CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pontianak mengamuk kerana kain

2-6-2013 02:38 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 12369| Komen: 71

Description: Kain batik (dalam bulatan) diletakkan di atas bumbung garaj KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghun . ...

Kain batik (dalam bulatan) diletakkan di atas bumbung garaj

KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.

1

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
1

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 1-6-2013 02:34 PM
belikan je la ponti tu kain batik baru
Quote jazaa 1-6-2013 02:47 PM
belikan kaftan lagi dia suka babe.......
Quote mbhcsf 1-6-2013 02:48 PM
lady puntianak ni  ADA autism

insistence on the sameness , routine je

apa pendapat yg pakar tentang perbuatan mencari pengamal perubatan tradisonal yg suh ambik kain batik dan keliling rumah ?

tidakkah itu satu usaha corfoming to  the believe that makhluk puntainak tu yg ditakutnya ? bukan ALLAH?

I mean?

kalau macam ni punya mentality ...I dunno...
Quote mbhcsf 1-6-2013 02:50 PM
sebab yg I concern ialah 'kain' itu dijadikan seolah olah macam proctector walhal ...Allah je yg berkuasa.
Quote FanTasyCreaTioN 1-6-2013 02:52 PM
baik nya dier .. kain buruk tu gak dier nak
antu jenis low profile ni kot
tak reti demand2
Quote dubuk 1-6-2013 02:54 PM
pontianak pun bersalin pakaian
Quote ayuniaa 1-6-2013 02:56 PM
kasi paku itu cik ponti
Quote syasyafina 1-6-2013 03:07 PM
mbhcsf posted on 1-6-2013 02:50 PM
sebab yg I concern ialah 'kain' itu dijadikan seolah olah macam proctector walhal ...Allah je yg ber ...

yg sya faham kain tu bukan mcm protector, tapi nk ganti balik kain pontianak tu yg diorang dah bakar..
Quote noor2 1-6-2013 03:09 PM


cik ponti pun ada kain batiik...

Quote pakweneelofa 1-6-2013 03:12 PM
nampaknya bacaaa ayat Qursi tk berkesan kat pontianak ni??? dia ni langsuir jawa berugama hindu ke??? maklumlah pakai kain batik...
Quote pakweneelofa 1-6-2013 03:13 PM
ayuniaa posted on 1-6-2013 02:56 PM
kasi paku itu cik ponti

sekali jadi mcm rozita che wan...terangkat pak imam masjid kulim...
Quote pakweneelofa 1-6-2013 03:15 PM
jazaa posted on 1-6-2013 02:47 PM
belikan kaftan lagi dia suka babe.......

boleh buat jubah maxi...uuuu seksi... hihihihi
Quote noor2 1-6-2013 03:17 PM
kat opis i ni pulak kerap nampak lembaga hitam...duit pulak selalu hilang...entahla...bulan ni hilang banyak...sorang hilang rm500...sorang rm200..i hilang rm100...sorang lagi rm300 dan sorang lagi hilang rm50...

pasal lembaga hitam memang opismate ramai dah selalu nampakla...sekali lalu...susuk tinggi..mcm lelaki..


Quote FanTasyCreaTioN 1-6-2013 03:23 PM
noor2 posted on 1-6-2013 03:17 PM
kat opis i ni pulak kerap nampak lembaga hitam...duit pulak selalu hilang...entahla...bulan ni hilan ...

jin belaan tu kot kak

memang keji la orang yang mengamal2 menda gni


Quote sapp73 1-6-2013 03:23 PM
apa pasal pontianak suka berkuntum kat kulim
Quote sapp73 1-6-2013 03:24 PM
noor2 posted on 1-6-2013 03:17 PM
kat opis i ni pulak kerap nampak lembaga hitam...duit pulak selalu hilang...entahla...bulan ni hilan ...

noor lembaga hitam ke...atau lembaga kepala hitam...banyak tu duit yang hilang

Quote lavacall 1-6-2013 03:25 PM
jazaa posted on 1-6-2013 02:47 PM
belikan kaftan lagi dia suka babe.......

kalau body kurus pakai kaftan tak seksi langsung...

kalau yg montok2 pakai...perghhhh
Quote noor2 1-6-2013 03:27 PM
FanTasyCreaTioN posted on 1-6-2013 03:23 PM
jin belaan tu kot kak

memang keji la orang yang mengamal2 menda gni

ye ke FC malam ni bos buat bacaan yasin kat opis....k.noor kena pi la nampaknya...bos dah msg....jemput sorang ustaz..

Quote noor2 1-6-2013 03:29 PM
sapp73 posted on 1-6-2013 03:24 PM
noor lembaga hitam ke...atau lembaga kepala hitam...banyak tu duit yang hilang

tak mungkin opismate curi...

malam i balik lewat tu hilang...i blik pukul 2.30pagi khamis mlm jumaat...petang tu ada lg duit...tgk masa keje kurang rm100...

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 1.059605 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top