CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 15 tahun ditahan beli senjata tiruan!!

18-6-2013 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5729| Komen: 13

Description: IPOH 18 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikesan membeli beberapa laras senjata tiruan menerusi internet pada Sabtu lalu.Pelajar tingkatan tiga ...
IPOH 18 Jun - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dikesan membeli beberapa laras senjata tiruan menerusi internet pada Sabtu lalu.

Pelajar tingkatan tiga itu ditahan di rumahnya berdasarkan alamat yang tertera pada bungkusan kurier yang dipesan remaja itu.
Lebih mengejutkan, kesemua senjata yang dibeli remaja itu bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat adalah RM878.88.
Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd. Nasir Said berkata, pihaknya masih menyiasat motif dan sumber kewangan remaja bawah umur itu membeli senjata tiruan berkenaan.
Beliau berkata, remaja terbabit ditahan susulan rampasan lapan senjata tiruan import tanpa permit yang dikesan selepas pemeriksaan dilakukan mesin pengimbas di Unit Kastam Pos, Pejabat Pos Besar Ipoh di sini.

"Antara senjata yang dirampas semasa pemeriksaan kira-kira pukul 12 tengah hari itu adalah jenis M16, raifal MP5, pistol jenis Glock dan Colt 45 automatik," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Mohd. Nasir berkata, remaja terbabit telah dibebaskan dengan jaminan di bawah Seksyen 116 Akta Kastam 1967 manakala pihaknya sedang mengesan individu lain terlibat dengan pembelian tiga lagi senjata tiruan yang dirampas.
"Kesemua senjata tiruan berkenaan menyerupai senjata sebenar, berkualiti tinggi dan boleh membawa maut jika disalahgunakan. Kebanyakan senjata itu menggunakan peluru getah manakala raifal MP5 menggunakan peluru tembaga," ujarnya. - 




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ogata 18-6-2013 05:20 PM
banyak nau duit
Quote khailya 18-6-2013 05:22 PM
aku rase beli kat siam lagi murah...
opsss..
Quote kakiputaralam 18-6-2013 07:11 PM
Hobi dia nie

Quote tempur 19-6-2013 01:43 PM
Sian budak ni..pilih hobi yang salah...
Quote kelana36 19-6-2013 01:48 PM
tempur posted on 19-6-2013 09:43 AM
Sian budak ni..pilih hobi yang salah...

Mana la tau nanti dia minat nak masuk tentera, mempertahankan negara....

btw ramai yang ada soft gun dan air rifle kat malaysia ni, siap boleh main perang perang lagi dalam hutan, ada yang pakai complete set sniper..
Quote Radzor 19-6-2013 02:06 PM
buat tembak cicak



Quote mjla 19-6-2013 02:11 PM
Kena badan mau berbirat..
Quote wickedcat 19-6-2013 02:13 PM
byk duit budak nih.......
Quote Al-Patih 20-6-2013 06:59 AM
budak ni pong satu ...tak tau ke....benda2 tiruan pong musti ado permit ....
Quote cmf_inquisitor 20-6-2013 07:14 AM
kalau beli kat black market rega dia 4k satu..
Quote Gegancu 20-6-2013 07:21 AM
pundek... p je masuk siam..
Quote alien485 23-7-2017 04:07 PM
pistol tiruan juga boleh bunuh orang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.054145 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top