CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

10 Benda Buat Lelaki Tengok Wanita Buruk

11-3-2015 05:22 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 5300| Komen: 0

Description: Wangian boleh mengekspresiskan siapa dirimu, tetapi terlalu banyak wangian ini akan memeningkan lelaki.
LadyLista - Wanita suka sangat bergosip. Sehinggakan perkara kecil yang ada pada lelaki pun akan dibicangkan seperti perkara serius oleh wanita apabila bersama teman-tamannya. Adakah lelaki pun sama? adakah lelaki yang kerjayanya bukan dalam bidang fesyen betul-betul faham semua tentang wanita. Bermula dari baju, wangian, atau 'makeup'. Disini, LadyLista kongsi 10 benci, lelaki rasa wanita buruk sangat:



1. Rambut dengan stail bukan-bukan

Gaya rambut yang ala 'vouge the vass' itu memang cantik kalau kamu gayakan di 'runway' atau sesi penggambaran studio. Tetapi jika anda keluar dating dengan rambut mencacak 5 inchi, lelaki tak rasa anda ratu dari kayangan, sebaliknya mereka rasa anda buruk dengan gel, rambut anda berminyaknya, serta bersepit sana dan sini. Take Note Ladies!


2. Foundation tebal

Sebenarnya foundation tu direka untuk meyembunyikan garisan halus dan warna yang tidak rata pada kulit.Ia akan membuatkankulit kamu nampak lebih sihat dan halus je. Tapi, jika kamu pakai foundation seperti kamu memakai topeng muka tebalnya. Erm, lelaki rasa ini ngeri.

3. Eyeshadow yang berkilat


kalau anda bukan profesional makeup artist, baik anda lupakan hasrat untuk menggunakan eyeshadow berkilat berkilau ini. Kerana jarang mereka yang berjaya gunakan dengan cantik,anda akan nampak semeh dengan glitter yang sebegini jika anda tidak tahu menggunakannya.

4.Maskara bergumpal melekat seperti gam

Ini apa yang akan terjadi jika anda guna terlalu banyak maskara. Ia akan melekat dengan keras dan nampak bergumpal. Terus kamu tak nampak seksi.

5. Cukur bulu tak sekata

Walaupun pahit untuk ditelan, ketahuilah lelaki suka kulit yang halus tanpa bulu. Jagalah seluruh bahagian badan anda. Paling penting, bulu kaki dicukur dengan molek dan sempurna. Jangan ada bahagian yang tertinggal. Takut nanti lelaki ingat kamu pondan!

6. Kulit Kering

Paling geli lelaki apabila menyentuh kulit wanita yang kering, lagi-lagi yang bersisik. Jadi pastikan kulit kamu sentiasa halus dan licin.

7. Mulut busuk, gigi kuning

Part ini tak kira lelaki perempuan, semuanya geli. Kalau kamu hisap rokok, kamu perlu lebih menjaga mulut kamu agar terhindar dari orang mengata. Guna ubat gigi yang mempunyai ekstrak pemutih untuk kembalikan sinar warna gigi anda.

8. Penggaris bibir warna yang salah

Kalau kamu keluar date, jangan lah memakai 'lip liner' yang warna lain dengan warna lipstick, buruk sangat rupanya. Lagi buruk jika, warna lipstick kamu pudar akibat minum atau makan. 

9. Wangian terlampau

Wangian boleh mengekspresiskan siapa dirimu, tetapi terlalu banyak wangian ini akan memeningkan lelaki. Jangan haraplah lelaki mahu fikir siapa personaliti kamu jika si dia sudah pening.

10. Makeup di public

Percaya lah, lelaki tak suka kamu terlalu bersungguh untuk nampak cantik sehingga kamu perlu makeup di khalayak ramai. Ini akan mecacatkan imaginasi mereka pada kamu. Biarkan mereka berfikir kamu sentiasa cantik. Jadi bersiaplah di rumah dan bukan di 'public'

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.124651 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top