CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Orang Sesat Di Taman Rekreasi Bukit Kiara Semua Selamat

17-11-2014 11:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8319| Komen: 50

Description: Panik Dengan Situasi Tersebut, Datuk Yang Berusia Lingkungan 50-An Itu Menghubungi Rakannya Menerusi Telefon Bimbit Memaklumkan Beliau Telah Sesat Bersama Isteri Dan Tiga Anak Lelaki Dan Seorang Anak ...
Datuk sesat ketika joging bersama keluarga ditemui selamat

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 16 Nov. - Kegiatan riadah seorang lelaki berpangkat Datuk bersama isteri dan empat anaknya di Taman Rekreasi Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini bertukar menjadi detik mencemaskan apabila mereka sekeluarga sesat kira-kira lima jam di dalam hutan di lokasi berkenaan, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, Datuk tersebut yang merupakan kakitangan kerajaan dikatakan berjoging bersama keluarganya sebelum mereka terkeluar dari laluan joging dan menyedari telah tersesat beberapa jam kemudian.

Panik dengan situasi tersebut, Datuk yang berusia lingkungan 50-an itu menghubungi rakannya menerusi telefon bimbit memaklumkan beliau telah sesat bersama isteri dan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuannya yang berusia belasan tahun.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pada pukul 8 malam daripada rakan mangsa memaklumkan mengenai insiden tersebut.


“Pasukan penyelamat terdiri daripada polis, Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terus digerakkan ke lokasi bagi mencari mangsa.

“Kira-kira pukul 11 malam, pasukan penyelamat berjaya mengesan mangsa sebelum membawa mereka keluar melalui pinggiran Damansara Country Height,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Muhammad Azlee berkata, keluarga terbabit berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 12.15 tengah malam ini.

“Kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat tanpa mengalami sebarang kecederaan namun kepenatan,” ujarnya.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=840634&extra=&page=2


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote razhar 15-11-2014 10:17 PM
bkn dalam hutan tebal pon....bkn dekat area bandor raya kaaa...
Quote mixed 15-11-2014 10:19 PM
Xda la hutan tebal pn
Jln nk msk bertar bole joging

Ni mesti deol msk dlm hutan nun
Quote famri7 15-11-2014 10:21 PM
Brace yourself..horny bunian is cuming.
Quote razhar 15-11-2014 10:22 PM
area hanya 16km2...



Quote edee_91 15-11-2014 10:23 PM
famri7 posted on 15-11-2014 10:21 PM
Brace yourself..horny bunian is cuming.

alahai. baharu sahaja nak taip macam ni, sis dah taip dahulu.
Quote finesse 15-11-2014 10:31 PM
Kelakar la bang @famri7   ni..  
Quote edee_91 15-11-2014 10:34 PM
finesse posted on 15-11-2014 10:31 PM
Kelakar la bang @famri7   ni..

kelakar bukan? tak pernah bosan baca komen beliau.
Quote TuntungReturn 15-11-2014 10:42 PM

pnah pi sekali tempat ni..joging situ,,
Quote eco_internet 15-11-2014 11:10 PM
kan banyak trail/trek kat situ.... camne leh sesat?
Quote R2D2 15-11-2014 11:13 PM
jalan masuk ke situ ikut arah mana?
ikut stadium jugra atau ikut jalan kubur tu?
Quote Decaffeinated 15-11-2014 11:18 PM
bunian urban lah ni...
Quote edee_91 15-11-2014 11:23 PM
Decaffeinated posted on 15-11-2014 11:18 PM
bunian urban lah ni...

the hantu kopek wears prada.
Quote Decaffeinated 15-11-2014 11:38 PM
edee_91 posted on 15-11-2014 11:23 PM
the hantu kopek wears prada.

hantu kopek bukit kiara ni faham bahasa melayu tak, ka kena speaking english...?...



Quote shernazz 15-11-2014 11:41 PM
R2D2 posted on 15-11-2014 11:13 PM
jalan masuk ke situ ikut arah mana?
ikut stadium jugra atau ikut jalan kubur tu?

Ikut jalan ke syurga gitu..haha
Quote TuntungReturn 15-11-2014 11:42 PM
eco_internet posted on 15-11-2014 11:10 PM
kan banyak trail/trek kat situ.... camne leh sesat?

malu betanya,sesat jalan..
Quote Changa 15-11-2014 11:48 PM
mereput la kamu orang dalam hutan itu.
Quote Changa 15-11-2014 11:49 PM
ustaz sunni mazhab shafie dah azan 3 kali belum sis?
Quote lavatennis 16-11-2014 12:12 AM
Changa posted on 15-11-2014 11:49 PM
ustaz sunni mazhab shafie dah azan 3 kali belum sis?

Belum jumpa tu belum azan la bahlol..

Kalau dah azan gerenti jumpa la bahlul..



Quote FOTHER-MUCKER 16-11-2014 12:55 AM
Kat dalam tu banyak lorong kecil kecil. Memang boleh sesat. Tapi tak lah sesat sampai tak jumpa jalan keluar. Sana mont kiara, sini ttdi. Di bukit kiara tu ada pondok pondok Indonesia duduk secara haram, yang menoreh getah pun ada.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.382549 second(s), 65 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top