-2021 03:29 PM
bukan setiap negeri. setiap ceruk kt malaysia ni ade. jd nk kene bg kewarganegaraan la camtu? suke la long tiger dgr
Quote Firenzza 15-10-2021 04:18 PM
MHO ni siapa ahli2nya? Persatuan ni mmg bela stateless ke ataupun ada udang disebalik batu? Org kata berniaga org ni masyukkkk! Klau gomen layan persatuan ni, bersorak la rohingya bkt malut dpt ic biru
Quote Decaffeinated 15-10-2021 04:41 PM
ifanonline replied at 15-10-2021 02:46 PM
jgn buat kesilapan memberi kewarganegaraan kpd golongan ini...kesilapan yg di buat oleh bapa kemerde ...

ada rakyat cina yang pandai berniaga was the best thing that ever happen to this country

tak nak lah aku kalau sampai tahun 2021 KL tu masih macam Kg Baru

belum masuk bab badminton lagi


Quote angelofish 15-10-2021 04:48 PM
tak payah lah...kalau yang islam tu tah mazhab apa yang dia orang ikut.
Quote ifanonline 15-10-2021 05:13 PM
Decaffeinated replied at 15-10-2021 04:41 PM
ada rakyat cina yang pandai berniaga was the best thing that ever happen to this country

tak nak  ...

disebabkan kemasukan cina la melayu hilang singapura
Quote Decaffeinated 15-10-2021 05:22 PM
ifanonline replied at 15-10-2021 05:13 PM
disebabkan kemasukan cina la melayu hilang singapura

Singapura is still there. Melayu is also still there kalau tak cukup malaya boleh tolong supply.

guess what, ramai malaysian yang menangis kehilangan Singapura tu cina bukan melayu. dorang kata tunku bodoh


Quote MontanaHannah 15-10-2021 08:24 PM
Bangsat

ahli-ahli politik sangat bangsat!


Jangan ko beri kewarganegaraan kepada bangsa penceroboh ,sial ko anak harommm bangsat ko bawa ke sakaratul maut
Quote nakkomenjugak 15-10-2021 08:38 PM
Haa bagi jeeee citizenshipppp
Kome kannnn suka memeriahkan malaya
Rakyat memang tak setuju tapi ada gomen nak dengar???
Quote ninja9 15-10-2021 08:40 PM
manzilla replied at 15-10-2021 02:40 PM
Apa salahnya. Orang tolak vaksin yang lahir di sini, beribubapakan orang sini, ada surat beranak,  ...

hahaha.. tak sangka ini pun melibatkan vaskin..
Quote JohnDeSouza 15-10-2021 09:08 PM
kirmak la .ngo bodo
Quote tripleid 15-10-2021 09:27 PM
Edited by tripleid at 15-10-2021 09:28 PM

bawah umno/BN selama 60 tahun dah berapa ramai pakistan,indon bangla pilipin yg dah diserap jadi warganegara.ujung2 mahacai bodoh ratib salahkan dapig jugak??

Quote me12345 15-10-2021 09:53 PM
Malaysia pusat pendatang haram....

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.077861 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top