CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunku Abdul Jalil Selamat Jalani Rawatan

16-12-2014 10:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 42637| Komen: 133

Description: "Buat Masa Kini Tunku Abdul Jalil Sedang Berehat Di Hospital Berkenaan Dan Insya-Allah Apabila Keadaan Membenarkan, Beliau Akan Dibawa Pulang Ke Tanah Air Untuk Rawatan Selanjutnya," Katanya. ...
Tunku Abdul Jalil Selamat Jalani Rawatan

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, Tunku Abdul Jalil kini berada dalam keadaan stabil dan akan dibawa pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat bagi menjalani rawatan susulan.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, rakyat negeri ini serta pelbagai pihak yang telah mendoakan kesihatan anakanda baginda.

"Baginda sangat terharu atas taat setia dan doa khasnya daripada rakyat Johor supaya rawatan itu berjalan sempurna.

"Buat masa kini Tunku Abdul Jalil sedang berehat di hospital berkenaan dan insya-Allah apabila keadaan membenarkan, beliau akan dibawa pulang ke tanah air untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim, Sultan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor dan pakar yang merawat anakanda baginda itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat negeri ini dan akan pulang ke Johor tidak lama lagi.

Justeru, sebagai Menteri Besar, saya meminta kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa. Semoga Allah akan memakbulkan doa kita semua, insya-Allah," katanya.


Bagus

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 15-12-2014 01:57 PM
Sakit apa Tuanku Jalil ni....
Quote jazaa 15-12-2014 01:58 PM
Jap...cik wartawan sambilan ni mesti tau...


@FanTasyCreaTioN ....berita penuh pls .....
Quote Syd 15-12-2014 02:02 PM
kanser hati kan
Quote -electrifying- 15-12-2014 02:05 PM
muda lagi...
Quote Modngengade 15-12-2014 02:07 PM
penyakit misteri......

.





Quote prettyuglybabe 15-12-2014 02:41 PM
ingatkan berubat kat malaysia jah
Quote crossfire 15-12-2014 03:06 PM
tak silap abam k, rakan sepelatih beliau terbunuh dlm peristiwa lahad datu yg lalu.Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran . mereka bershabat baik ketika Tunku mengikuti latihan di Ulu Kinta.




Last edited by crossfire on 15-12-2014 03:07 PM

Quote scorpionkiki 15-12-2014 03:12 PM
Modngengade posted on 15-12-2014 02:07 PM
penyakit misteri......

.

Brp lama agaknya isteri kesayangan tok jib ni berrsiap ya kak...rambut saja sejam tak siap lagi... Makin hari makin tinggi..dia letak apa bwh rambut tu sampai kembang mcm tu sekali..
Quote alieyrina 15-12-2014 03:14 PM
Patutla mcm tu..memg mcm org sakit..
Quote Modngengade 15-12-2014 03:14 PM
scorpionkiki posted on 15-12-2014 03:12 PM
Brp lama agaknya isteri kesayangan tok jib ni berrsiap ya kak...rambut saja sejam tak siap lagi... ...

hello sis....ada hair dresser sis..dia duduk henyak kan bontot jer kat kerusi empuk...
the rest lets the specialist do it....sebegitu

Quote pittjie 15-12-2014 03:27 PM
scorpionkiki posted on 15-12-2014 03:12 PM
Brp lama agaknya isteri kesayangan tok jib ni berrsiap ya kak...rambut saja sejam tak siap lagi... ...

letak sponge cuci pinggan.

Quote chazey 15-12-2014 03:29 PM
Bulimia ke putera raja ini?
Quote flying_cow 15-12-2014 03:33 PM
chazey posted on 15-12-2014 03:29 PM
Bulimia ke putera raja ini?

Gosip kata dia sakit kanser stage 4 dik. Ntah la tak tau kebenarannya, beliau pun berdiam diri sahaja tak pernah declare apa-apa.
Quote lululun 15-12-2014 03:34 PM
semoga cepat sembuh...
Quote chickenwing 15-12-2014 03:36 PM
kesian.....org ckp dia yg paling baik antara adik beradik.....
Quote sepitsiput 15-12-2014 03:38 PM
dia kurus sgt.... sakit apa lah agaknya..

nampak dia baik dgn farid kamil
Quote chazey 15-12-2014 03:41 PM
flying_cow posted on 15-12-2014 03:33 PM
Gosip kata dia sakit kanser stage 4 dik. Ntah la tak tau kebenarannya, beliau pun berdiam diri sah ...

Oh, rupanya. Diharap baginda survive.

Ingatkan bulimia. Kurus sangat. Masa join inspektor training dulu ok jah.
Quote chazey 15-12-2014 03:43 PM
sepitsiput posted on 15-12-2014 03:38 PM
dia kurus sgt.... sakit apa lah agaknya..

nampak dia baik dgn farid kamil

Deyol rasanya rapat nok. Tunku Jalil ini sering melawat Pulapol KL. Pernah sekali bawa Farid masuk sana memalam, cari ex coach heol dan beramah mesra dengan pelatih, kata kawan aku yang teruja jumpa meka.
Quote batmana 15-12-2014 04:00 PM

Tunku Abdul Jalil minat gadis berhijab
Cetak

Kuala Lumpur: “Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab,” kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Lihat semua komen(133)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.084085 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top