CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Saiz Bra Yang Betul Mampu Mantapkan Penampilan

10-3-2015 04:30 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3255| Komen: 0

Description: Saiz ukur lilit baju dalam wanita dan ‘cup’ yang sesuai sangat penting untuk wanita kerana saiz baju dalam wanita yang baik akan membantu membaiki postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan ...

LadyLista - Selain meningkatkan kesihatan payudara, baju dalam wanita ini juga merupakan tunjang penampilan seorang wanita. Percaya atau tidak, wanita akan menjadi lebih yakin apabila mengenakan baju dalam wanita yang seksi walaupun hanya dipakai di dalam.

Berlainan pula dengan kaum lelaki, mereka mudah tergoda apabila melihat wanita memakai baju dalam yang seksi. Oleh itu, sebagai wanita anda perlulah menitik beratkan baju dalam wanita kerana ia memainkan peranan yang penting dalam menggoda suami!

Cara memakai baju dalam wanita yang betul:

Memilih baju dalam wanita adalah perkara rumit bagi perempuan kerana ia bukan mudah seperti membeli tuala mandi. Sentuh, belek dan kemudiannya beli. Ini kerana setiap orang mempunyai payudara bentuk dan saiz yang berbeza.


Masukkan tangan menerusi pita bahu dan condongkan badan ke depan.
Biarkan payudara masuk ke dalam mangkuk baju dalam wanita dan pasangkan cangkuk.
Baiki kedudukan tali bahu supaya selesa. Pastikan tali bahu tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
Tarik masuk lebihan isi payudara ke dalam mangkuk baju dalam wanita. Pastikan payudara anda masuk sepenuhnya ke dalam mangkuk baju dalam wanita
Berdiri lurus dan angkat tangan. Baju dalam wanita yang padan rapi tidak akan terangkat naik.
 

Panduan Memilih Baju Dalam Wanita:

Saiz ukur lilit baju dalam wanita dan ‘cup’ yang sesuai sangat penting untuk wanita kerana saiz baju dalam wanita yang baik akan membantu membaiki postur anda, membentuk kemas badan dan meningkatkan keyakinan diri anda.

 

Payudara Kecil
Pilih baju dalam wanita yang mempunyai ‘half-cup’ atau tiga suku menutupi payudara.
‘Push up bra’ dapat membantu menjadikan payudara anda nampak padat.
 

Payudara ‘Pendulous’
Baju dalam wanita yang berdawai paling sesuai untuk menampung payudara anda dari bahagian bawah.
Baju dalam wanita yang tidak berdawai tetapi bercawan penuh,mempunyai struktur sokongan tambahan,bertali lebar, adalah sesuai untuk wanita yang memiliki payudara ‘pendulous’ bersaiz besar.
 

Payudara Posisi Jauh
Pilihlah baju dalam wanita yang berdawai atau tidak berdawai yang direka khas untuk memberikan sokongan sisi lebih mantap kerana ia mampu merapatkan posisi payudara.
 

Payudara Posisi Rapat
Sebaik-baiknya pakai coli berdawai yang bahagian tengah baju dalam tersebut terbahagi kerana ia mampu menjarakkan kedudukan antara payudara.
 

Panduan Mengukur Baju Dalam Yang Sesuai

Ukur lilitan payudara selari putting. Contohnya 89 sentimeter (cm)

Ukur lilitan bawah payudara. Contohnya 75 cm

Jumlah lilitan (1) tolak jumlah lilitan (2) = 89 cm – 75 cm = 14cm

 

Panduan Menjaga Baju Dalam Yang Betul
Jangan rendam terlalu lama jika anda mencuci baju dalam. Cukup 10 minit saja dengan air sejuk dan jangan sekali-kali menggunakan air panas, kerana akan membuat bra cepat rosak malah getahnya akan menjadi longgar
Sebaiknya baju dalam dicuci menggunakan tangan. Hanya basuhkan  baju dalam anda dengan mesin sekiranya di baju dalam anda memberi petanda boleh membasuh menggunakan mesin basuh.
Hati-hati menggunakan sabun pencuci. Mencuci bra dengan sabun pencuci yang biasakita gunakan untuk mencuci pakaian lain boleh merosak kan bra.
Jangan jemurkan baju dalam terus di bawah cahaya matahari yang terik kerana ia akan menyebabkan warna menjadi pudar
Elakkan daripada melipat baju dalam anda supaya ‘cup’ baju dalam anda tidak rosak.

Kesimpulan
Pastikan anda membeli baju dalam wanita yang bagus dan sesuai dengan anda. Pastikan material baju dalam wanita itu adalah 100% kapas kerana ia dapat menyerap peluh. Memilih baju dalam yang tepat sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh anda.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.099437 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top