CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

Harun Salim Bachik Meninggal Di Usia 56

9-3-2015 10:47 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1744| Komen: 0

Description: Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.


LadyLista - Pelakon komedi Harun Salim Bachik yang juga bekas presiden SENIMAN disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.20 petang di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol pada Ahad (8/3/15).

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi, lapor Bernama.

Harun Salim Bachik dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang bersama keluarganya.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 56 tahun dan dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas ketika ke tandas di salah satu stesen minyak di RnR berkenaan.

Harun atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an.


Allahyarham turut dikenali menerusi program bersiri Oh My English yang disiarkan di Astro CERIA.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir.

Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.

Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Allahyarham Salim Bachik.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.034287 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top