CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat British Airways Berpatah Balik Kerana Tahi

16-3-2015 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7371| Komen: 34

Description: Seorang Anggota Majlis Perbandaran Tory Berkata, Pesawat Itu Berlepas Pada Malam Khamis (Waktu Tempatan) Dan Kesemuanya Berada Di Dalam Keadaan Baik Sehingga Juruterbang Membuat Pengumuman Selepas Ia ...
Pesawat British Airways Berpatah Balik Kerana Tahi


SEBUAH pesawat British Airways dalam penerbangannya ke Dubai terpaksa berpatah balik ke London hanya kerana bau busuk dari tandas di dalam kabin.

Anggota majlis perbandaran dari Hertfordshire, Abshiek Sachdev berkata, pesawat yang dinaikinya itu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Heathrow di London.

Difahamkan kru kabin gagal untuk menyelesaikan "masalah" tersebut dan penerbangan terpaksa berpatah balik apabila bau busuk yang menganggu para penumpang di dalam pesawat.

Anggota majlis perbandaran di Hertfordshire, Coun Sachdev menulis di twitter: "Gila! Penerbangan British Airways yang dinaiki kami untuk ke Dubai terpaksa berpatah balik ke Heathrow kerana bau busuk di dalam tandas. 15 jam lagi untuk penerbangan berikutnya... britishairways."

Seorang anggota majlis perbandaran Tory berkata, pesawat itu berlepas pada malam Khamis (waktu tempatan) dan kesemuanya berada di dalam keadaan baik sehingga juruterbang membuat pengumuman selepas ia terbang selama kira-kira 30 minit sewaktu merentasi Belgium.

Coun Sachdev memberitahu Mail Online: "Juruterbang membuat pengumuman dengan memanggil ketua kru kabin dan kami dapat merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku.

"Kira-kira 10 minit kemudian juruterbang itu berkata, anda mungkin menyedari bau yang kurang menyenangkan dari salah satu tandas.

"Katanya, bau busuk itu daripada cecair najis, itulah perkataan yang dia gunakan. Katanya, ia tidak ada kaitan dengan masalah teknikal pesawat, dan dia menegaskan tentang perkara itu."

Menurut Coun Sachdev, para penumpang kemudiannya diberitahu bahawa pesawat terbabit terpaksa berpatah balik ke London atas sebab kesihatan dan keselamatan.

Beliau menaiki penerbangan itu bersama isterinya yang sedang hamil, Rupa dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Shravani.

Dipercayai para penumpang terpaksa menunggu penerbangan yang lain selama tiga jam, tetapi akhirnya ia ditangguh sehingga 15 jam.

Coun Sachdev yang tidak duduk berhampiran tandas berkenaan berkata, para penumpang berlepas ke Dubai pada pukul 1 petang (9 malam waktu Malaysia) Jumaat.

Seorang jurucakap British Airways memberitahu akhbar Welwyn Hatfield Times: "Kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan kami.

"Kami menyediakan mereka dengan kemudahan penginapan di hotel dan telah menggantikan penerbangan lain pada hari berikutanya dengan pesawat lain." - mirror.co.uk

8

Bagus
6

Marah
15

Terkejut
12

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 15-3-2015 10:11 AM
Sblm take off takkan le tak tengok skali jamban tu kut?
Next flight lg 15jam lak tu...gilos
Quote tumpanglalu74 15-3-2015 11:11 AM
Edited by tumpanglalu74 at 15-3-2015 11:14 AM

Patot masok Guinness World Record..
Quote Changa 15-3-2015 11:26 AM
cmf_premierleag replied at 15-3-2015 10:11 AM
Sblm take off takkan le tak tengok skali jamban tu kut?
Next flight lg 15jam lak tu...gilos

ada yg  berak sebelum take off?
akak pun pernah sekali sebab sakit perut,
nasib baik lepas semua boarding mmg takes time sebab akak lehat mereka baharu nak isi minyak la pelbagai.
terus akak pergi berak dahulu sebab kalau akak tahan akak rasa tak sempat kot nak tunggu isyarat tali pinggang dah off pelbagai.
tak pasal2 akak terberak akt seat algi haru kan/.
Quote Suchi 15-3-2015 11:26 AM
cmf_premierleag replied at 15-3-2015 10:11 AM
Sblm take off takkan le tak tengok skali jamban tu kut?
Next flight lg 15jam lak tu...gilos

ke ade yg baru membuang..masuk ketebang nk tercirit plak terus buang.org yg 1st masuk lah terus menuju ke tandas gitu
Quote Changa 15-3-2015 11:28 AM
Suchi replied at 15-3-2015 11:26 AM
ke ade yg baru membuang..masuk ketebang nk tercirit plak terus buang.org yg 1st masuk lah terus me ...

macam kes akak la,
akak sampai kat gate dah boarding tak sempat nak singgah jamban
Quote rospinki 15-3-2015 11:31 AM
memang ada jenis org yg berak bau dia smpi ke luar tandas dh bau..makan apatah perut vusuk mcm longkang. tandas flight ni lgila..dhla kecik..mebi sisa2 taik tu tiris kt celah mana2. eeuuww...dahla dlm kepetebang tertutup mcmtu bau lak begentayangan mau ada yg mati keracunan..nasib patah blik.
Quote ice_sky92 15-3-2015 12:24 PM
Setakat ni setiap kali terbang masuk lavatory tak pernah lagi bau taik busuk. Suka guna sabun MAS
Quote ice_sky92 15-3-2015 12:30 PM
Aku pernah sekali rasa tak tahan sangat nak berak dalam flight. Tapi masa tu nak dekat landing dah. FA tak bagi masuk tandas. Gila korang lama aku tahan nak buang kat airport. Huhu. Nasib baik sempat.
Quote famri7 15-3-2015 12:32 PM
Dah kalau makan kari pelbagai memang busuk jah tinja2 mureka...tapi saya syak ada ummah kucar taik dlm toiket sbelum take off..pastu xsempat flush betul2 kerna nk balik ke seat.

Cash lah.
Quote Tok_Batin 15-3-2015 12:42 PM
Aku pun cuba elak nak terberak semasa flight. keluarkan semua isi perut sebelum boarding. Elak makan banyak terlalu kenyang, pedas atau berkari.

Tapi kalau dah nasib tak boleh elaklah kan.
Quote mattzzx 15-3-2015 12:44 PM
Siapa yang memerut sampai yang busuk sangat tu?
Quote unhas 15-3-2015 03:18 PM
Aku bila baca tajuk ingatkan prc buat  perangai hazab lg. Rupanya bukan. My bad....
Quote shernazz 15-3-2015 03:26 PM
ice_sky92 replied at 15-3-2015 12:24 PM
Setakat ni setiap kali terbang masuk lavatory tak pernah lagi bau taik busuk. Suka guna sabun MAS

Ko main sabun ek..  
Hahahahabahaha
Quote Nokiaman 15-3-2015 03:41 PM
Saya muskil sikit..awat British Airways da 14Tahun tah masuk Malaysia?
Ada apa apa perbalahan ker?
Baca forum, bulan 5 nie British Airways akan mendarat di Malaysia..
Kenapa 14 tahun barred?
Ada sesiapa tahu?
Quote alphawolf 15-3-2015 04:17 PM
Ada iluminati, takpun freemason cuba nak menjatuhkan pesawat denagn bom hasil gabungan chemical dengan tahi...tapi sebab tahi tak menepati piawaian maka cuma bau busuk saja yang keluar...sekian.
Quote Esmiria 15-3-2015 08:10 PM
alphawolf replied at 15-3-2015 08:17 AM
Ada iluminati, takpun freemason cuba nak menjatuhkan pesawat denagn bom hasil gabungan chemical deng ...

suh sis mengambil tindakan.kehkeh.
Quote PerKasa 15-3-2015 08:23 PM
Tahukah anda
untuk jadi YB
di India
anda mesti ada jamban
sekurang2nya jamban yg ada mangkok
Quote ice_sky92 15-3-2015 09:05 PM
shernazz replied at 15-3-2015 03:26 PM
Ko main sabun ek..  
Hahahahabahaha

Hehehe. Tak berani la nak main sabun ni. Buat maksiat kang tak pasal-pasal kapal terbang terhempas pulak....Huhuhu...
Quote shernazz 15-3-2015 10:29 PM
ice_sky92 replied at 15-3-2015 09:05 PM
Hehehe. Tak berani la nak main sabun ni. Buat maksiat kang tak pasal-pasal kapal terbang terhempas ...

Hahaha
LAgipon jamban kecik sgt..
Atas awan kita mcm mcm pikir kan .
Hahahabaha

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068587 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top