CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Isteri Awie beri keterangan hari ini

12-3-2015 10:06 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1598| Komen: 0

Description: Isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun akan memberi keterangan di Mahkamah Majistret pada perbicaraan kes mencederakan dirinya yang dilakukan oleh suaminya.


LadyLista - Isteri penyanyi rock Awie, Rozana Misbun akan memberi keterangan di Mahkamah Majistret pada perbicaraan kes mencederakan dirinya yang dilakukan oleh suaminya.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene memberitahu media bahawa pihak pendakwaan akan memanggil dua orang saksi untuk memberi keterangan Khamis termasuk Rozana.

Rozana yang berkemeja putih dan berseluar hitam hadir di mahkamah Rabu.

Pada 4 Julai tahun lepas, Awie, 47, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, 37, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.


Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan  hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit  kesalahan.

Terdahulu saksi ketiga, Sarjan Nasir Mohamad, 54, dari bahagian pentadbiran jabatan audio dan video makmal forensik Polis Diraja Malaysia dalam keterangannya berkata bahawa beliau menerima satu sampul surat yang mengandungi sebuah telefon bimbit untuk dianalisis pada 9 Sept tahun lepas.

"Saya memeriksa telefon tersebut dan mendapati terdapat satu 'simcard' dan  satu kad memori jenama Transcend.

"Saya kemudiannya mencatatkan butiran barang itu di borang akuan terima  barang kes bagi memastikan barang kes yang akan diserahkan kepada juruanalisis  berdasarkan apa yang tertulis di borang itu," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Goh.

Nasir berkata pada hari sama, beliau menyerahkan barang kes yang diletakkan di dalam sampul surat plastik bertutup itu kepada Insp Latifah Abdul Aziz, 34, yang bertugas sebagai juruanalisis imej alat elektronik di makmal forensik yang sama.  

Semasa disoal balas peguam Hazman Harun yang mewakili Awie, Nasir menafikan  mengetahui keputusan analisis ke atas telefon bimbit itu kerana ia hanya diketahui oleh Latifah.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Ayuni Izzaty Sulaiman bersambung Khamis.

sumber: AstroAwani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042587 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top