CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerana Denggi, Gelang Halau Nyamuk Laris Dipasaran

16-3-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7012| Komen: 12

Description: Seorang Lagi Pengedar Di Seremban, Ierwan Taib, 38, Berkata Beliau Mula Menjualnya Sejak Tahun 2010 Dan Mendapat Maklum Balas Positif Daripada Pengguna.
Kerana Denggi, Gelang Halau Nyamuk Laris Dipasaran

KUALA LUMPUR: Gelang untuk menjauhkan nyamuk keluaran sebuah syarikat Korea Selatan kini mendapat permintaan tinggi berikutan peningkatan kes denggi di negara ini.

Produk itu yang didakwa pengedar tempatan 300 peratus berkesan itu mula dijual secara atas talian sejak beberapa tahun lalu dengan harga serendah RM5 bagi satu paket.

Pengedar yang hanya mahu dikenali sebagai Afnan, berkata beliau mengimport produk penghalau nyamuk berkenaan terus dari Korea Selatan.

"Permintaan untuk gelang kini mencecah hampir 10,000 paket sebulan kerana faktor kes denggi.

"Kandungannya adalah bahan semula jadi seperti lemon, lavender, citronella (serai wangi) dan tidak bertoksik," katanya kepada BH.

Beliau yang menjalankan perniagaan atas talian di Johor, berkata satu gelang mampu bertahan selama 240 jam untuk penggunaan berterusan dan sesuai digunakan ketika waktu tidur.

Afnan turut mendakwa pihaknya mendapat kelulusan dan pensijilan dari Korea Selatan sejak 2007 dan produk itu selamat digunakan.

Seorang lagi pengedar di Seremban, Ierwan Taib, 38, berkata beliau mula menjualnya sejak tahun 2010 dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna.

"Ia memberi keselesaan kepada pengguna terutama waktu tidur, tidak diganggu nyamuk dan boleh tidur nyenyak," katanya.

Tinjauan BH mendapati produk itu turut dijual di premis menjual kelengkapan rumah dan farmasi di sekitar Lembah Klang pada harga RM9 satu paket.

Seorang pekerja kedai farmasi yang enggan namanya disiarkan berkata, produk itu mendapat permintaan tinggi sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa menambah stok setiap dua minggu.

"Ia sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti luar seperti memancing atau berkhemah di dalam hutan," katanya yang mendapatkan bekalan daripada pembekal tempatan.

17

Bagus
15

Marah
21

Terkejut
13

Sedih
16

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 14-3-2015 03:09 PM
Ada Dato jual tak gelang gini?
Quote famri7 14-3-2015 03:11 PM
Saya jika masuk hutan saya selet minyak bawang putih jah..tercirit nyamuk2 bangsat lari sis..tapi yang cucuk bunga cengkih atas limau nipis itu dusta segala..ngak ada effect dkt nyamuk tanah air.
Quote Madel 14-3-2015 03:13 PM
beli serai wangi pun boleh utk halau nyamuk..
Quote CrowneGlory 14-3-2015 03:14 PM
Harap bukan la penipu mcm gelang magnet ackiok... Tp ni jauh murah kalau nak banding gelang ajaib si ackiok tu
Quote Aya_Osman 14-3-2015 03:28 PM
ade kenal sesape yg jual ker??....area phg kat ner ade...
Quote dodolgemok 14-3-2015 03:34 PM
Kalau kena tipu pon setakat rm5 bagi sedekah je
Quote arnauld 14-3-2015 04:54 PM
kalau dah kena denggi boleh cuba supplement yang Encik Jalil 0162818106 ni jual. Insyaallah boleh mempercepatkan immune response terhadap virus denggi, virus baru pun ok.
Quote ultra78 14-3-2015 05:44 PM
Kalau dijual ikut style MLM sah-sahlah harga RM100 sepaket

Quote R2D2 15-3-2015 02:56 PM
‘Bukan produk kami’

Georgetown: Kementerian Kesihatan tidak bertanggungjawab terhadap penjualan gelang penghalau nyamuk yang didakwa dijual secara atas talian sejak beberapa tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementerian tidak pernah menghasilkan sebarang produk luaran untuk mengatasi wabak denggi yang melanda negara.

“Itu bukan produk kami, namun kes demam denggi ini menyebabkan rakyat menjadi semakin kreatif untuk menghasilkan pelbagai produk penghalau nyamuk.

“Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan kes daripada pengguna gelang berkenaan bagaimanapun kita tidak menggalakkan orang ramai membeli kerana apa yang lebih utama adalah menjaga kebersihan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Transformasi Sosial di Teluk Kumbar di sini, semalam.
Quote gigahertz 15-3-2015 03:52 PM
nak halau nyamuk ni senang. sembur minyak wangi kat badan.nyamuk x akan dekat
Quote ~anya~ 15-3-2015 04:06 PM
famri7 replied at 14-3-2015 03:11 PM
Saya jika masuk hutan saya selet minyak bawang putih jah..tercirit nyamuk2 bangsat lari sis..tapi ya ...

Hahahaha. ..
Baru ingat nak cuba sis famri.... tak bekesan kepada nyamuk tanah air rupa2nya...
Quote Esmiria 15-3-2015 08:13 PM
famri7 replied at 14-3-2015 07:11 AM
Saya jika masuk hutan saya selet minyak bawang putih jah..tercirit nyamuk2 bangsat lari sis..tapi ya ...

most win komen.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.427030 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top