CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mentaliti Masih Seperti Setinggan

1-4-2015 03:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10935| Komen: 75

Description: “Setiap Lif Mempunyai Batang Rod Dengan Jangka Hayat Paling Kurang Tiga Tahun Dan Pembaikan Perlu Dibuat Dari Semasa Ke Semasa Sepanjang Tempoh Tersebut Apatah Lagi Lif Ini Berfungsi Untuk Jumlah Pen ...





“Walaupun sudah berpindah tinggal di rumah flat, hakikatnya mereka tidak pernah meninggalkan gaya dan cara hidup seperti di setinggan.” Itulah luahan seorang juruteknik yang berpeluh-peluh mengutip sampah sarap yang tersangkut pada ruang antara jaring besi dan dinding lif.

Ujarnya, lif tersebut langsung tidak boleh berfungsi dan masalah itu bukan berpunca daripada masalah teknikal atau kualiti, tetapi sikap segelintir penduduk di rumah berkenaan. Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, pembaikan tersebut hanya dibuat setelah sekian lama.

“Kami baru dipanggil untuk membaiki lif ini. Tetapi jika melihat kepada keadaannya ia telah lama rosak.

“Setiap lif mempunyai batang rod dengan jangka hayat paling kurang tiga tahun dan pembaikan perlu dibuat dari semasa ke semasa sepanjang tempoh tersebut apatah lagi lif ini berfungsi untuk jumlah penduduk yang agak ramai dan pelbagai ragam,” katanya sambil menunjukkan bahagian dalam dinding lif yang pecah disebabkan hentakan kuat seperti pergaduhan.

Dia tidak menolak kemungkinan kerja-kerja pembaikan tersebut hanya diminta setelah pihak pengurusan mampu membayar kos membaik pulih.

Sementara kerja membaiki dijalankan, dua lif lain diserbu oleh kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah, penjawat awam dan swasta serta penghuni lain di blok 2, rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mentari, Petaling Jaya.



Dinding bangunan turut menjadi tempat melempias sikap vandalisme.

Salah seorang penduduk, Muhd. Zulhafez Ibrahim, 23, berkata, dia menetap di situ selama lima tahun hanya kerana mendapat rumah sewa di tingkat empat.

“Lif adalah isu besar di rumah PPR kerana sering rosak disebabkan vandalisme dan kekerapan penggunaan untuk membawa ratusan penghuni turun naik sehari. Saya menetap di sini kerana rumah saya berada di tingkat empat dan jika lif tidak berfungsi saya masih larat untuk menaiki tangga.

“Sebelum ini saya tinggal di Bukit Beruntung dan berpindah ke sini kerana lebih dekat untuk ke tempat kerja di tol Lebuh raya Baru Pantai,” katanya sambil tersenyum sinis.

Muhd. Zulhafez mengakui, tidak ramai yang sanggup menggunakan tangga meskipun mereka tinggal di tingkat lima dan ke bawah kerana faktor bau dan keadaannya yang menjijikkan.

Lebih malang, ada segelintir penduduk masih jahil dengan menjadikan sudut-sudut tangga sebagai ‘tandas awam’ tanpa rasa malu.

Setiap hari, sisa buangan pasti dilihat di kawasan tangga dan terpaksa dibersihkan oleh tukang cuci yang dibayar oleh pihak pengurusan.

Di kawasan legar bawah bangunan pula sekujur tubuh lelaki dalam lingkungan 50-an terdampar dengan keadaan tangan mendepa. Sesekali dia menggerakkan badan apabila bunyi bising enjin mat rempit menendang gegendang telinganya. Apabila ditanya keadaan penghuni yang lalu lalang, mereka memberitahu lelaki tersebut sedang mabuk arak.


Berdiri di tingkat 11, paling tinggi, memberikan secebis pemandangan ghetto rumah PPR blok 2 itu. Setiap inci dinding rumah diconteng dengan perkataan-perkataan lucah dan ada yang menggunakannya untuk ‘mengiklankan diri’. Ternyata bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan tidak dihargai dan dijaga dengan rasa bertanggungjawab.


Persekitaran yang terasing dengan masalah sosial dan vandalisme itu memperlihatkan mentaliti segelintir penduduk rumah PPR itu masih berada pada kelas ketiga walaupun negara giat memperbaiki mutu pembangunan demi mencapai wawasan 2020.


Menurut Pengurus Pengurusan Blok, Mohamad Tarmizi Mohamad Salleh, 39, masalah-masalah yang melibatkan kemudahan tidak dapat dibendung kerana sikap enggan bertanggungjawab lebih 50 peratus penghuni daripada jumlah kira-kira 780 unit tidak membayar kos pengurusan sebanyak RM45 sebulan.




Beberapa orang juruteknik bertungkus-lumus membuang sisa sampah yang terkumpul di bahagian bawah dan tepi lif.


“Bukan mudah bagi pihak pengurusan untuk menyediakan persekitaran yang kondusif sekiranya bayaran bulanan serendah itu sukar dibayar oleh kebanyakan penduduk terutama penghuni di blok 2 ini yang mempunyai jumlah tunggakan RM1.6 juta sejak PPR ini dihuni sejak sedekad lalu.


“Kami tidak ada masalah untuk membaiki kerosakan kecil seperti lampu-lampu blok, suis, bumbung dan sebagainya. Tetapi untuk membaiki lif memerlukan kos yang tinggi mencecah ribuan ringgit,’’ jelasnya yang telah menjaga unit pengurusan di kawasan itu selama 12 tahun.


Mengulas lanjut, unit pengurusan itu bukan sahaja mengumpul yuran bulanan untuk kerja-kerja pembaikan bangunan tetapi juga bil-bil semasa seperti air dan elektrik. Kewangan diuruskan mengikut keperluan utama penduduk merangkumi blok 1 hingga blok 8.


“Pihak kami akan menjelaskan bil air dan elektrik manakala kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan sekiranya ada lebihan bajet.


“Disebabkan itu, ada penghuni yang tidak pernah mengabaikan pembayaran pengurusan mengamuk di unit ini gara-gara mereka

terpaksa memikul bahana sikap pentingkan diri penduduk yang lain,” jelasnya sambil menuding ke arah bumbung penjalan kaki yang terbiar bocor.

Jelasnya lagi, tindakan tidak dapat diambil kepada penghuni yang tidak bertanggungjawab kerana Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak ditubuhkan oleh blok-blok tersebut. Hanya dua blok iaitu blok 3 dan 7 mempunyai JMB yang telah diluluskan, selebihnya masih dalam proses pemilihan.

Ironinya, PPR Desa Mentari yang mempunyai jumlah keseluruhan 11 blok dan dibahagikan kepada tiga kawasan, blok 11 didapati bersih dan terurus tanpa sebarang masalah kemudahan termasuklah lif yang berfungsi baik. Mohamad Tarmizi memberitahu, lebih separuh unit rumah tersebut dibeli oleh golongan muda yang baru membina kerjaya dan tanggungjawab komuniti difahami dengan baik.

Sementara itu, sebanyak 70 peratus penghuni di blok 2 pula merupakan kumpulan pemindahan rumah setinggan, yang sebelum ini tidak perlu membayar duit rumah selain terpaksa mengeluarkan bayaran bulanan selain bil-bil semasa.





Kaunter pusat pengurusan terbiar tidak mempunyai pelanggan kerana kebanyakan penghuni enggan membayar wang bulanan di PPR Desa Mentari, Petaling Jaya.


“Sementara itu segelintir penduduk di sini tidak menjaga keharmonian komuniti kerana dipaksa berpindah dari tempat yang lebih murah kos sara hidup dan seolah-olah pihak bertanggungjawab perlu memberi kelebihan kepada mereka. Semua ini berlaku kerana sikap dan mentaliti individualis di sini,” jelasnya.

Sementara itu, keadaan PPR di Pantai Dalam, Kuala Lumpur mempunyai pandangan persekitaran yang berbeza. Taman permainan dan gelanggang sukan terjaga. Di penempatan itu juga kemudahan-kemudahan seperti kedai 1Malaysia dan klinik 1Malaysia dimanfaatkan sebaik mungkin.

“Masalah di PPR ini hanyalah masalah gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan sikap segelintir penduduk yang tidak menjaga kebersihan. Kadangkala pada waktu malam ada kelompok yang melepak di tangga merosakkan diri dengan dadah dan pada waktu siang pemandangan plastik-plastik sampah ditinggalkan di hadapan lif yang rosak adalah sesuatu yang normal.

“Keadaan seperti inilah yang mencacatkan suasana harmoni rumah PPR. Bagaimanapun, semangat gotong-royong dan persaudaraan sesama jiran tetangga tidak dapat disangkal. Setiap majlis perkahwinan atau keraian di sini pasti akan dijalankan dengan penuh meriah,” jelas Asari Kornain berusia 52 tahun yang telah menetap di situ lebih 5 tahun.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz3W1opCWBx


16

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
16

Sedih
11

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makkenits 1-4-2015 12:43 PM
betul... dah bagi bantuan pun x pernah bersyukur.. dimaki lagi org yg tlg repair utk diorg.. aku cukup geram dgn spesies yg mcm ni nak harap duit maintenance diorg je untuk buat repair apa yg patut kat blok diorg sendiri pun mmg sampai bila pun x akan cukup sbb ada yg liat sungguh nak membayar..
Quote ultra78 1-4-2015 12:45 PM
Ghetto sgt kawasan ni

Quote jejaka00 1-4-2015 12:46 PM
indon,bangla,myammar,& etc ...berlambak-lambak la duk kat tempat camni
Quote mesmerize 1-4-2015 12:48 PM
ini lah yang dikatakan pprt bak kata kak changa
Quote liyanur 1-4-2015 12:54 PM
sbb tu kot aku x boleh duduk rumah2 yg sebegini....
baik flat / apartment sama jer...
Quote bellaa 1-4-2015 12:54 PM
angker gila flet nih
Quote alieyrina 1-4-2015 01:37 PM
Nasib baik ada blok2 yg ok ...tnggai blok setinggan jah nak kena pantau..kalau x lg pening management nak jaga bepuluh blok..

kesian kat org yg x dak kena mgena la..sbb org lain punya pasai, org lain x dpt guna lif..
Quote melinda_kerr 1-4-2015 01:49 PM
Hanya undang2 militar je boleh ubah perangai mcmni. Dasar pengotor. Pemakaian dan diri ikut islam tpi rumah mcm kandang haiwan.
Quote dinamokiev 1-4-2015 01:52 PM
Melayu setinggan dan Nigga berpisah tiada.
Quote Artemesiaa 1-4-2015 01:53 PM
Euwww teruk dan kotornya keadaan.  Nak kata macam monyet dah siap2 mengaku tulis kat dinding dah tu.  Rasanya kandang monyet kat zoo lagi bersih dari yang ni.
Quote wookiehoney 1-4-2015 01:56 PM
ppr kat area pantai dalam tu pun hazab
sedih sgt tengok keadaannya.
sampah.busuk.lif tak berfungsi.

tak campur masalah parking yang melampau lg.
Quote kecimpret 1-4-2015 01:57 PM
blok 11 baik dan terjaga yer..ok kena igt ni kalo ade unit lelong blok 11
Quote chinta89 1-4-2015 02:44 PM
memang dasar otak kat lutut..
tau buat rosak. lps tu bukan nk sama2 jaga bila dah dibaiki.
Quote tightcherry 1-4-2015 02:56 PM
Lain Kali buat ppr 5 tingkat jah.. Tak yah la lif2 bagai.. Mahal nk repair
Quote lasagnaklcc 1-4-2015 03:15 PM
Kalau tak bayar maintenance fees potong je letrik atau air...
Quote AbukRokok 1-4-2015 03:26 PM
mmg pprt sgt wei... tu pun ada hati nk jual mhal2 tempat negro tu
Quote ecahaha 1-4-2015 03:48 PM
hahahaha ni laa br btl pprt..
Quote MsKathryn 1-4-2015 04:17 PM
Siap tulis memcm kat dinding tu...
Dh la liat nak byr maintenance... pengotor plak tu
Quote siti_kus 1-4-2015 04:26 PM
sedihnya. sampai bila-bila macam ni kalau mentaliti tak berubah.

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.073504 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top