CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bertuala Tergamam

27-1-2015 11:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11576| Komen: 22

Description: “Ketika Serbuan, 13 Warga Asing Diperiksa, Bagaimanapun Hanya Tujuh Ditahan Termasuk Pelanggan Yang Diurut Dan Ada Yang Menunggu Pelanggan.
Lelaki Bertuala Tergamam


Sungai Petani: Seorang lelaki warga Indonesia yang hanya memakai tuala sambil diurut tukang urut wanita warga asing tergamam apabila pihak berkuasa menyerbu pusat urut di Lagenda Heights, di sini, kelmarin.

Serbuan terhadap dua pusat urut itu bermula jam 7 malam oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Kedah berdasarkan maklumat awam selepas melakukan risikan.
Ketua Bahagian Penguat Kuasanya Mohd Shahrir Khalil berkata, pihaknya menahan lima wanita warga China dan Vietnam berusia 20 hingga 30-an dipercayai bekerja sebagai tukang urut, selain dua lelaki warga Indonesia termasuk seorang pelanggan yang sedang diurut.

“Ketika serbuan, 13 warga asing diperiksa, bagaimanapun hanya tujuh ditahan termasuk pelanggan yang diurut dan ada yang menunggu pelanggan.
“Kita tidak menghadapi masalah memasuki premis itu kerana risikan sudah dijalankan sejak lebih sebulan lalu bagi memastikan semua pekerja di kedua-dua pusat urut ini tidak dapat melarikan diri,” katanya.


Beliau berkata, semua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat pas diberikan.

Menurutnya, pihaknya juga merampas kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bahan bukti, selain memanggil pelanggan dan pemilik premis untuk memberi keterangan.

Katanya, mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jerukkedondong 27-1-2015 10:58 AM
Padan muka.....
Quote annehuda 27-1-2015 10:59 AM
pendtg asing skrang ni masuk malaysia mcm dh taknak balik negara masing2 dah. bagus gak gst ni selama ni pendtg takyah byr cukai skrang satu malaysia kene cukai
Quote Omong 27-1-2015 11:00 AM
owg nak cheong pun tak senang. . . .
Quote jazaa 27-1-2015 11:03 AM
Wah....indon pun dah pandai jengah rumah urut....
Quote shalola 27-1-2015 11:10 AM
dipadankanlah muka saje
Quote kerunai 27-1-2015 11:15 AM
wah dah jadi duduk kat indon

rasanya indon ni siap ada keta motor bagai kat mesia

lemahnya penguatkuasaan di mesia selemah batang punai depa jugak
Quote shalola 27-1-2015 11:16 AM
malaysia kan sorga maksiat, apa nak hairan
Quote supernaturalee 27-1-2015 11:17 AM
Omong replied at 27-1-2015 11:00 AM
owg nak cheong pun tak senang. . . .

uiii..panjangnya jari

Quote qronaldo7 27-1-2015 11:18 AM
nasib masih ada tuala
Quote rospinki 27-1-2015 11:20 AM
annehuda replied at 27-1-2015 10:59 AM
pendtg asing skrang ni masuk malaysia mcm dh taknak balik negara masing2 dah. bagus gak gst ni selam ...

hasil intbiu aku kt pendatang cleaner sni, diorg suka milo megi dan makanan2 kt malaysia sedap pasal tu tknak blik tmpt asal..pastu gigih claim masakan diorg la paling bagus..choy
Quote musangcomel 27-1-2015 11:46 AM
hahaha setuju ngan tt
kesian dgn yg dah bayor tak abes urut lg
tak mgkn penguatkuasa nak sambung abeskan service
Quote bellaa 27-1-2015 11:48 AM
apasal kaki laki tu licin xde bulu?

macam pmpn je.
Quote Innrukia 27-1-2015 11:51 AM
aku tau tpt ni
harga mengurut kat sini mmg murah....
Quote Modngengade 27-1-2015 11:54 AM
bellaa replied at 27-1-2015 11:48 AM
apasal kaki laki tu licin xde bulu?

macam pmpn je.

yg gbr tu akak konpius ..
cikki mengurut ker atau cikki kena urut....
Quote bellaa 27-1-2015 12:19 PM
Modngengade replied at 27-1-2015 11:54 AM
yg gbr tu akak konpius ..
cikki mengurut ker atau cikki kena urut....

cikki mengurut cikki.

x logik lah oily gitu xde bulu melekat2.
Quote Decaffeinated 27-1-2015 12:22 PM
Mana ada urut pakai tuala.

Tuala tu dia capai cepat bila ada raid.

Quote dragger 27-1-2015 12:25 PM
mcm lelaki urut pompuan je pic tu... hmmmm


Quote gula_tebu 27-1-2015 12:33 PM
apa entah modus operandi urut kena bertowel sahaja tanpa undies
Quote sekel 27-1-2015 12:36 PM
di antara celah kelengkang terdapat 2 bekas

bekas pertama : losyen utk urut

bekas kedua : x pasti, mcm ada tumbuhan jer

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.133195 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top