CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

Honda HR-V sudah mencecah 13,073 unit tempahan

30-4-2015 06:57 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 14055| Komen: 26

Description: Sejak dilancarkan pada 5 Februari lalu, Honda HR-V telah menerima sejumlah 13,073 unit tempahan. Daripada jumlah tersebut, hingga kini sebanyak 3,620 unit telah didaftarkan dan mula menjalari jalan ra ...


Sejak dilancarkan pada 5 Februari lalu, Honda HR-V telah menerima sejumlah 13,073 unit tempahan. Daripada jumlah tersebut, hingga kini sebanyak 3,620 unit telah didaftarkan dan mula menjalari jalan raya di Malaysia.


Sewaktu ditemui dalam sesi pandu uji HR-V yang sedang berlangsung di Langkawi, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, jumlah tersebut adalah melebihi jangkaan awal pihaknya iaitu sebanyak 45%.


“Disebabkan permintaan yang sungguh memberangsangkan ini membuatkan penghantaran unit yang ditempah kepada para pelanggan mengambil masa yang agak lama iaitu antara lima hingga enam bulan, buat masa ini. Namun pihak kami sedang berusaha untuk memaksimumkan pengeluaran HR-V dalam usaha memendekkan tempoh menunggu,” ujar Ueno.


Selepas Ogos ini, Honda Malaysia mensasarkan tempoh menunggu hanya antara tiga hingga empat bulan. Dan mensasarkan akan memendekkan lagi tempoh menunggunya antara satu hingga satu setengah bulan pada hujung tahun ini.


Menurut Honda Malaysia lagi, varian yang paling mendapat permintaan tinggi ialah model spesifikasi tinggi, Gred V.


Honda HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8L i-VTEC SOHC yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 142 PS pada 6,500 rpm dan tork setinggi 172 Nm pada 4,300 rpm. Ia juga bergabung tenaga dengan Transmisi Boleh Laras Berterusan (CVT) yang dibangunkan di bawah teknologi unggul ciptaan Honda, Earth Dreams.


Harga atas jalan berserta insurans yang ditawarkan pula ialah RM98,690.40 bagi Gred S, RM108,027.10 untuk Gred E dan Gred V pula RM118,229.10. Setiap pembeliannya turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa perbatuan terhad dan selang servis percuma jarak perbatuan 10,000 km di 78 pusat servis Honda di seluruh Malaysia.


sumber:www.infokereta.com


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 30-4-2015 06:51 PM
Lama tu dalam 5-6 bulan baru dapat.................
Quote Lagubestbest 2-5-2015 07:00 PM
Adeh kereta makin kecik kat Malaysia nih
Quote amersudahbesar 3-5-2015 11:33 AM
minat betul aku ngn kereta2 honda ni .
Quote zulka 5-5-2015 09:32 AM
Lagubestbest replied at 2-5-2015 07:00 PM
Adeh kereta makin kecik kat Malaysia nih

mana plak keciknye....model baru ni lagi besar dari model HR-V lama...
HR-V ni bukan kategory MPV...ni kategory mini SUV sahaja...nak besor angkat Honda Elysion



Quote duniaku85 6-5-2015 11:47 AM
smart keta ni..
Quote lurve82 7-5-2015 11:55 AM
bru tahu kete ni 2 pintu jah...
Quote gula_tebu 7-5-2015 01:38 PM
letih menunggu
Quote zulka 8-5-2015 08:58 AM
lurve82 replied at 7-5-2015 11:55 AM
bru tahu kete ni 2 pintu jah...

oit..sapa kata 2 pintu? jgn menilai hanya pada gambar..
dah tengok depan mata baru tau...
kete ni ada 5 pintu termasuk pintu belakang...
seat blakang adjustable, bleh lipat kebelakang kalau nk load brg...











Quote cmf_kunyit 12-5-2015 04:43 PM
which is better, HRV atau mitsu ASX?
Quote mrsmr 4-7-2015 08:58 PM
love this car.. dah usha2.. the problem is....
nak beli kereta baru tak sesukar nak tukar kereta baru
Quote mattzzx 5-7-2015 11:33 AM
cmf_kunyit replied at 12-5-2015 04:43 PM
which is better, HRV atau mitsu ASX?

Atau Mazda CX3?

Quote cmf_kunyit 5-7-2015 10:47 PM

peminat-2 suv bole consider model-2 ni,cuma waiting list honda agak lama la..
Quote mattzzx 6-7-2015 09:14 AM
cmf_kunyit replied at 5-7-2015 10:47 PM
peminat-2 suv bole consider model-2 ni,cuma waiting list honda agak lama la..

memang lama sampai 5 bulan nak kena tunggu tu..........

Quote cmf_kunyit 13-7-2015 10:37 AM
mattzzx replied at 5-7-2015 07:14 PM
memang lama sampai 5 bulan nak kena tunggu tu..........

hujung tahun ni bersepah-2 hr-v on the road...
Quote mattzzx 13-7-2015 11:05 AM
cmf_kunyit replied at 13-7-2015 10:37 AM
hujung tahun ni bersepah-2 hr-v on the road...

banyak sangat nanti orang tengok pun bosan sajee........hehehe

Quote cmf_kunyit 13-7-2015 03:17 PM
mattzzx replied at 12-7-2015 09:05 PM
banyak sangat nanti orang tengok pun bosan sajee........hehehe

biase la sis, nnt dah tak nmpk exkelusifviti dah...
Quote mattzzx 14-7-2015 09:23 AM
cmf_kunyit replied at 13-7-2015 03:17 PM
biase la sis, nnt dah tak nmpk exkelusifviti dah...

kepada yang belum order, tunggu HRV facelift nanti.......

Quote cmf_kunyit 14-7-2015 02:38 PM
mattzzx replied at 13-7-2015 07:23 PM
kepada yang belum order, tunggu HRV facelift nanti.......

harap-2 facelift lampu belakang tu..mampu tgk je wpon cantik mana...
Quote mattzzx 15-7-2015 11:30 AM
cmf_kunyit replied at 14-7-2015 02:38 PM
harap-2 facelift lampu belakang tu..mampu tgk je wpon cantik mana...

jangan cakap macam tu, simpan duit dan boleh booking......

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.094924 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top