CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dana Haji Jasman: 4,000 Report Polis, 160,000 Pelabur Melayu Tertipu

16-3-2015 11:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 48262| Komen: 141

Description: Pelabur Dipecahkan Kepada Beberapa Kumpulan Dan Diminta Menandatangani Baiah (Akujanji) Untuk Tidak Melanggar 10 Syarat Termasuk Taat Kepada Kerajaan Dan Juga Tidak Melakukan Maksiat.
Dana Haji Jasman: 4,000 Report Polis, 160,000 Pelabur Melayu Tertipu


KUALA LUMPUR: Selamatkan Dana Melayu! Itu taktik terbaru pelaburan 'Dana Haji Jasman' untuk menipu orang ramai selepas sindiket terbabit dikesan dan disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2012.

Sindiket itu yang diketuai individu sama tetapi kononnya kini sudah bergelar Tan Sri Haji Jasman, mendakwa ada sejumlah dana milik Raja-Raja Melayu yang tersimpan di England.

Dia mendakwa, pada awal kurun ke-20 kerajaan British berjanji akan memulangkan harta berkenaan yang berjumlah RM2,400 trilion selepas cukup 100 tahun.

Bagi meyakinkan bakal pelabur, sindiket itu menunjukkan surat perjanjian ditandatangani kerajaan British, selain keratan akhbar mengenai harta berkenaan ketika memberi taklimat.

Bagaimanapun, dana berkenaan tidak dapat dikeluarkan kerana pihak berkuasa di negara itu mengenakan caj serta kos penghantaran pulang dana berkenaan.

Berikutan itu, sindiket terbabit menawarkan pelbagai pakej pulangan kepada pelabur yang boleh menyumbangkan untuk membawa pulang dana berkenaan.

Terbaru, pelabur ditawarkan pulangan RM1.5 juta bagi setiap RM100 yang dilabur. Pelaburan itu diserahkan kepada ejen sindiket terbabit yang dikenali sebagai 'Pay Master'.

Pelabur dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta menandatangani baiah (akujanji) untuk tidak melanggar 10 syarat termasuk taat kepada kerajaan dan juga tidak melakukan maksiat.

Difahamkan, kira-kira 160,000 pelabur Melayu di seluruh negara menyertai skim pelaburan berkenaan.

Taktik itu didedahkan oleh seorang pelabur yang mahu dikenali sebagai Ujang, 59.

Ujang berkata, Jasman yang dikatakan menetap di Sepang, Selangor, menganjurkan beberapa siri taklimat dan makan malam di Damansara, Bandar Tasik Selatan dan Kepong Bestari, baru-baru ini.

Ribuan pelabur dari pelbagai latar belakang pekerjaan seperti pemandu teksi, bekas tentera, profesional dan ahli perniagaan menghadiri majlis berkenaan.

Bagaimanapun, penganjur tidak membenarkan pelabur membuat rakaman sepanjang taklimat itu.

"Pelabur perlu menyerahkan wang sekurang-kurangnya RM500 sebagai usaha membantu Jasman mengeluarkan 'dana Melayu' itu di England.

"Saya sudah melabur hampir RM800 dan dijanjikan pulangan modal hampir RM10 juta pada bulan ini," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi tokoh korporat.

Ujang berkata, bagi meyakinkan pelabur bahawa kegiatan itu sah, mereka menunjukkan kira-kira 4,000 laporan polis terhadap Jasman berhubung kutipan berkenaan, tetapi masih beroperasi hingga kini.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata, sindiket pelaburan terbabit dilaporkan bergiat aktif sejak tahun 2007.

"Di peringkat awal, sindiket itu mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit menerusi skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM)," katanya.

18

Bagus
15

Marah
17

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 16-3-2015 12:57 AM
Quote cmf_premierleag 16-3-2015 12:58 AM
Meleis2 ni mmg x serik kene tipu
Tak penah blajo dr kesilapan org lain
Sudah2 lah diperbodohkan org lain
Quote Changa 16-3-2015 12:58 AM
ummah melayu sunni shafie dan kebodohan bagaikan aur dngan tebing.
selayak nya lah dik
Quote R2D2 16-3-2015 01:06 AM
labur RM100, dapat RM1.5 juta
Quote cmf_herrhughie 16-3-2015 01:09 AM
Laa....mesti lah jenis desperate nak beli Rumah 1million ke atas....

Quote ryer25 16-3-2015 01:10 AM
Awat la senang sangat kena tipu pakcik ooii
Quote MelahJanda 16-3-2015 01:19 AM
Exactly dlm opis aku diorg promote mende ni
Tak kurang 20 org melabur rm1000 each

Bila tanya bila nk dpt 10 juta nih? Jwpnye minggu depan..minggu lepas hari buruh minggu lepas thaipusam..duit tgh kena vet kat bank negara..tunggu najib approve..tu ggu zeti approve..tunggu shipped dari aystralia

Aku sengih jelaaaa
Quote chaintea 16-3-2015 02:07 AM
kwn encik somi dulu ajak join menatang nih
beriya dia bercerita
yakin lak tu dgn rm500 dia leh dpt juta-juta
nak tersembur air nescafe bila dia ckp dgn yakinnya

there is no such thing as easy money..

no pain no gain gitu

Quote BotakChinPeng 16-3-2015 02:57 AM
Pekerja berita harian miskin hina terbit statistik dari lobang cenonot sendiri pun korang dah melatah ka.

Bodoh semua
Quote miabebe 16-3-2015 06:24 AM
Xpaham dgn manusia cmni..akai XDA ka?
Quote nagapompuan 16-3-2015 06:42 AM
Melayu lah kan? Kalau bab cakap pasal jutaan, hatta trillion, serah kat deme lah. Labur 100 mau untung juta?

Haiii lah melayu. akal dikurnia maha esa, lutut jua yang diguna. Pak ibrahim ali dop mau bela kah? Atau memasing pakat demo depan sogo kerna ketuanan dihina? Relevan dop?
Quote dodolgemok 16-3-2015 06:49 AM
4000 laporan polis dibuat tpi xde tindakan?bab org berdemo malam tu jugak polis terpacak depak pintu rumah bawak shortgun
Quote NAT_11 16-3-2015 06:51 AM
Orang yang yakin dengan janji pelesu ni, memang payah nak
diyakinkan, sebab tamak haloba dah menguasai fikiran. Bila dah
kena, macam-macam alas an nak menegakkan benang basah.
Siap nyalazhkan kerajaan sebab tak luluskan pemindahan duit tu!!!
Quote eLiaD 16-3-2015 07:02 AM
Aq tetap salahkan pihak berkuasa krn x amik action atas kes penipuan cm ni...lama kelamaan umat melayu akan jd pape kedana
Quote JandaSedap 16-3-2015 07:06 AM
Changa replied at 16-3-2015 12:58 AM
ummah melayu sunni shafie dan kebodohan bagaikan aur dngan tebing.
selayak nya lah dik

Mendapat cash ummah bodoh spt ini kan sis...

Dah byk pengajaran tapi masih tolol
Quote alieyrina 16-3-2015 07:17 AM
Omaigod...rili? Di abad ke 20 ni?? Kalau zaman 90an tu boleh lg terima kebodohan mcm tu  
Quote alieyrina 16-3-2015 07:19 AM
MelahJanda replied at 16-3-2015 01:19 AM
Exactly dlm opis aku diorg promote mende ni
Tak kurang 20 org melabur rm1000 each

Umoq brapa geng2 tu...jgn bgtau golongan belia ok!  
Quote TuntungReturn 16-3-2015 07:45 AM
geng2 haji jasman ni la dok jaja yg kata obama mai malaysia nk jumpe hj jasman.nk bincang pasal dana
Quote Innrukia 16-3-2015 07:47 AM
Selayakla dgn otak yg bengap tu

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.061995 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top