CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan bukan ‘syok sendiri’ kata Najib

29-4-2015 10:30 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 7265| Komen: 56

Description: SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan BN bukan sebuah kerajaan yang ‘syok sendiri’ dalam melaksanakan sebarang perancangan kerana setiap pelaksanaan itu sudah mendapat ...



SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan BN bukan sebuah kerajaan yang ‘syok sendiri’ dalam melaksanakan sebarang perancangan kerana setiap pelaksanaan itu sudah mendapatkan ‘kebenaran’ setiap lapisan masyarakat.

Menurutnya, BN juga bukan sebuah pemerintah yang hanya menabur janji kosong tanpa membuktikan setiap janji-janjinya.

“Kita bukan omong kosong, bukan juga saudagar-saudagar yang menjual minyak, tidak juga cakap hal yang membohongkan. Kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang berpijak di bumi yang nyata dan berpasak kepada realiti.

“Apa yang kita mahu kongsi adalah kisah-kisah benar yang disokong oleh fakta-fakta,” katanya ketika membentangkan laporan tahunan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Angkasapuri, hari ini.

Dalam ucapan sama, beliau memberitahu bahawa laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ini bukti bahawa barisan pemimpin yang ada dalam kerajaan BN sekarang ‘buat kerja’.

“Usaha-usaha dalam GTP dan ETP adalah antara bukti bahawa kerajaan kita tidak berwenang-wenang duduk bersimpuh dalam bahasa mudah budak-budak muda sekarang, program kerajaan bukanlah sesuatu yang ‘syok sendiri’.

“Sebaliknya, segala perencanaan ini adalah berdasarkan maklum balas dan proses merunding pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Menyentuh soal kritikan yang diterima kerajaan di bawah pimpinannya itu, Najib akui pihaknya menerima sebarang kritikan namun ia perlulah bersifat membina.

“Kita mendengar dan amat mengalu-alukan pandangan serta pendapat oleh semua pihak. Saranan itu perlulah bersifat membina dan tidak semberono atau main hentam melulu sahaja.

“Kerana hanya dengan kritikan dan saranan membina, barulah kita dapat buat pembaikan. Jika tidak, proses pembangunan negara akan menjadi terganggu,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasion...najib-1.384612


4

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Anak_Nogori 29-4-2015 01:01 AM
kesimpulannya dari ucapan najib dlm TV3..beliau tidak akan letak jawatan.

meroyan lagi lah tun..
Quote melinda_kerr 29-4-2015 01:02 AM
We don't want you anymore..
Quote dani-rox 29-4-2015 01:26 AM
Oh bish, please.

Quote Bateesta 29-4-2015 01:30 AM
najib mmg lah x nak turun, tu smua org dah tahu

tp BILA RAMAI TOLONG RENTAP DARI BAWAH , confirm tergolek punya
Quote sabbath_shalom 29-4-2015 01:46 AM
Syok sendiri...muka kulit biawak...muka sardin...camne la ko boleh tak thankful pada Mahathir yg jadikan ko PM ye Najib.

Ko naik pon sebab bapak ko Tun Abd Razak...sedar sikit diri tu...dasar tak sedar diuntung.::
Quote milo_888 29-4-2015 01:59 AM
If u really wanna stay najib just take immediate action to correct ur mistakes..

Or u will regret ur entire life when seeing this nation turn into another indonesia philippines as a result of ur poor administration..

Rememmber Najib guilt is the best revenge.. just pray that you won't die in guilt..
Quote nenekglamer 29-4-2015 02:15 AM
Err.. kalau baca dari berita tu, ucapan najib lebih banyak kepada claim dari concrete proof.

'Setiap perlaksanaan mendapat kebenaran dari setiap lapisan masyarakat' ek?

Wow, I must have been sleeping masa 'kebenaran' itu diiminta
Quote vandergooh 29-4-2015 03:58 AM
owh................ berilah kami peluang sekali lagi...
Quote vender 29-4-2015 04:56 AM
'Setiap perlaksanaan mendapat kebenaran dari setiap lapisan masyarakat'

eh, bila pulak setiap lapisan masyarakat menyokong gst ni?

thats why aku malas nak dengar ucapan dia...serupa itu tin kosong je.

sikit2 post kat fb kejayaaan bapak dia dulu2.. itu aje. huh
Quote scarflicious 29-4-2015 05:07 AM
Dpt kebenaran dr semua lapisan??? Buat lawak ke apa ni??
Quote primemova 29-4-2015 05:59 AM
Edited by primemova at 29-4-2015 06:01 AM

Najib tak abis abis kaitkan dgn arwah tun razak dlm ucapan dia .... Dulu masa dia g china... Arwah bapak dia yg mulakan diplomasi dgn china.... Skrg kat asean summit pulak.... Mention jugak nama arwah bapak dia... Pasal apa tah.... Eh.... Jibby nak credit daripada arwah bapak dia, abis tu jibby ni PM hancus
Quote mak_wa95 29-4-2015 06:00 AM
mewarisi dari Tun M juga
Quote kelana36 29-4-2015 06:06 AM
sabbath_shalom replied at 28-4-2015 09:46 PM
Syok sendiri...muka kulit biawak...muka sardin...camne la ko boleh tak thankful pada Mahathir yg jad ...

Now I know why lama sangat dolah badawi nak lantik dia ni jadi TPM, sampai semua orang jadi suspen. Itu pun TDM yang tolong melobi untuk ambik dia.
Now can we say dia jenis yang ' tak mengenang budi' also?

Quote Al-Patih 29-4-2015 07:23 AM
dio berkuaso...apoh dio peduli.....
Quote sabbath_shalom 29-4-2015 07:49 AM
kelana36 replied at 29-4-2015 06:06 AM
Now I know why lama sangat dolah badawi nak lantik dia ni jadi TPM, sampai semua orang jadi suspen ...

Hahaha...Mahathir pon tak mengenang budi Pak Lah.

Btw aku rasa pak lah not bad pon...cuma tsunami PRU orang suruh dia turun dr jwatan PM..Najib beruntung Mukhriz calom MB di Kedah...kalau tak lebih kurang saja.

Sebab tu juga Najib berharap di Selangor utk buktikan pada Mahathir.
Quote EJALTI 29-4-2015 07:51 AM
dani-rox replied at 29-4-2015 01:26 AM
Oh bish, please.

Kelakar okeehhhhhh.......
Senyum2 iols sesambil ber breakfast.....
Quote ice_sky92 29-4-2015 08:13 AM
Dia ni muka buaya ke?

Kitorang taknak u lagi as PM.

Takut pulak Malaysia jadi macam Philippine.
Quote espri6006 29-4-2015 08:18 AM
GST adalah bukan kehendak lapisan masyarakat hokey!!!
Quote dodolgemok 29-4-2015 08:21 AM
primemova replied at 29-4-2015 05:59 AM
Najib tak abis abis kaitkan dgn arwah tun razak dlm ucapan dia .... Dulu masa dia g china... Arwah b ...

sbb nak jual nama sendiri tak laku,so terpaksa jual nama bapak utk nampak hebat.walhal nan hado jah

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.094382 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top