CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Pertaruh ketajaman tekong

28-5-2015 11:14 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 2433| Komen: 0

Description: KECEMERLANGAN tekong yang mampu memberikan mata terus menjadi taruhan skuad skuad sepak takraw negara untuk memastikan pungutan pingat di pentas Sukan Sea Singapura, 5 hingga 16 Jun nanti. Ini jel ...


KECEMERLANGAN tekong yang mampu memberikan mata terus menjadi taruhan skuad skuad sepak takraw negara untuk memastikan pungutan pingat di pentas Sukan Sea Singapura, 5 hingga 16 Jun nanti.

Ini jelas terbukti apabila Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyenaraikan lima tekong, tiga (pengumpan) dan empat (pelibas) untuk melengkapkan 12 pemain yang mewakili Malaysia.


Pelengkap skuad

Tekong emas negara, Syahir Rosdi pada Siri Super Istaf 2 di Melaka, Februari lalu terus menjadi taruhan untuk memastikan pungutan mata bersama Ahmad Aizat, Muhammad Idham, Sahidan dan Mohd Hairul Hazizi.

Dua pelibas dalam kemenangan bersejarah ke atas Thailand di Melaka, Hanafiah Dolah dan Khairol Zaman Hamir Akhbar  turut terpilih ke Sukan Sea selain Zamree Dahan dan Masran Ab Rahman untuk melengkapkan posisi apit kanan.

Farhan Adam, antara anggota skuad juara Siri Super Istaf 2 mengetuai barisan apit kiri di samping Mohd. Safarudin Abu Bakar dan Zuleffendi Sumari.

Sebaliknya tiga lagi apit kiri skuad elit iaitu Amirul Zazwan Amir, Arif Mohammad dan Zaim Razali hanya dinamakan dalam acara Chinlone (mirip sepak raga bulatan) dalam Sukan Sea kali ini.

Ketiadaan mereka dalam acara berpasukan dan antara regu, berkaitan dengan pencapaian sederhana Malaysia yang sekadar mara ke separuh akhir Kejohanan Dunia Piala Raja Thai Ke-30 di Bangkok awal bulan ini.


Perjudikan nasib

Jika dilihat perancangan ini jelas skuad sepak takraw negara mengambil langkah nekad dengan memperjudikan hanya tiga pengumpan dan melebihkan jumlah tekong dalam senarai 12 pemain.

Situasi ini memperlihatkan kecenderungan kepada tekong yang menggambarkan Malaysia mahu lebih bergantung kepada servis untuk menghasilkan mata.

Namun turut dikhuatirkan ialah sekiranya kecederaan, penyakit atau kejadian lain yang tidak diingini umpamanya disiplin, menimpa mana-mana apit kiri negara ketika temasya itu.
Perlu pulih maruah

Skuad kali ini akan dipimpin Abd Talib Ahmad sebagai jurulatih dengan dibantu dua bekas apit kiri negara Rosli Ab Rahman dan Najib Iman sementara Mohd. Zambri Abdul Rahman selaku pengurus pasukan.

Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas Sukan Sea ialah di Cebu, Filipina 2005 (antara regu) dan negara pernah membolot gelaran berganda di Manila 1991, namun sekadar membawa pulang sebutir perak dan sebutir gangsa dari Nay Pyi Taw dua tahun lalu.

Dua gangsa edisi di Indonesia 2011 adalah  pencapaian  terburuk Malaysia yang  memperkenalkan  sepak takraw ke temasya serantau dwitahunan ini yang dikenali sebagai Sukan Sea pada 1965 di Kuala Lumpur.

INFO

SENARAI PEMAIN DAN PENGURUSAN SKUAD SEPAK TAKRAW

TEKONG
Syahir Rosdi
Ahmad Aizat Mohd Nor Azmi
Muhammad Idham Sulaiman
Sahidan Md Ali
Mohd Hairul Hazizi Haizir

PENGUMPAN / APIT KIRI
Farhan Adam
Mohd Safarudin Abu Bakar
Zuleffendi Sumari

PELIBAS / APIT KANAN
Hanafiah Dolah
Khairol Zaman Hamir Akhbar
Zamree Dahan
Masran Ab Rahman

JURULATIH KEBANGSAAN
Abd Talib Ahmad

PENOLONG JURULATIH
Rosli Ab Rahman
Najib Iman

PENGURUS PASUKAN
Mohd Zamri Abdul Rahman

sumber:www.stadiumastro.com


6

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
9

Lawak

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.039529 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top