CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Safee Sali Berdepan Tindakan Disiplin

2-12-2014 05:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9275| Komen: 37

Description: Denda Lebih Berat Menanti Safee Andai Gagal Mematuhi Amaran Dan Menepati Janji Selepas Mengakui Kesilapan Di Singapura Sehingga Membuka Ruang Buat Media Negara Itu Melancarkan Provokasi Sehari Sebelum ...
Safee Sali berdepan tindakan disiplin


KUALA LUMPUR: Amaran keras buat Safee! Itu tegas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang tidak menolak tindakan disiplin akan dikenakan ke atas penyerang negara Safee Sali seandainya mengulangi insiden merokok.

Denda lebih berat menanti Safee andai gagal mematuhi amaran dan menepati janji selepas mengakui kesilapan di Singapura sehingga membuka ruang buat media negara itu melancarkan provokasi sehari sebelum perlawanan akhir peringkat kumpulan bertemu tuan rumah.

Hamidin turut merujuk kedudukan Safee sebagai pemain profesional sepatutnya lebih faham bila berhadapan tugasan negara yang turut menuntut disiplin serta tingkah laku terbaik di khalayak ramai.

Hamidin juga mahu insiden itu dijadikan pengajaran kepada pemain kebangsaan yang lain.

Turut menyuarakan nada sama jurulatih negara Dollah Salleh.

Bagi Dollah, kejayaan Safee meledak gol pertama ketika bertemu Singapura yang turut membawa pasukan ke separuh akhir boleh dijadikan sebagai permohonan maaf pemain itu agar lebih berhati hati selepas ini.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 3-12-2014 07:19 AM
Biarlah dia.
Quote noraidil_06 3-12-2014 07:40 AM
sportsman isap rokok? sighhhh
Quote haruslah 3-12-2014 08:32 AM
apex mlm tu pon dah mcm apek jual sayur

ngn singlet....suar pendek nyer
Quote abas8888 3-12-2014 08:45 AM
tara dia isap rokok pun leh score...kalau tak isap rokok mau keeper pengsan kena bola yg dia tendang...
Quote Deff_Lepak 3-12-2014 08:53 AM
rokok apa yer dia isap...??

nmpk!! rokok membantu player score di padang..
Quote blackred99 3-12-2014 09:04 AM
rasa mcm kat sekolah menengah pulak.
Quote PEPPERMAN 3-12-2014 09:06 AM
dia da buktikan kepowerannya walaupun merokok.
apa la bengong punya FAM?
kalo nak tunjuk lagak pun, biaq la pas abih AFF
Quote BebeQ 3-12-2014 10:53 AM
sorry tak berapa paham pasal bola tapi nak tanya, pemain bola memang tak boleh merokok eh?

bagus la, merokok bukan berpaedah pun.
Quote eiman 3-12-2014 10:54 AM
dia isap rokok seludup tak bayar duti / cukai ke?
Quote mikasa 3-12-2014 10:57 AM
Nak merokok boleh tapi pandai la nak cover. Dah la dia tu ikon SYM..jadi turutan ramai bebudak .tingkah laku dia mungkin jadi ikutan.

Quote afira 3-12-2014 11:17 AM
aku slalu je jumpe player smoking..bnda common kotttt....
Quote ryer25 3-12-2014 11:18 AM
sudahlah fam
Quote cak! 3-12-2014 11:22 AM
BebeQ posted on 3-12-2014 10:53 AM
sorry tak berapa paham pasal bola tapi nak tanya, pemain bola memang tak boleh merokok eh?

bagus ...

messi, zidane, ozil, wilshere isap rokok jua..
Quote snipersnake 3-12-2014 11:23 AM
ulama kata isap rokok haram.

mohon dia buat press conference mohon maap

pastikan time mohon maap tuh tak senyum

nanti ada mufti kata dia mohon maap tak ikhlas
Quote maatdol 3-12-2014 11:47 AM
striker isap rokok kira ok kot sebab mereka perlu ketenangan yg maksima serta tk mudah gabra kat depan gol. tp kalo main macam wilshere n isap rokok kira dah luarbiasa tu.
Lepas ni FAM bole buat kempem utk gen pelapis saya bole main bola walau saya isap rokok.ahaa
Quote Suchi 3-12-2014 11:56 AM
pemain bola mmg takleh smoking kan?

Quote Lavender_Violet 3-12-2014 12:33 PM
Ngarut ahh
Quote Simunggu 3-12-2014 01:57 PM
PEPPERMAN posted on 3-12-2014 09:06 AM
dia da buktikan kepowerannya walaupun merokok.
apa la bengong punya FAM?
kalo nak tunjuk lagak pun ...

power amanda...setakat peluang mcm tu..semua pemain boleh score...dah kerja pemain striker....

tapi the rest of 90minutes main mcm org tua..semput tak berlari...tunggu bola...
Quote famri7 3-12-2014 01:58 PM
Elohim tidak bercakap kosong sis.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054366 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top