CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Thaipusam: Khidmat Tren Tanpa Henti Sabtu Ini

28-1-2015 11:28 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3533| Komen: 4

Description: “Perkhidmatan Itu Disediakan Bagi Memberi Kemudahan Pengangkutan Kepada Orang Ramai Khasnya Penganut Agama Hindu Serta Pelancong Yang Ingin Berkunjung Ke Batu Caves,” Katanya Pada Sidang Akhbar D ...
Thaipusam: Khidmat tren tanpa henti Sabtu ini

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad  di talian 1300 88 5862 atau Twitter @ktmkomuter.

KUALA LUMPUR, 27 Januari: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  akan menyediakan perkhidmatan Tren Tanpa Henti selama 24 jam bermula Sabtu  ini sempena perayaan Thaipusam.

Pengurus Besar Bahagian Operasi KTMB, S.  Mahendran berkata perkhidmatan yang terlibat adalah KTM Komuter dan tren  elektrik (ETS).

“Perkhidmatan itu disediakan bagi memberi  kemudahan pengangkutan kepada orang ramai khasnya penganut agama Hindu  serta pelancong yang ingin berkunjung ke Batu Caves,” katanya pada sidang  akhbar di Stesen KTM Komuter Batu Caves hari ini.

Perkhidmatan KTM Komuter bermula Sabtu ini  hingga 4 Februari itu melibatkan laluan Batu Caves-Pelabuhan Klang-Batu  Caves dan Rawang-Sungai Gadut-Rawang, yang dilanjutkan perkhidmatannya dari  12 tengah malam hingga 5.30 pagi.


Perkhidmatan ETS (Gold) pula yang bermula Sabtu  ini hingga 3 Feb melibatkan empat perjalanan sehari bagi sektor Ipoh-Batu  Caves (4.30 petang dan 11 malam) dan Batu Caves-Ipoh (7.30 malam dan 2  pagi).

“Seramai 500 kakitangan dijadualkan bertugas  sepanjang tempoh itu untuk memastikan keselesaan dan keselamatan  penumpang,” kata Mahendran.

Beliau berkata orang ramai dinasihat menggunakan  tren untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan masa dan belanja  serta mempraktikkan kaedah ‘Park n Ride’.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh  menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 1300 88 5862 atau Twitter @ktmkomuter.

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 28-1-2015 08:11 AM
bukankan lebih afdhal berjalan kaki sahaja
Quote ultra78 28-1-2015 08:22 AM
Itu landasan meter gauge kan? Sempitnya
Quote mdhelmi 28-1-2015 08:55 AM
okla tu
harap2 nanti dah xde parking triple kat mrr2
Quote Nokiaman 28-1-2015 09:07 AM
VEl VEL...VEL VEL.....
Suara suara yg akan berkumandang dipersekitaran ..
VEL VEL...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.066971 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top