CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kekal Akta Hasutan bukan sekat demokrasi atau cengkam pembangkang-Najib

8-12-2014 02:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3063| Komen: 2

Description: "Tujuan Kita Mengambil Keputusan Mengukuhkan (Akta Hasutan) Bukan Untuk Menyekat Demokrasi Dan Bukan Untuk Mencengkam Pembangkang.
Kekal Akta Hasutan bukan sekat demokrasi atau cengkam pembangkang - NajibBernama










PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan bukan untuk menyekat demokrasi atau mencengkam pembangkang sebaliknya untuk memastikan tidak berlaku konflik antara kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana masih terdapat anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, tidak mengamalkan demokrasi, tidak menghormati antara kaum dan agama sehingga membawa tahap ketegangan yang semakin meningkat.

Berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, di sini hari ini, beliau memberikan contoh negara maju seperti Amerika Syarikat yang masih gagal menangani soal perkauman dan berlakunya rusuhan, dan sekiranya ia berlaku di Malaysia, kesannya buruk sekali.

"Kita perlu mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara kerana polarisasi semakin meningkat. Kita tidak boleh melonggarkan peruntukan undang-undang.

"Tujuan kita mengambil keputusan mengukuhkan (Akta Hasutan) bukan untuk menyekat demokrasi dan bukan untuk mencengkam pembangkang.

Kalau kita melihat, pembangkang masih bebas melakukan apa-apa atau menyebar dan menguatkan kedudukan mereka. Ini bererti demokrasi masih segar di Malaysia.

"Kita nak pastikan tidak berlaku konflik antara agama dan kaum dalam negara kita. Itulah tujuan kita mengambil tindakan sedemikian," katanya.

Pada 27 Nov, Najib yang juga Presiden Umno dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2014 mengumumkan Akta Hasutan akan dikekalkan dengan penambahbaikan.

Penambahbaikan itu adalah dengan memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib ketika menggulung perbahasan perhimpunan itu menyatakan bahawa pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.


7

Bagus
8

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ekmal_sorrow 8-12-2014 12:32 PM
"Kita perlu mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara kerana polarisasi semakin meningkat. Kita tidak boleh melonggarkan peruntukan undang-undang.



What he failed to understand that
1. mana pergi nyer akta keharmonian yg dia canangkan "semua yg ditahan akan diadili dgn saksama..."? got on second thought? i well i already guess so.
2. akta hasutan = akta isa (fcuk first...talk later). ini bkn ke undang2 rimba? pada hemat aku..aku prefer akta keharmonian...


...malu la dpt PM suke take back and u-turn...
Quote primemova 8-12-2014 12:34 PM
Kat singapore ada akta hasutan kenapa DAP tak bising?

Najib udah udah la tu melayan pressure dr puak DAP nk... Lagi dilayan lagi menjadi jadi

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.077898 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top