CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Curi Koleksi Coli Elit Victoria’s Secret RM290,000

7-5-2015 02:39 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 9527| Komen: 15

Description: WASHINGTON DC - Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat (AS) sebagai lelaki dikesan berjaya mencuri koleksi coli mewah jenama Victoria’s Secret di negeri Pennsylvania pada l ...




   

WASHINGTON DC - Dua orang pencuri yang dikenal pasti pihak polis Amerika Syarikat (AS) sebagai lelaki dikesan berjaya mencuri koleksi coli mewah jenama Victoria’s Secret di negeri Pennsylvania pada lewat Selasa.

Stesen televisyen tempatan CBS Philly melaporkan, koleksi elit bra keluaran firma pakaian dalam wanita terbesar dunia itu lesap di pusat beli-belah ternama Willow Grove Park Mall di bandar Abington, daerah Montgomery.

Siasatan awal polis mendapati jumlah kerugian dianggarkan AS$80,000 (RM286,980) dan duo pencuri ini dipercayai menggunakan beg plastik besar warna hitam yang biasanya digunakan untuk sampah domestik.

Gambar hiasan


Suspek kemungkinan menyelinap masuk pada awal pagi ke dalam kedai Victoria’s Secret terletak di aras 1 kompleks perniagaan tersebut yang mengandungi 130 lot premis serta sudah dibuka sejak 1982 lalu.

Polis mengesyaki dua penjenayah ini telah merancang strategi lebih awal kerana mereka didapati mengetahui lokasi tepat kotak-kotak simpanan coli berharga mahal dan keluar dari kedai itu hanya dalam masa dua minit.

Timbul persoalan menarik, kenapa bra menjadi pilihan berbanding barangan lain yang lazim dicuri di gedung beli-belah namun, pihak polis berkata, kes curi coli memang pun banyak di seluruh AS malah bukan isu luar biasa!

Gambar hiasan

Kebiasaannya pencuri khasnya wanita akan memakai terus coli yang hendak dicuri di dalam bilik persalinan setelah membuang tanda harga dan kod pengesan sensor sebelum kemudian terus keluar dari kedai terbabit.

Di AS, trend curi bra bahkan dilaporkan meningkat setiap tahun dan motif sebenar pencuri selain tiada cukup duit ialah pakaian penutup buah dada itu sebenarnya boleh dijual semula di pasaran gelap atau menerusi secara talian.

Ia memang lumayan, maklumlah harga coli paling murah pun sudah mencecah AS$75 (RM269), manakala bra dengan beberapa ukuran tertentu seperti saiz 34 DD juga amat sukar didapati di kedai pakaian biasa. – Agensi/H.A.AMREE
8

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stilla 7-5-2015 12:50 PM
Coli apa nie mahal sungguh ?
Quote spiderman80 7-5-2015 12:55 PM
Victoria's Secret best!! Kualiti kain lembut.

Quote bellaa 7-5-2015 01:02 PM
Edited by bellaa at 7-5-2015 01:03 PM

bella pakai la senza je.. corak ghimau ada. polka dot ada.

macam2 ada..

Quote bellaa 7-5-2015 01:04 PM
victoria secret ada meh kat malaysia?
ipoh xde pon..
Quote dubuk 7-5-2015 01:04 PM
fuyyoooooohhhhh

cantiknya benda benda ituuuuu
Quote chinta89 7-5-2015 01:08 PM
harga dah 200++ mmg berbaloi la kalau curi 10 helai dh berapa dh RM
Quote abgfonen 7-5-2015 01:09 PM
tinggi test dia
Quote ida88 7-5-2015 01:11 PM
bellaa replied at 7-5-2015 01:04 PM
victoria secret ada meh kat malaysia?
ipoh xde pon..

Area KL/selangor melambak dh kedai VS ni
Kalau turun sini bole la uols singgah
Quote bellaa 7-5-2015 01:40 PM
ida88 replied at 7-5-2015 01:11 PM
Area KL/selangor melambak dh kedai VS ni
Kalau turun sini bole la uols singgah

ada ke.. nampak sangat bella duduk ulu.

ada masa bella naik sana.. thx kaka..
Quote ice_sky92 7-5-2015 01:49 PM
Warna warni. Silau mata.
Quote GhostWalking 7-5-2015 02:33 PM
bellaa replied at 7-5-2015 05:04 AM
victoria secret ada meh kat malaysia?
ipoh xde pon..

ade yang panties rimau pun ada jual sini
Quote applemy 7-5-2015 02:34 PM
Ai tak leh lalu la kedai coli.. mesti stim semacam.. padehal underwear je huhu
Quote bellaa 7-5-2015 02:46 PM
GhostWalking replied at 7-5-2015 02:33 PM
ade yang panties rimau pun ada jual sini

yeke.. buley auumm aumm nanti bila pakai.
Quote kenarikelabu 7-5-2015 02:47 PM
Jual balik kat ebay kot
Quote GhostWalking 7-5-2015 02:51 PM
bellaa replied at 7-5-2015 06:46 AM
yeke.. buley auumm aumm nanti bila pakai.

boleh dekkk nak buat bunyi katak pun boleh untuk kelainan

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059851 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top