CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Amah Muat Naik Gambar Barang Majikan Yang Dicuri

17-11-2014 11:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14056| Komen: 104

Description: Seorang Pembantu Rumah Bertindak Biadab Apabila Sengaja Memuat Naik Gambar Barang Kemas Milik Majikannya Yang Dirompak Melalui Laman Sosial Facebook (Fb). Mangsa, Nur Hanani Ismail, 33, Yang Tinggal D ...
Amah Muat Naik Gambar Barang Majikan Yang Dicuri



Kuala Lumpur: Seorang pembantu rumah bertindak biadab apabila sengaja memuat naik gambar barang kemas milik majikannya yang dirompak melalui laman sosial Facebook (FB). Mangsa, Nur Hanani Ismail, 33, yang tinggal di Shah Alam, Selangor, mendakwa terkejut dengan tindakan berani pembantu rumahnya dikenali sebagai, Ani, 24, berasal dari Jambi, Indonesia. Menurutnya, wanita itu bertindak mencuri pelbagai barang kemas miliknya sebelum melarikan diri dari rumah, September lalu.

“Ini adalah pembantu rumah saya yang keempat. Saya mula mengambilnya bekerja melalui ejen di sana pada tahun 2012 dengan bayaran hampir RM5,000.

“Sepanjang dua tahun berkhidmat, saya perhatikan dia seorang yang tidak bersungguh membuat kerja dan kerap buat perangai,” katanya.
Mangsa yang juga seorang cikgu berkata, dia tidak berani menegur wanita itu kerana bimbangkan keselamatan anaknya ketika dia keluar bekerja.
“Bukan itu sahaja, segala kehendaknya saya penuhi termasuk memberi cuti setiap hujung minggu bagi membolehkan dia bertemu rakannya.

“Malah, dia mendakwa sudah berkahwin dan sentiasa memberi alasan untuk bertemu suaminya yang bekerja di kawasan pembinaan di ibu kota,” katanya.

Katanya, Ani bagaimanapun menghilangkan diri selepas mencuri pelbagai barangan miliknya dan adik membabitkan nilai keseluruhan hampir RM10,000.

“Ini termasuk wang tunai, beg jenama mewah, barang kemas seperti gelang jade dan cincin. Bukan itu sahaja, tudung dan kerongsang saya juga turut dicuri.

“Saya mengetahui perkara itu selepas melihat beberapa gambar yang dimuat naik Ani di dalam akaun FB miliknya sambil menunjukkan barangan curi milik saya,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan wanita terbabit, dia ke pejabat imigresen untuk membatalkan permit sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Esmiria 15-11-2014 09:42 AM
percaya lagi orang
Quote jazaa 15-11-2014 09:47 AM
Klu nk cerita pasal amah indon ni...memang takkan habis...

Bkn barang kemas je dorang curi..laki majikan pun ada yg kena curi....
Quote mak_wa95 15-11-2014 10:01 AM
kenapa blur kan muka...
Quote boyagombak 15-11-2014 10:06 AM
Mesia Darul Yindong
Quote revolusi_30 15-11-2014 10:09 AM
Tula np kedekut sangat.  Apa salah amek pinoy ... Pasal nk jimat coz indo bayar murah. Terus rugi banyak.
Quote nolya 15-11-2014 10:43 AM
bercakap ttng maid Indon ni sampai kiamat pun tak ade habisnya.  Majikan ambik dia kerja,  bayar gaji dia tapi majikan juga yg terdera perasaannya.  Majikan takut nak marah kat maid, takut anak didera, takut laki termain kayu tiga, dll tapi sudahnya majikan juga yg terseksa dibuatnya.  Itu belum lagi maid yg pandai bermentera, dlm makanan, dlm minuman, depan majikan 'ya bu, ya bu', di belakang majikan, hati majikan didebuk.
Quote atekome 15-11-2014 10:51 AM
Ada yg baek dn ada sbaliknyer..bgitu jgk mjikan..ambik maid nie mmg brisiko dn bgantung pd nasib kite..ssh nk justify bnde2 cmnie..
Quote noraidil_06 15-11-2014 10:59 AM
jgn bg muka I setuju.tp x yah sampai tahap mendera.
Quote munchkin 15-11-2014 11:33 AM
Cam mana nak tengok muka dia. Biar hati hati. Nanti dia kerja tempat lain pulak.
Quote TuntungReturn 15-11-2014 11:36 AM
amik pmbntu rumah dri selatab thai.janda bnyk.ank dara pun bnyk..sopan santun, pndai masak..
Quote Mary_jane 15-11-2014 11:43 AM
Sbb takut amah cederakan ank dia tpaksa majikan diam hadap je pragai amah ni. Ksian majikan, xde pilihan
Quote stania83 15-11-2014 11:46 AM
Selalunya la kan amah jahat akan dapat majikan yg baik dan vice versa.
Quote R2D2 15-11-2014 11:57 AM
memang never ending
Quote cmf_ummi 15-11-2014 11:59 AM
itu pasal Rais Orphan rogol jah amah amah nim
Quote vuvuzela999 15-11-2014 12:08 PM
Hanya orang yg pernah terkena saja tau betapa keji nya indon ni.

Yang tak pernah lagi akan terus ambil diaorang bekerja, thinking "it will never happen me".

Diaorang tak paham, there's no such thing as nice indons. Deep down they are monsters.... Yg elok aku pernah jumpa so far adalah yg educated... Yg belajar sampai luar negeri, bukan setakat sekolah menengah kat indon ya... Yg tu pun sama jer mentaliti dia...
Quote lavatennis 15-11-2014 12:14 PM
tt ni bukak thread pastu tepek foto blur blur...

ntah paperaperntah...







Quote lavatennis 15-11-2014 12:16 PM




Quote Vellfire 15-11-2014 12:17 PM
Ni yg takut nak ambik amah indon
suka tul buat perangai mcm2
Quote primemova 15-11-2014 12:18 PM
TuntungReturn posted on 15-11-2014 11:36 AM
amik pmbntu rumah dri selatab thai.janda bnyk.ank dara pun bnyk..sopan santun, pndai masak..

Dulu amah dr kemboja... Baik... Tp cina dap pulak dera ... Last2 kerajaan kemboja haramkan rakyatnya jd amah di mlysia

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.074228 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top