CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Tidak Akan Sekali-kali Menyerah Kalah - Najib

29-4-2015 09:44 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 16918| Komen: 160

Description: SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak akan menyerah kalah meskipun beliau diasak dan dikritik hebat sejak kebelakangan ini.
                                                                            
Najib Tun Razak - Foto Bernama                                                                     


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak akan menyerah kalah meskipun beliau diasak dan dikritik hebat sejak kebelakangan ini.

Kenyataan tersebut yang dibuat pada akhir ucapan pembentangan laporan tahunan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di Angkasapuri, malam tadi itu seolah-olah memberi isyarat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau akan terus menerajui kerajaan BN.

"Sudah menjadi adat dan sunnah orang berjuang, pasti menempuh getir serta liku-liku cabaran. Namun, para hadirin dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian, walau dilintang dengan seribu aral,

"Biarpun kita sedang diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan didukung pula para menteri serta rakan-rakan anggota pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah,

"Malah akan tetap beristiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya.

Kebelakangan ini, Dr Mahathir semakin kerap membongkar kegagalan Najib sebagai perdana menteri dan menggesa Presiden Umno itu segera meletakkan jawatan. Dalam ucapan sama, beliau memetik seruan orang Bugis dalam perjuangan yang tidak akan menyerah kalah meskipun dilanda gelombang besar.
        
"Seruan hikmat orang Bugis pula, dalam berjuang, jikalau perahunya telah kita kayuh ke tengah, ia tidak boleh bersurut pulang, meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang.

"Lantas, selagi cita-cita murni tidak padam, kita tidak akan keseorangan, tidak pula hilang haluan dan pedoman. Ayuhlah bersama-sama berganding di atas roh perjuangan yang sama, kita terus menuju gagah ke hadapan, ke arah Malaysia yang maju lagi disegani di persada dunia," katanya.

Beliau menyeru agar rakyat berfikir dengan matang tanpa diselubungi emosi dalam menghakimi kerajaan dan usaha-usaha murni kerajaan selama ini.

Malah, beliau turut membayangkan bahawa segala tuduhan ke atasnya akan hilang apabila kebenaran terungkap.

"Kerana itu marilah kita jauhkan segala sengketa dan mencari titik persamaan, demi kemakmuran sebuah Malaysia.

"Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan," katanya.


5

Bagus
7

Marah
8

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roy3 29-4-2015 07:47 AM
Haritu pg main golf ngan obama.pastu ko blk kn..jet tu melencong ke mana?brp kos keseluruhan travel?
Quote EJALTI 29-4-2015 07:49 AM
Waaaahhhhhhh......makin hebat pertarungan dgn Che Det....

Rakyat merhein perati jerk kebodohan memasing......PRU14..tunggguuuuuuuuuu......
Quote BelitaBela 29-4-2015 07:51 AM
Apa2lah. Bla bla bla.....dah bosan kot. Dah naik menyampah
Quote sub5zero 29-4-2015 07:56 AM
@peYno x sentap ke, bugiss dh bersuara, mna melayu tulen? Gentel tulur ka?
Quote bangcak 29-4-2015 07:58 AM
wow!
siri baru,
go bijan go! jgn mudah mengalah!
Quote ultra78 29-4-2015 07:59 AM
Org asyik kutuk ahmad maslan kerana dia asyik keluarkan statement yg kurang cerdik. Tapi sekurang-kurangnya nampak la effort dia cuba jelaskan tentang gst dan jawab soalan berbangkit. Sekarang ni berapa byk penjelasan yg dibuat oleh menteri kewangan I berkenaan 1mdb?
Quote bangcak 29-4-2015 07:59 AM
bukak semula je kes memali tu bijan!
bagi org tua tu bogel
Quote Innrukia 29-4-2015 08:01 AM
Of cos la strong woman behind him...
Quote cemolot 29-4-2015 08:09 AM
Yakin dan percayalah, apabila kebenaran telah memancar dan menampakkan diri kelak, akan gugurlah segala nista dan tohmahan


Atas nama kebenaran, sila jelas kan perkara2 berikut wahai jib;

1) 1MDB
2) Duit majlis perkahwinan anak
3) Jet baru
4) Tuya
5) Jenab Jen
6) Kekayaan Semah
7) Masa banjir, kenapa balik guna commercials, jet tertinggal di us, semah buat apa kat bangkok?
8) Wolf of WallStreet
9) Kemaslanan Ahmad
10) Kenapa dijulang

mohon sailormah datang membantu!! Dengan kekuatan berlian,akan menghukummu!


Quote dodolgemok 29-4-2015 08:25 AM
dah masuk round 3 dah ni bijan vs mader.tingtingting!
Quote maharani_gebu 29-4-2015 08:31 AM
akhirnyer.... skrip baru siap yer bijan...
Quote Jagendas 29-4-2015 08:33 AM
aku lupe order pop corn byk2
Quote are-ja 29-4-2015 08:40 AM
Pokjib..pokjib...kot mu la jib oi...
Quote Mary_jane 29-4-2015 08:40 AM
Ni siap petik kata2 pujangga bugis, harapnya berani & berjuanglah macam orang bugis. Bukan menyorok, dan biarkan rakyat sengsara.
Quote melinda_kerr 29-4-2015 08:42 AM
We dont want you anymore
Quote idadzira 29-4-2015 08:45 AM
lamanya karang skrip..............kak mah x kasi berhenti ek
Quote cmf_kunyit 29-4-2015 08:51 AM
booking tiket dulu la...
Quote prizadane 29-4-2015 08:54 AM
alahai bijan.. tak menjawab soalan betul. setakat ayat camni, budak sekolah darjah 6 pun boleh bagi
Quote ekod79 29-4-2015 08:55 AM
'biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan" -negara dan rakyat tenggelam ko gumbira naik jet...pegi mam*#%+!!!

Lihat semua komen(160)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.088164 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top