CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Platform Kenderaan Berperisai Russia Generasi Baru

15-5-2015 10:38 AM| Diterbitkan: CMFreporter5| Dilihat: 2763| Komen: 0

Description: Kereta kebal rekaan Russia seperti T 72 digunakan pada jumlah yang besar oleh negara yang tidak mampu membeli kereta kebal moden rekaan barat. Kereta kebal negara iaitu PT-91M Pendeka ...
Mother Russia

Kereta kebal rekaan Russia seperti T 72 digunakan pada jumlah yang besar oleh negara yang tidak mampu membeli kereta kebal moden rekaan barat. Kereta kebal negara iaitu PT-91M Pendekar ialah kereta kebal utama yang dibina berasakan T-72. Rekaan yang sudah berusia lebih 40 tahun ini tidak lagi sesuai untuk medan perang moden. Di dalam Perang Teluk ratusan kereta kebal T-72 milik Iraq menjadi korban kereta kebal M1A1 Abrams, Challenger dan juga kereta perisai Bradley. Jelas sekali jika Perang Dunia Ketiga berlaku, Russia akan mengalami masalah kerana kereta kebal generasi lama mereka tidak mampu bersaing dengan kereta kebal barat yang sedia ada.

Menyedari hakikat ini projek Armata dimulakan pada tahun 2009. Ianya platform baru untuk kereta kebal, kereta perisai, artileri bergerak dan kenderaan bantuan medan perang Russia. Kesemua kenderaan berperisai ini membawakan peningkatan dari segi battlefield survivability dan rekaan perisai modular. Kereta kebal T-14 dan kereta perisai T-15 sudah diperlihatkan kepada umum oleh Russia sempena perarakan May Day 9 Mei yang lalu.

Jelas sekali rekaan kereta berperisai generasi terkini Russia mengambil rekaanM1A2 Amerika Syarikat dan Leopard Jerman. T-14 mempunyai rekaan rudal yang bersegi dengan sistem anti serangan misil aktif terbina. Sistem optik terkini serta kokpit untuk 3 krew yang lebih tahan serangan dipercayai digunakan pada T-14. Senjata utama masih lagi meriam 125 mm smoothbore. Ia diperkasakan enjin diesel 1500 kuasa kuda yang memberikan kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan jarak operasi 500 kilometer. Berat kereta kebal utama ini pula ialah sekitar 48 tan. Ini menjadikannya lebih ringan dan pantas berbanding M1A2 dan Leopard.

T-15 pula diperkasakan enjin 1200 kuasa kuda dan mempunyai 2 orang krew. Senjata utama ialah meriam 30 mm dan empat tiub misil anti kereta kebal Kornet.Kereta perisai ini juga mampu membawa 8 orang aksar infantri di dalam ruangan kargo. Seperti T 14 ia mempunyai sistem anti misil aktif serta rekaan perisai modular.

Looks damn nice!









Sumber English Russia
kredit:www.blogserius.blogspot.com

12

Bagus
9

Marah
17

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:58 AM GMT+8 , Processed in 0.043802 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top