CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kestabilan Kerajaan Penting Untuk Tarik Pelabur - Tun M

28-1-2015 12:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2759| Komen: 0

Description: Mengenai Program Pengindustrian Malaysia, Dr Mahathir Berkata Untuk Terus Maju, Fokus Perlu Diberi Terhadap Teknologi Tinggi Dan Aktiviti Nilai Tambah Serta Mengurangkan Aktiviti Berintensifkan Buru ...
Kestabilan kerajaan penting untuk tarik pelabur - Tun  M


 
TUN MAHATHIR: Kestabilan kerajaan penting untuk  tarik pelabur 


KUCHING: Kestabilan kerajaan merupakan  faktor yang amat penting untuk menarik pelabur ke sesebuah negara, kata bekas  Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tiada pelabur  yang sudi datang ke sesebuah negara yang tidak mempunyai kerajaan yang kuat dan  stabil.

Menjawab soalan daripada hadirin selepas menyampaikan ucap  utama pada Pameran dan Persidangan Minggu Tenaga Antarabangsa Sarawak ketiga di  sini hari ini, beliau berkata apabila berlaku pertukaran kerajaan secara  mengejut, dasar juga akan berubah secara mengejut atau dasar lama akan diamalkan  semula.

"Sekiranya anda sering menukar kerajaan, anda akan mengusir  pelabur. Anda juga mengganggu kelicinan fungsi kerajaan," katanya.

Mengenai program pengindustrian Malaysia, Dr Mahathir berkata untuk terus maju,  fokus perlu diberi terhadap teknologi tinggi dan aktiviti nilai tambah serta  mengurangkan aktiviti berintensifkan buruh.

Dr Mahathir berkata sejajar  dengan itu, adalah amat penting bagi kerajaan memberi keutamaan terhadap usaha  melahirkan pekerja berpendidikan tinggi.

Mengenai industri minyak dan  gas, beliau berkata industri hiliran jauh lebih penting daripada industri  huluan.

"Harga minyak akan terus naik turun. Oleh itu, kita perlu  memberi fokus terhadap penyelidikan mengenai produk petrokimia dan gas baharu  serta aplikasinya.

"Sebagai contoh, sekarang kapal terbang besar  diperbuat daripada bahan kopmposit, bukan lagi daripada aluminium.

  "Apabila harga bahan komposit jatuh, permintaan terhadapnya akan meningkat bagi  menghasilkan semua jenis kenderaan," katanya.            

8

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
5

Sedih
10

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047077 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top