CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Chevrolet Colorado Sport Edition tampil dengan imej lebih agresif

29-4-2015 02:55 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5142| Komen: 1

Description: Dalam Naza World Auto-Mania 2015 yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Petaling Jaya, Cherolet Malaysia telah pun memperkenalkan model Colorado Sport Edition. Tampil dengan imej yang lebih agres ...

Dalam Naza World Auto-Mania 2015 yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Petaling Jaya, Cherolet Malaysia telah pun memperkenalkan model Colorado Sport Edition. Tampil dengan imej yang lebih agresif dan garang, pikap ini dijual pada harga atas jalan RM138,967.36, berserta insurans.


Colorado Sport Edition ini dibina berasaskan model sedia ada Colorado 2.8 LTZ Muscle Edition (RM113,781.76 dengan GST) tetapi ditampilkan dengan sedikit elemen baharu termasuk tujuh bahagian kit badan (termasuk gerbang roda yang lebih lebar), rim 18-inci dengan tayar prestasi tinggi dan roll bar belakang yang lebih sporty. Padanan kit badan ini sekali gus telah menambahkan imej yang lebih agresif dan sporty buat Colorado Sport Edition ini.


Bahagian kabinnya juga turut diberikan sedikit sentuhan lebih sporty dengan penampilan kulit upholstery SE. Malah kali ini, model Colorado turut dilengkapi dengan kamera undur.


Tidak cukup sekadar gaya, Colorado Sport Edition juga hadir dengan pakej suspensi yang lebih sport, dimana keselesaan pemanduan dan pengendaliannya telah dipertingkatkan. Ini termasuklah ketinggiannya telah direndahkan sedikit, memberikan rupa yang lebig agresif.


Bagi pakej Sport Edition ini, pembeli juga mempunyai pilihan untuk memiliki lampu nyalaan siang LED, roller cover untuk bahagian belakang serta pek prestasi.

Colorado Sport Edition dijanakan oleh enjin 2.8 Duramax turbodiesel dengan kuasa 193 hp dan tork 500 Nm.


kredit:www.infokereta.com



1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rasengan 30-4-2015 12:47 PM
lawa nye...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.045016 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top