CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Buaya Sesat Dalam Parit

12-9-2013 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5261| Komen: 11

Description: Bagan Serai - Operasi Bersepadu Menangkap Seekor Anak Buaya Yang Ditemui Orang Ramai Berkeliaran Di Kawasan Parit Bersebelahan Sebuah Stesen Minyak Di Jalan Siakap, Di Sini Bertukar Pesta Apabila Lebi ...
BAGAN SERAI - Operasi bersepadu menangkap seekor anak buaya yang ditemui orang ramai berkeliaran di kawasan parit bersebelahan sebuah stesen minyak di Jalan Siakap, di sini bertukar pesta apabila lebih 100 penduduk memenuhi kawasan operasibermula jam 4.30 petang, kelmarin.

Operasi bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia( JBPM) Bagan Serai, Jabatan Perhilitan dan polis bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 7.45 malam.

Anggota JPAM Kerian, Azri Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan awam mendakwa terlihat kelibat dua anak buaya di dalam parit di Jalan Siakap, di sini lebih kurang jam 12.30 tengah hari kelmarin.


Anggota JPAM menarik keluar anak buaya yang ditangkap dari sebuah lubang di Jalan Siakap, Bagan Serai.

Menurutnya, JPAM segera menghubungi Jabatan Perhilitan untuk menangkap buaya yang dipercayai sudah ‘berkampung’ di dalam parit itu sejak sebulan lalu.

“Setibanya di tempat kejadian, kami cuba menjejaki  buaya berkenaan namun, gagal disebabkan keadaan air dalam parit yang keruh dan berkedalaman tinggi.

“Kami segera menghubungi bomba untuk membantu menyedut keluar air di dalam parit itu namun, keadaan parit yang berlumpur menyukarkan usaha kami sehingga khidmat jengkaut terpaksa digunakan,” katanya sewaktu ditemui media, di sini kelmarin.

Azri berkata, selesai proses berkenaan, kelibat salah seekor buaya didakwa kelihatan, namun usaha menangkapnya agak sukar kerana haiwan itu bergerak tangkas.

“Salah seekor buaya dikenal pasti mempunyai panjang 1.5 meter dan beratnya sekitar 10 hingga 15 kilogram.

“Pelbagai usaha dilakukan untuk menangkap replitia itu termasuk menggunakan selimut dan pukat, namun gagal sehingga alat penjerut digunakan,” katanya.

Ketua Operasi JBPM Bagan Serai, Alias Bahari berkata, usaha menangkap reptilia itu memakan masa tiga jam setengah berikutan keadaan parit berlumpur.

Jelasnya, kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu hadir ke lokasi kejadian juga sedikit sebanyak menyukarkan usaha menangkap haiwan itu kerana keadaan bising.

“Bagaimanapun, anak buaya itu berjaya ditangkap dan kes tangkapan buaya di dalam parit merupakan kali pertama berlaku di Kerian. Kami masih mengenal pasti punca kehadirannya di lokasi kejadian.
“Selain itu, usaha menjejaki seekor lagi buaya tidak berhasil apabila kelibatnya tidak kelihatan, namun kami akan memantau parit ini sehingga haiwan itu ditemui,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak itu, Siti Norlia Ahmad, 30, berkata, dia mengetahui kewujudan buaya di parit berdekatan stesen minyak itu sejak seminggu lalu melalui cerita disampaikan orang ramai.

“Kelmarin, saya dan rakan, Norliyana Samsuri, 24, pergi meninjau keadaan parit berhadapan tempat kerja kami dan terlihat kelibat buaya berkenaan berenang di dalam parit itu. Saya segera mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit dan melaporkan perkara itu kepada JPAM,” katanya.

Suasana di lokasi kejadian yang seakan-akan ‘pesta’ turut mendapat perhatian Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang hadir untuk meninjau keadaan.

Sham berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri program parti dan terkejut dengan kewujudan ratusan orang di lokasi kejadian.

“Pada mulanya, saya menyangka kejadian buruk berlaku ke atas stesen minyak itu namun, setelah datang ke sini, baru saya mengetahui kesemua mereka hadir untuk melihat operasi menangkap buaya yang sesat di dalam parit,” katanya.


Bagus
7

Marah
3

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurfariezza 12-9-2013 10:22 AM
klu  i jmpe mati2 i akan igt biawak je..
Quote ctaz 12-9-2013 10:30 AM
kalau aku jumpa...kompom aku bela......
Quote mizlily 12-9-2013 12:40 PM
lama2 nnti besar.. dok kt area2 rumah seram ehh
Quote the_killer 12-9-2013 12:42 PM
mana Mak Buaya? ini dah kes buang anak..harap kerajaan dan pihak polis tangkap dan cari kuarga boya ni
Quote chaoyunjie 12-9-2013 12:52 PM
sedangkan biawak belakang rumah pn aku seriau....
Quote supernaturalee 12-9-2013 12:55 PM
whoaaa
mesti ade mak dgn pak boya skali tu

jaga jaga...ada yg memerati
Quote Pak.Maun 12-9-2013 05:00 PM

berita tangkap anak buaya besar lengan pun boleh masuk surat khabar..
berjela2 pulak tu ceritanya


Quote MissNigga 12-9-2013 09:26 PM
kat sarawak .... nampak boya sebesar kancil pun tak kecoh ....

cuma kecoh kalo ada kes ngap manusia jer
Quote wqe1922 12-9-2013 09:53 PM
Ini kat kg aku... Hehehe.. Parit tu cetek n kecik je, tapi parit ni bersambung dgn tali air yg bermula dari tasik bukit merah dan juga boleh mengalir ke sungai kurau....
Quote BurningTimes 12-9-2013 10:03 PM
Nampak anak buaya pun sampai jadi batak begini? Barang kali belum lagi ternampak naga, mahu di sembah takjubnya sampai dahi melekat dekat tanah disitu. Ummah caprut mana ni? minta2 lah bukan ummah caprut ku.
Quote Muntz 13-9-2013 05:44 AM
Kat sini buaya hari2 jumpa. Ko nak anak buaya, mak buaya, bapak buaya, semua ada.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.051053 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top