CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Skuad Hoki Mahu Kekalkan Rekod Tanpa Kalah

29-5-2015 04:11 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 1287| Komen: 0

Description: Pasukan hoki lelaki negara berazam mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan Sukan SEA di Singapura bulan depan. Biarpun kali ini skuad lelaki negara dibarisi pemain junior, namun jurul ...

Pasukan hoki lelaki negara berazam mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan Sukan SEA di Singapura bulan depan.


Biarpun kali ini skuad lelaki negara dibarisi pemain junior, namun jurulatih A.Arul Selvaraj yakin pasukan bimbingannya mampu mengulangi kejayaan sama yang pernah dilakar skuad senior dua tahun di Myanmar.

Pada Sukan SEA Myanmar, skuad lelaki dan wanita negara cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam semua peringkat perlawanan dan setersunya meraih pingat emas.

"Cabaran saya kali ini ialah persediaan mental pasukan negara. Dari segi kemahiran dan teknikal permainan, pasukan kita jauh berbeza dari pasukan lain.

"Saya hormat kepada pasukan lawan tetapi skuad negara perlu melakukan tugas mereka dengan betul. Saya pasti pasukan kita tidak berdepan masalah," katanya kepada pemberita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Logan Raj Kali Kavandan optimis barisan pemain sedia ada telah bersedia dari aspek mental dan fizial.

"Pasukan kita mempunyai kekuatan dalam semua posisi. Saya tidak memikirkan pasukan lain kecuali Singapura kerana mereka tuan rumah dan saya pasti sokongan rakyat Singapura tinggi. Jadi pasukan negara perlu kuatkan mental," katanya.

Skuad lelaki negara akan memulakan kempen menentang Thailand pada 6 Jun sebelum bertemu Singapura pada 8 Jun dan Myanmar pada 10 Jun.

sumber:www.stadiumastro.com

8

Bagus

Marah

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.109382 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top