CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Sebab Kerajaan Tidak Isytihar Darurat

17-3-2015 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6409| Komen: 40

Description: "Kerajaan Tidak Mahu Diletakkan Dalam Situasi Bahawa Ini Tanggungjawab Penuh Kerajaan Pusat Semata-Mata" Katanya Ketika Menjawab Soalan Tambahan Yang Dikemukakan Oleh Datuk Johari Abdul (Pkr-Sunga ...

Ada Sebab Kerajaan Tidak Isytihar Darurat



KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak mengisytiharkan darurat ketika banjir besar melibatkan beberapa negeri tahun lepas kerana tidak mahu dipertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi bencana itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi sesi perbahasan pada sidang Dewan Rakyat, hari ini berkata, kerajaan Pusat dan negeri harus bertanggungjawab membaiki, membaik pulih serta meningkatkan lagi infrastruktur di negeri yang terlibat dengan banjir besar tersebut.

Tambahnya lagi, pengisytiharan darurat hanya akan memberi implikasi kepada syarikat tuntutan insurans.

"Kerajaan tidak mahu isytihar darurat baru-baru ini kerana kerajaan mahu ini (pasca banjir) sebagai tanggungjawab bersama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

"Kerajaan tidak mahu diletakkan dalam situasi bahawa ini tanggungjawab penuh kerajaan Pusat semata-mata" katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Bercakap mengenai usaha kerajaan Pusat dalam pasca banjir, Najib berkata, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 juta untuk membaik pulih negeri terlibat banjir dan menghadapi banjir pada masa akan datang.

"Ini termasuk caruman tambahan seperti baik pulih pusat pemindahan mangsa banjir. Jika pusat pemindahan tersebut sebuah sekolah, kita akan bina asrama dan bilik air tambahan untuk keselesaan mangsa banjir.

"Kita juga akan buat perancangan pemindahan pencawang elektrik ke kawasan yang lebih tinggi demi keselamatan dan kemudahan orang ramai, serta tempat pendaratan helikopter," katanya lagi.


3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 16-3-2015 07:13 PM
Wutdehel jawapan kau?kerajaan xmau bertanggungjawab atas pembaikan infrastruktur yg terlibay dlm banjir??beli jet boleh pulak tapi nak repair bangunan rosak takmau,bullshit! ::
Quote Radzor 16-3-2015 07:19 PM
What madness is this?
Quote scarflicious 16-3-2015 07:22 PM
Bahhahaha... Tak nak bertanggungjawab ye? Pulang balik segala tax yg we all bayar kat u boleh??
Quote rogayahtop 16-3-2015 07:31 PM
No komen...akak nak yg terbaik je untuk keluarga dan saudar mara tp bila akak baca alasan diorang, akak redha je.
Quote merrissa 16-3-2015 08:03 PM
banjir dah surut....ader ilang rumah....p la cepat tolong...banyak citer plak
Quote spiderman80 16-3-2015 08:08 PM
Ingatkan sumber dari Malaysiakini jadi tak berani hentam, takut dosa sebab menfitnah.....last2 tengok Sinar Harian.
Quote ice_sky92 16-3-2015 08:10 PM
Alasan apakah ini? OMG...
Quote xAthenax 16-3-2015 08:20 PM
total disregard for the rakyat
we are doomed



Quote ultra78 16-3-2015 08:23 PM
Kerajaan yang sungguh tidak bertanggungjawab

Quote tomatome 16-3-2015 08:32 PM
kerajaan plg bangang sepanjang aku hidup di bumi malaysia yg bertuah ni..
Quote MissNigga 16-3-2015 08:40 PM
Bijan ni ... before bukak molot.. mohon tapis dulu word word yang nak dicakap tu yerkkkkk ...
pikiq dulu sebelum berucap ...
Quote q@2a 16-3-2015 08:44 PM
Bodo piang pny pok jib...bodo pn blh jd pm jgk ::
-dr mangsa banjir yg rmhnya xtenggelam-
Quote addamnor 16-3-2015 08:52 PM
boleh sahaja beliau jawab dengan lebih hemat.

banjir itu hari pun bukanlah seluruh muka bumi negeri negeri yang terlibat lingkup ibarat laut mati, sebahagian daerah shj yang teruk terjejas.. kebanyakan daerah regained fully operational within few days.
tak isytihar pun tak apa. untung2 layak jah claim insurans
Quote scorpionkiki 16-3-2015 08:53 PM
MissNigga replied at 16-3-2015 08:40 PM
Bijan ni ... before bukak molot.. mohon tapis dulu word word yang nak dicakap tu yerkkkkk ...
pikiq ...

Sungguh memalukan....100 Kali lebih baik chedet kan...hihihi...satgi adalah yg hencap you sbb jaki dia dgn chedet
Quote MissNigga 16-3-2015 09:04 PM
scorpionkiki replied at 16-3-2015 08:53 PM
Sungguh memalukan....100 Kali lebih baik chedet kan...hihihi...satgi adalah yg hencap you sbb jaki ...

sepanjang iols hidup kat dunia nie ... selepas beberapa PM memerintah Malaysia... tak pernah iols rasa berbulu ngan PM sebagaimana iols rasa terhadap Bijan ni taw ...

iols nengok muka bijan ni .. macam muka nak minta puji jer
Quote JandaSedap 16-3-2015 09:24 PM
dodolgemok replied at 16-3-2015 07:13 PM
Wutdehel jawapan kau?kerajaan xmau bertanggungjawab atas pembaikan infrastruktur yg terlibay dlm ban ...

Sis dodol..kerajaan negeri pun ada tanvgungjawap terhadap infra kat negeri masing2..ko jgn nk melatah kalau tak tahu jentera pentadbiran kerajaan ok...buat malu jer
Quote JandaSedap 16-3-2015 09:29 PM
MissNigga replied at 16-3-2015 09:04 PM
sepanjang iols hidup kat dunia nie ... selepas beberapa PM memerintah Malaysia... tak pernah iols  ...

Selain minyak bijan saper yg uoul rasa lyk jadi pm?  Yidin sembab?  Bro nigga kj?  Ahkak pink?  Ketum? Jijah kipas? Jemin eskrim?
Quote MissNigga 16-3-2015 09:36 PM
JandaSedap replied at 16-3-2015 09:29 PM
Selain minyak bijan saper yg uoul rasa lyk jadi pm?  Yidin sembab?  Bro nigga kj?  Ahkak pink?  Ke ...

bagi ar chance kat abam KJ ...
yang muda muda ni ... bnyk idea ... dan creative...
afterall...kj approachable dan sempoiiii  dan tak cepat melatah
Quote JandaSedap 16-3-2015 09:41 PM
MissNigga replied at 16-3-2015 09:36 PM
bagi ar chance kat abam KJ ...
yang muda muda ni ... bnyk idea ... dan creative...
afterall...kj ...

Amboi kaka..sokong kaum nmpk

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.113237 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top